isu semasa

Pantun 4 kerat I

9:00 PM Rashidah Abd Hamid 2 Comments


Orang Hilang &Negaraku

Duhai negaraku Malaysia tercinta
Makin tenat makin sengsara
Kes orang hilang di mana-mana
Hingga wakil-wakil rakyat pun terlibat sama...

Si penculik dan yang diculik
Punya matlamat dan impian masing-masing
Tak dapat cara baik, dicuba cara jelik
Kita di bawah kekal terkontang-kanting...

Seminggu dua diculik, akhirnya dipulangkan
Dengan rupa baru dan pendirian berbeza
Maka terpampanglah di berita muka depan
Taktik lapuk yang sukar sekali untuk diterima dan dipercaya...

Bilalah akan berakhir segalanya
Kalah menang yang dapat diterima dengan hati terbuka
Bukan merampas dengan cara sebaliknya
Di mana erti pejuang sebenar, itu pengecut namanya...

Duhai negaraku Malaysia tercinta
Moga rahmat Tuhan akan terus menaungi kita
Walau pelbagai onar dan dugaan melanda
Erm..sehingga berjumpa lagi di pantun 4 kerat II...

:)

2 comments:

koboi said...

kah kah kah kah...
malaysia kan negara yg spesel.
negara silap mata yg sebenar.
8th wonders of the world.

negara silap mata ye..
tu la pasal,asyik jemput david copperfield dtg wat p'tunjukan kat sini..itu yg sempt dpt anak murid kat m'sia agaknye..
isk..isk...isk..