isu semasa
Berita vs Ramalan Cuaca
Berita..berita..berita...
Erm..bukan xboleh nak dipercaya, tapi kadang2 lebih banyak yang palsunya..Barangkali apa yang benar dari berita tv pada hari ini hanyalah kes kemalangan yang berlaku, kalah menang bola sepak..Isu2 hangat yang lain tu kadang2 jadi macam ramalan cuaca je..Pembaca berita baru je sebut di tempat kita diramal cerah, tup2 kat luar hujan turun mencurah-curah..apa kes??
Macam tu la, bila isu2 'goreng pisang panas' masuk berita, kadangkala hanya jadi ramalan @ kisah yang diputar belitkan sahaja. Bila stesen2 tv di bawah pengaruh 'ikan2 jerung' tertentu, kita yang jadi 'ikan bilis' ni pun dah naik menyampah nak dengar & ambil tahu. Bukan sekarang baru diajar, sejak zaman nordin ahmad dolu lagi..kalau tak, mana mungkin wujudnya kenyataan "sultan adil sultan disembah, sultan zalim sultan disanggah"..Jangan nanti episod drama sultan Mahmud mangkat dijulang berulang kembali di zaman yang kononnya rakyat sudah merdeka ini..
Ntah di mana erti merdeka bila ketelusan, kejujuran & kebenaran hanya menjadi mainan.. Tersembunyi & disembunyikan di sebalik kepalsuan, kesalahan & pengkhianatan.. Dah macam main sembunyi2 lak ye..
Almaklum la, memang pun 'bapak segala ikan jerung' yang nampak macam jinak di luar tapi ganas dalam diam suka nak main sembunyi2..Dah jadi hobi dia agaknya, simpan & sorok puak2 ikan yang tak ngam, tak 'yes man' dgn dia..semuanya disorok di tempat kelahiran, dalam perut yang tak berapa nak aman.. bila dah sampai masa, dah cukup sabun pencuci, otak di'brain wash' cukup2..erm..selang seminggu dua, puak2 yang disorok pun akan keluarlah dengan wajah baru, rupa yang berbeza. Dah turut sama jadi spesies jerung lagaknya.
Jika yang mendengar & melihat terus percaya membabi buta dengan wajah yang kononnya tak tahu apa2..erm...bak kata nabil "lu pikir sendiri la" nak jadi apa...
Ai...dunia...dunia...bila harta & takhta menjadi raja, seringkali akal & maruah diri menjadi terhina..
3 comments:
asyik cerita jerung je. mana best.
iakn duyungnya mana?
kte wat sup ikan jerung nk x??? hehehe
koboi:
ikan duyung xde..abis seme dah kena telan dgn jerung..heheh
rektor:
sup ikan jerung..erm..menu baru tu..agak2 sedap hingga menjilat jari tak??
Post a Comment