Metafizik

Ulangkaji : Antara malaikat, jin, iblis dan syaitan

5:30 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Sebelum itu sifu nak tahu, berapa ramai yang masih ragu-ragu, SOP buku 555 sifu bagi tu masih ada gangguan 3 ekor tu dalam diri yang membuatkan tenggelam timbul dibuatnya...nak join #gengtahajjud pun dah mula malas dah, rezeki susah nak masuk..??

1st thing siapa yang belum KENAL 3 EKOR tu, yang selalu duk ganggu tu..?? 
Some people panggil small little voice, some people panggil biawak.

Begini, kenapa sifu beri penekanan terhadap SOP BUKU 555 itu, sebab kejayaan hidup kita semuanya bermula dari dalaman @ rohani. Itu yang hidup. Sebelum ini kita bergantung pada barang mati, ROHANI mati..

KITA KAN ADA ALLAH, istiqamah selama 40 hari tanpa putus.
Tahajjud + dhuha + zakat + sedekah + yaasin + al mulk + al waqiah + ar rahman
Lepas tu minta lah apa sahaja dengan Tuhan, In Sya Allah DIA makbulkan.

Sebelum ini kita minta macam-macam, dengan DIA kita letak tepi..betul kan?

ANTARA MALAIKAT, JIN, IBLIS, SYAITAN

Dalam diri setiap insan, tidak boleh lari dari kehadiran 4 makhluk Allah ini. Nak kena kenallah baru dapat mengatasinya supaya hidup kita lebih terurus..depa 3 ekor ini (Jin, Iblis, Syaitan) ini bukan ganggu kita ada tujuan lain selain TAK NAK KITA BERIMAN DENGAN TUHAN dan SEMUA SENARAI RUKUN IMAN kita tu.

MALAIKAT
Dia DIAM jer, tak kata apa-apa, Kalau kita mulakan dengan NIAT KERANA ALLAH, malaikat terus catit dalam kitab amalan walaupun kita tak terbangun tahajjud sebagai contohnya. Tapi kalau kita tak NIAT sebegitu, malaikat HOLD dulu utk dicatit dalam kitab amalan, kalau buat baru tulis. Sebab itu PENTING PERBETULKAN NIAT itu di awal pagi. Yang tak baik, usah cerita lah, terus di catit dalam kitab amalan yang kiri tu.

JIN
Sifat SOMBONG, EGO & KeAKUan dalam diri, yang merasakan dia jer ahli syurga, yang lain semua ahli neraka. Merasakan segala apa yang ada pada dirinya itu sebagai miliknya bukan pemberian Allah. Ini bermakna belum lagi benar-benar memahami sepenuhnya Hak Allah, belum sempurna keimanannya kepada Allah.

AZAZIL
Sifat melaga-lagakan antara satu sama lain.

SYAITAN
Sifat suka cucuk sana sini, sehingga terputusnya silaturrahim..inilah WAS WAS (rujuk Surah An-Nas)..WAS WAS itulah syaitan..

Jadi bila kita bangun pagi, yang mana subuh gajah tu tewas dengan ayam berkokok istiqamah jam 4 pagi.
Hakikatanya kita memilih jalan fasik (rujuk Surah As-Syams) dengan sepanjang hari 3 ekor ini IBLIS, JIN, SYAITAN bersilih ganti mengganggu kita. So, sekarang dah kenal tu, kena PERBANYAKKAN ISTIGHFAR...

Pada yang mana bangun bagi, dimulakan dengan TAHAJJUD, sudah terlerai 3 ikatan yang membungkus kita di malam hari iaitu terlerai ikatan 1 bila kita BANGKIT TIDUR, terlerai ikatan ke-2, AMBIL WUDUK, dan terlerai ikatan ke-3, BILA KITA SOLAT TAHAJJUD..Bila kita perbetulkan NIAT LILLAHI TAALA, pada 1/3 malam, maka Allah SWT send message kepada seisi Alam yang Islam, (Islam itu TAAT, SETIA, SEMBAH) utk permudahkan segala urusan kita semua, mudah-mudah sepanjang hari sehingga kita lelap pada malam hari.

Hamba Allah yang benar-benar BERIMAN akan usaha sedaya upaya PUNCH CARD dengan Allah SWT pada 1/3 malam..Ambil hati Allah SWT mendahului segala sesuatu.

Cer, audit dan muhasabah diri sendiri, WAFIAMFUSIKUM AFALA TUBSHIRUN (rujuk Surah 51 ayat 21), adakah kita buka mata awal pagi memilih jalan sukma atau jalan fasik..?? kalau pilih jalan fasik, jangan salah pada dunia kenapa sepanjang hari semuanya MERAH, sangkut sana sini, buat itu ini semua tak jadi..Dan banyak tak berkeliaran di sekeliling kita 3 ekor ini?

0 comments: