Metafizik

Apakah tujuan sebenar kita belajar KENAL DIRI..?

8:32 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Jadi apakah TUJUAN SEBENAR kita belajar KENAL DIRI..??

Rujuk Surah 51 ayat 49, Allah SWT berfirman :
"Setiap sesuatu itu Aku ciptakan berpasang-pasangan untuk mengESAkan dan mentauhidkan Allah."

Ayat ini cukup jelas, Allah hadirkan KELEMAHAN & KEKUATAN pada diri kita semua di sini, berpasang-pasangan.
Bila kita sedari kita ada KEKUATAN, maka kena panjatkan kesyukuran pada Maha Pencipta, pulangkan semula kepada yang Hak. Bila kita sedari kita ada KELEMAHAN, maka kita kena banyak muhasabah dan perbetulkan diri. Usah ditilik yang di luar tapi tilik pada di dalam diri kita sendiri. (Rujuk Surah 51 ayat 21; "Dan pada diri kamu sendiri kenapa kamu tidak mahu melihat dan memikirkannya)..selesai segala masalah.
Ini ILMU ISINYA, ROHANI.

Jadi bila kita sebut sebagai ISI, pasti ada pasangannya iaitu KULITNYA. Ilmu kulitnya itulah dia untuk KENAL POTENSI DIRI, BAKAT, KARAKTER, POTENSI BUSINESS DAN KERJAYANYA yang sesuai dengan diri untuk memakmurkan insan dan menjadikan dunia ini sebagai ladang untuk kita mendapatkan hasil di akhirat kelak.

Andai kita bawa KULIT sahaja, tapi tanpa ISI
seumpama JASMANI sahaja, tanpa ROHANI

Walau apa pun, kena lengkapkan pasangannya baru sempurna.

Jelas dan Faham semua, TUJUAN SEBENAR KENAPA KITA BERKUMPUL DI TRIBE #769SAFT ini dengan izin dan aturan Allah SWT.

Ilmu Mengenali DIRI adalah sangat dituntut di dalam ISLAM dan ianya dianjurkan supaya kita sebagai MANUSIA MEMPUNYAI HALA TUJU HIDUP YANG LEBIH JELAS SETELAH MENGENAL DIRI.
(Dan pada dirimu sendiri. Maka mengapakah kamu tidak melihat dan memikirkannya?
Surat 51, az Zariyat: ayat 21)

ILMU mengenali DIRI ini adalah ILMU untuk membongkar segala KELEBIHAN DAN KEKUATAN yang telah ALLAH sediakan dan tidak lupa juga untuk memuhasabah SEGALA KEKURANGAN DAN KELEMAHAN yang telah ada dalam diri, maka dengan mengetahui kekurangan dan kelebihan DIRI AKAN MEMBIMBING KITA KE ARAH HAKIKAT KEHIDUPAN yang akan membentuk TAUHID YANG HAQ DI DALAM diri dengan menyakini segala QADA dan QADAR yang telah ditentukan oleh PENCIPTA MANUSIA (ALLAH).

(Demi jiwa-jiwa dan zat yang menyempurnakannya (7) lalu Dia memberitahu kepada jiwa jalan kefasikannya dan jalan ketakwaannya (8). Sesungguhnya telah berjaya orang yang mensucikan jiwa itu dari dosa-dosa (9) surah Asy Syams: ayat 7 – 9)

ILMU mengenal DIRI juga ADALAH satu kaedah untuk MANUSIA merapatkan diri kepada ALLAH SWT. Kerana matlamat untuk MENGENAL SEGALA POTENSI DAN KEKURANGAN DIRI ADALAH untuk menyedari bahawa MANUSIA PADA HAKIKATNYA TIADA DAN DAYA TIADA KUASA semuanya datang daripada ALLAH S.W.T dan akhirnya membawa kepada mengembalikan diri kepada yang HAQ dan menyemaikan dalam diri rasa TENANG dan BAHAGIA untuk memikul SEGALA tanggungjawab sebagai HAMBA ALLAH.

Di dalam kaedah MENGENAL DIRI dengan membongkar potensi diri dan menilai kelemahan diri adalah dalam kategori ILMU HIKMAH. ("Allah memberikan kebijaksanaan kepada orang yang dikehendaki-NYA. Barangsiapa yang diberi-NYA kebijaksanaan itu, bererti ia telah mendapat banyak kebaikan, hanya orang-orang yang mahu berfikir saja (yang cerdas) yang dapat mengambil (Hikmah) pelajaran ini. ”(surah Al Baraqah ayat 269).

Kerana ianya membicarakan tentang satu fasa lain dalam STRUKTUR KEJADIAN MANUSIA. Ianya memerlukan HIKMAH dan kebijaksanaan dalam menyelami DIRI untuk mengenali POTENSI DIRI.

Dalam DUNIA MODEN abad ini terminologi yang sesuai dipakai adalah untuk mengetahui TEKNOLOGI ILAHI yang Allah ciptakan pada DIRI MANUSIA. Maka ianya bukan hanya melihat manusia dalam UNSUR FIZIK yang mempunyai hanya komponen anggota tubuh tetapi manusia juga mempunyai unsur yang menjangkaui FIZIK lalu dikategorikan sebagai METAFIZIK.

Secara umumnya, METAFIZIK merupakan suatu istilah yang merujuk kepada kegagalan kita untuk menerangkan sesuatu fonemena yang berlaku secara emperikal, mantiq dan bersistem, yang mana kaedah ini telah menjadi asas kepada pembentukan sains moden sepertimana anjuran Francis Bacon. Dalam kata mudah, metafizik itu bermakna melampaui fizik atau di luar jangkauan pancaindera.

0 comments: