Metafizik
Perbezaan antara ilmu, faham dan penghayatan
PERBEZAAN ANTARA ILMU, FAHAM DAN PENGHAYATAN
Ilmu tidak sama dengan faham, faham tidak sama dengan penghayatan.
Ilmu hanya baru bersifat panduan-panduan secara kasar atau secara umum.
Faham ialah ilmu itu dia boleh menghurai, dan boleh menyusunnya secara logik akal.
Penghayatan, ilmu yang sudah terhurai dan tersusun itu dijiwainya hingga mendarah mendaging.
Ia telah sebati dengan fikiran dan perasaannya,
hingga mudah diapplykan di dalam kehidupan jika dia mahu.
Mengapplykan ilmu di dalam perbuatan dan sikap,
ia memerlukan taufik dari Allah.
Ilmu dan faham itu ianya adalah hidayah jika bersatu dengan taufik,
perlaksanaannya berjalan dengan tepat dan indah.
Mengapplykan ilmu itulah yang amat susah dan payah,
Sama ada susah hendak bermujahadah melaksanakannya hingga tidak mampu mengamalkan hingga suka.
Ini adalah satu masalah.
Atau mampu melaksanakannya tapi taufik dari Allah pula tiada,
maka kerja itu atau amalan itu tidak tepat.
Ilmu dan kefahaman sudah betul,
apabila diselaraskan dengan perlaksanaan tak mahu hendak kena.
Di sini kerja-kerja itu atau amalan itu masih gagal lagi.
Di sini mesti ada faktor-faktor lain lagi mengapa perlaksanaan itu tidak tepat
Mungkin gagalnya itu adalah faktor dosa-dosa yang belum bertaubat
Atau dosa-dosa kita yang kita lupakan begitu sahaja
Atau dosa-dosa kita yang kita tidak sedar yang sangat tersirat
Di sini baru kita faham hidayah dengan taufik mesti berjalan serentak
Sekadarkan hidayah sahaja tidak cukup, taufik sangat diperlukan
Kerana itu mintalah kepada Allah hidayah dan taufik sekali
Apabila hidayah dan taufik dianugerahkan oleh Allah Taala
segala kerja berjalan tepat dan indah
Untuk kejayaan hendaklah hidayah dan taufiknya tidak terpisah Allah kan buat sesuatu itu berpasang-pasangan.
Faham semua setakat ini, penjelasan sifu,
Allah janji dalam firmanNya :
Allah janji dalam firmanNya :
'BARANGSIAPA JATUH AIR MATA UNTUK AKU, BERJUANG ATAS JALAN DAN AGAMA AKU, MAKA AKU AKAN LIMPAH RAHMAT DAH KASIH SAYANG AKU KE ATAS HAMBA KU ITU."
Berjuanglah sebaik mungkin, mujahadah diri melawan hawa nafs dengan berpandukan SOP BUKU 555 biarlah sampai melutut tangis atas sejadah pohon Allah permudahkan untuk istiqamah. Para sahabat dulu tak dijanjikan Allah SWT apa apa pun sanggup gadaikan nyawa untuk raih rahmat dan kasih sayang Allah..Kita yang Allah sudah janjikan macam-macam dalam al-Quran dan sebagainya, kalau tak boleh nak ikut, sedihlah kita umat Nabi Muhammad SAW, antara umat yang dijanjikan untuk paling awal masuk syurga mendahului umat-umat Nabi sebelumnya..
Sifu sendiri suatu ketika juga berada dalam situasi korang semua juga,
bukan mudah nak BANGKIT STRONG dari menjalani ujian NIKMAT KEJATUHAN
tanpa BERMULA DENGAN BINA KEROHANIAN, sampai menangis-nangis sifu
sifu ini numbering ini makanan sifu, mana ada masalah yang tak boleh selesaikan masalah dalam hidup, tentang campur tolak sahaja..tapi bila sampai satu masa NUMBERING TIDAK BOLEH SOLVE MASALAH SIFU, mana nak pergi..?? Mana nak rujuk..??? Nak tahu siapa kawan sejati, siapa lawan sejati..tunggu masa kamu jatuh..ALLAHU SOMAD..HANYA DIA ONE AND ONLY
bila sifu kena SOUND dengan guru sifu,
KAMU PERGI SETTLE DIRI KAMU DIRI TU DULU
DIRI LUARAN KAMU ITU NAMPAK SEMPURNA PENIPU SAHAJA
TAPI DALAMAN DIRI KAMU ITU SUDAH HANCUR LUMAT DAH
ROHANI KAMU SUDAH LEBUR, SEUMPAMA BANGKAI BERNYAWA
KALAU KAMU TAK SELESAIKAN SEKARANG, MATI KAMU NANTI
maka sifu duduk dalam gua, bersih dan perbaiki diri selama 2 tahun lebih..
Memang sifu akui, amat sukar
sakit, teruskan hidup hari-hari dengan tangisan air mata
susahnya nak istiqamah dan sebagainya
sampai berdoa dalam sujud begini
"YA ALLAH, YA TUHANKU, DENGAN LIMPAH RAHMAT KASIH SAYANGMU, ANDAI SUJUD KU INI MASIH ADA DUNIA, MAKA KAU CAMPAK AKU KE NERAKA PALING DALAM"
Susah kamu semua di sini, sampai LEVEL PENYERAHAN SECARA TOTAL & BERDOA macam sifu ka
now, korang faham kan WHY sifu begitu serius dan beri penekanan pada SOP Buku 555 itu
WAFIAMFUSIKUM AFALA TUBSHIRUN (DAN PADA DIRI KAMU SENDIRI KENAPA KAMU TIDAK MAHU MELIHAT DAN MEMIKIRKANNYA - Surah 51 ayat 49)
Soal Dunia bukan masalah besar bagi Tuhan untuk kembalikan semula, kita tu yang jauh sangat dengan DIA
Atas rahmat dan kasih sayang DIA lah, di hantar Lawyer DIA hantaq surat saman dalam bentuk UJIAN HIDUP..
Amat kesian lah kalau korang dah sampai sejauh ini untuk berada di sini dan Akademi, tapi ambil remeh temeh apa ilmu yang sifu share di sini dengan izinNya..lagi kesian Andai melihat dengan sebelah mata dan masih hanyut dibuai duniawi.
SEBAB YANG MEMILIH KORANG KAT SINI, YANG ATUR KORANG SEMUA ADA DI SINI ADALAH ALLAH..TIDAK AKAN BERKUMPUL KITA SEMUA DI SINI TANPA IZIN DAN KEHENDAKNYA...
Setelah selesai tempoh sifu perbetulkan diri, Allah hantar satu ayat cintanya yang berbunyi begini sifu lupa dah ayat berapa..
"DIRIKAN SOLAT, TUNAIKAN ZAKAT, aku kembalikan semula apa yang telah aku ambil dari kamu seperti kemewahan, kekayaan, kegembiraan, pengaruh, kesihatan"..ternyata JANJI ALLAH ITU PASTI. Tapi after 2 years...bayangkan macam mana survival sifu untuk bertarung dengan makhluk 3 ekor tu keseorangan..
Tapi kat sini kita ramai, support each others untuk teruskan mujahadah diri, beri semangat yang mana down dan hampir putus asa.
Nampak tak kenapa sifu fokus pada buku 555..???
Surah 5 ayat 55, Allah berfirman
"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah)"..
Ada sebab itu kenapa Allah kata "DIRIKAN SOLAT" dan bukanya "TUNAIKAN SOLAT"..selama ini kita tunaikan solat sahaja..DIRIKAN ini bermakna seumpama kita nak DIRIKAN RUMAH yang FOUNDATIONnya TAUHID, dan tiang tiangnya adalah 13 RUKUN SOLAT itu. Kalau sekadar tunduk bangun tanpa kita kaji dan faham kenapa kita perlu buat 13 rukun solat tu, sekadar penat dan lelah dan "SAHAJA SAHAJA"...
Surah Yusuf Ayat 12:
أَرْسِلْهُ مَعَنَا غَدًا يَرْتَعْ وَيَلْعَبْ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Biarkan dia pergi bersama-sama kami esok, supaya ia bersuka ria makan minum dan bermain-main dengan bebasnya; dan sesungguhnya kami akan menjaganya dengan sebaik-baiknya”. {12:12}
0 comments:
Post a Comment