Metafizik
Kajian metafizik warna terhadap waktu solat
Salam, dah Lunch ka semua...?
Sempena nak masuk Zohor ini, jom kita ambik ilmu sikit boleh boleh
KAJIAN METAFIZIK WARNA TERHADAP WAKTU SOLAT
Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.
ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyrak & dhuha) dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurnia’kan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat Pengasih dan PenyanyangNya sebagai pencipta kerana Dia tahu hambaNya ini amat-amat memerlukanNya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi cuba mengenengahkan amalan-amalan lain yang difikirkan baik untuk kesihatan, sedangkan solatnya entah ke mana…???
Petang nanti Sifu Kongsikan pula berkenaan WARNA PADA WAKTU ASAR pula ya. Tungguuu..
Tadi kita bicarakan tentang metafizik warna terhadap waktu Solat Zuhur, sekarang mari kita lihat untuk waktu Asar pula ya.
ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh ini terpisah (tidur la tu..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Malam nanti Sifu Kongsikan pula berkenaan WARNA PADA WAKTU MAGHRIB pula ya..Tunggu
MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib la dulu…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Bismillahhirrahmannirrahim
"Sesungguhnya orang orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar ." Surah al Mulk 67:12
Tak silap masa ni, 5 tahun lepas. Diorang datang terjah. Kebetulan masa tu, Sifu layan tanya apa mereka tanya.
Masa ni bujang lagi. Di awal membangunkan MSP hanya terhad. Masa tu orang ramai masih tidak faham lagi. Kena maki hamun dan celaan bertali arus.
Cuma satu sahaja. Allah pilih diberi ilmu lain dari pemikiran biasa. Samada mendiamkan diri atau teruskan.
Hari ini, almost 60% Trainer di Malaysia adalah Alumni MSP. Sifu sudah infak 400 Brand kepada student di bawah SuperBrands Academy Sifu sendiri.
Penubuhan NBI.
SuperTrader Academy
Train Great Trainer
Mantik Seni Bahasa
Lebih 200 modul. Sifu sendiri sudah mengajar 30 bidang.
Dalam blok Metafizik sifu sudah menghabiskan masa yang lama termasuk lebih 100 cabang Kemanusiaan.
Penat dan kecewa semua dah rasa. Asbab Allah pilih untuk memakmurkan insan lain.
Jadi pesanan pada anda. Belajar baik-baik dan jaga nama baik MSP.
Ada peluang boleh sambung Master MSP dengan Sifu. InshaAllah
Tandatangan setiap hari untuk menjadi insan yang baik.
Sifu Farihan dia menghabiskan diri dengan banyak belajar. Mengekor Sifu di mana sahaja dulu. Sebenarnya inilah peluang menjadi diri sendiri.
Apajua bidang Kemanusiaan lain sangat cemburu dengan MSP. Sampai Sifu terpaksa berdiam diri kerana ramai yang nak menjatuhkan method Islamik ini.
Semoga kita semua dalam rahmat kasih sayang Allah Taala.
0 comments:
Post a Comment