Metafizik

Hidup ini sebuah permainan

7:51 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bismillah...

HIDUP INI SEBUAH PERMAINAN

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan " (Surah Al-Qasas 28 : ayat 77)


Daripada ayat di atas, amat jelas sekali Allah tidak sesekali meminta kita membuang dunia untuk mengejar akhirat tetapi menjadikan dunia ini landasan untuk akhirat kerana akhirat adalah tempat balasan apa yang kita lakukan di dunia. Sekiranya kita membuang dunia, kita seolah-olah tidak membawa apa-apa bekalan untuk akhirat.

Pemahaman yang sebenar adalah “genggamlah dunia tetapi jangan di simpan di dalam hati”. Lakukan urusan dunia demi kerana Allah.

Ingat! Allah berfirman memberi perumpaan bahawa hidup ini sebuah permainan.
Maka kita ini adalah pemain dalam permainan ini.
Allah tidak meminta kita MENGATURKAN permainan tetapi Allah meminta kita menjadi PEMAIN yang terbaik dengan hanya mengikut arahan Pengatur Permainan (iaitu Allah).
Kita tidak boleh keluar dari bermain (membuang dunia). Kita perlu bermain sehinggalah Allah yang mengeluarkan kita (menarik nyawa).
Lalu jadilah pemain terbaik yang sentiasa mendengar arahan Allah serta mengikut peraturan permainan yang ditetapkan Allah walaupun kekadang permainan ini menyakitkan jiwa dan jasad.
Kekadang gembira dan kekadang sedih.
Kekadang berjaya dan kekadang gagal.
Itulah ujian dalam permainan ini.
Kejayaan dan kegagalan hanyalah persepsi manusia ke atas hal dunia tetapi semuanya adalah jalan hidup yang harus ditempuhi untuk memastikan waktu yang mendatang lebih baik.
Kejayaan di sisi Allah adalah sejauh mana kita bertahan dan terus bermain dengan baik tanpa banyak keluhan “mengapa permainan seperti ini, mengapa permainan susah, mengapa aku gagal, mengapa aku yang mesti bermain dalam permainan ini etc”.
Keluhan akan hilang seandainya kita faham tugas kita adalah untuk bermain. Bukan untuk menguasai permainan sehingga mampu mengaturkan sendiri tetapi bermain dengan mengikut kehendak Allah.
Tidak mungkin kita mampu merampas permainan ini daripada Allah yang menciptakan permainan ini.
Maka... teruskan kehidupan ini. Jangan buang dunia ini kerana buang dunia sama dengan keluar dari permainan. Jadilah “pemain” yang terbaik yang sentiasa ikut kehendakNya Yang Maha Mengaturkan

Faham Faham

Sifu Farihan Yahya
4hb April 2017
Kuala Terengganu

0 comments: