Metafizik
Kerana burung terbang dengan dua sayap
KERANA BURUNG TERBANG DENGAN DUA SAYAP
Burung..Haiwan yang Allah SWT berikan kelebihan berbanding dengan ciptaan lain. Burung mampu terbang tinggi di angkasa dan melihat keluasan dunia dengan matanya yang kecil. Burung juga merupakan ciptaan Allah yang sangat unik. Dalam Al-Quran terdapat beberapa kisah burung iaitu burung Ababil dan Hud Hud. Dalam Surah Al-Mulk juga Allah SWT menyebut perihal burung yang terbang di langit.
Baik, sifu nak bertanya. Cuba jawab
Mengapakah burung mampu terbang tinggi di awan..??
Bagaimana burung mampu terbang jauh..???
Allah SWT berfirman:
اَوَلَمْ يَرَوْا اِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صٰٓفّٰتٍ وَّيَقْبِضْنَ ؕ ۘ مَا يُمْسِكُهُنَّ اِلَّا الرَّحْمٰنُ ؕ اِنَّهٗ بِكُلِّ شَيْءٍۢ بَصِيْرٌ
"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(QS. Al-Mulk: Ayat 19)
Sebab ada 2 sayap..Tu yang boleh terbang tinggi🦅🦅🦅
Sebab tawakalnya burung pada Allah.
Benar, jawapannya adalah kerana burung memiliki sepasang sayap, kiri dan kanan.
Begitulah lumrah kehidupan kita. Untuk terbang jauh kita memerlukan kedua-dua sisi iaitu kiri dan kanan.
Jika kanan melambangkan kebahagiaan, kiri pula melambangkan ujian dan dukacita. Kita tidak mampu untuk terbang jauh sekiranya hidup kita hanya di sisi kegembiraan. Begitu jugalah sebaliknya. Saksikanlah kisah-kisah orang yang sudah berjaya. Mereka melalui ujian getir dalam hidup terlebih dahulu seolah-olah bagi mendapat sebelah lagi sayap, dan sepasang sayap itu membawa mereka terbang tinggi meneruskan layar kehidupan.
Usah berduka apabila ditimpa ujian kerana burung tidak akan terbang dengan sebelah sayap. Kembalilah kepada fitrah dan hayati erti kehidupan, nescaya ujian hidup akan terasa indah dan derita terasa mudah. Hentikan keluhan dan ayuh kembali hidup bertuhan..Berimanlah dengan Firman Allah dalam Al-Quran:-
Dalam surat Alam Nasyroh, Allah Ta’ala berfirman,
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Alam Nasyroh: 5)
Ayat ini pun diulang setelah itu,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Alam Nasyroh: 6)
RAHSIA MENGAPA DI BALIK KESULITAN, ADA KEMUDAHAN YANG BEGITU DEKAT
Ibnu Rajab telah mengisyaratkan hal ini. Beliau berkata, “Jika kesempitan itu semakin terasa sulit dan semakin berat, maka seorang hamba akan menjadi putus asa dan demikianlah keadaan makhluk yang tidak bisa keluar dari kesulitan.
Akhirnya, ia pun menggantungkan hatinya pada Allah semata. Inilah hakikat tawakkal pada-Nya. Tawakkal inilah yang menjadi sebab terbesar keluar dari kesempitan yang ada. Karena Allah sendiri telah berjanji akan mencukupi orang yang bertawakkal pada-Nya. Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman,
وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
“Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.” (QS. Ath Tholaq: 3).”
Inilah rahsia yang sebagian kita mungkin belum mengetahuinya. Jadi intinya, tawakkal lah yang menjadi sebab terbesar seseorang keluar dari kesulitan dan kesempitan.
Ya Allah, jadikanlah kami termasuk golongan orang yang sabar dalam menghadapi setiap ketentuan-Mu. Jadikanlah kami sebagai hamba-Mu yang selalu bertawakkal dan bergantung pada-Mu. Amin Ya Mujibas Saa-ilin.
Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.
"Katakanlah: Jika kamu ( benar-benar) mencintai Allah, ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengasih dan Penyayang," Ali 'Imran: 31
0 comments:
Post a Comment