Metafizik

Wifi Connection 4G dengan Allah

9:11 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Maksudnya Ujian yang BERAT akan MENGUBAH kita..tapi BERAT pada yang connection dengan ALLAH E je..kalau 4G ringan je..betul sifu?

Alhamdulillah..Penyelesaian PERTAMA connection dengan ALLAH mesti 4G..kemudian yang lain, IKHTIAR akan bersama dengan PENTUNJUK dan TAUFIK dariNYA..tapi bila IKHTIAR dulu tanpa connection 4G dengan Allah, maka ke laut jadinya..

Ada kita dengan WAHABLUMINANNAS dulu, baru WAHABLUMINALLAH atau
WAHABLUMINALLAH dulu baru WAHABLUMINANNAS..?

Pembuktian dalam Al-quran

"Sesungguhnya kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan, dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) setiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu suratan) yang jelas lagi nyata"(Surah Yaasin 36 : ayat 12)

Seperti yang sifu katakan sebelum ini, tiada satu yang baru berlaku dalam hidup ini, rezeki, jalan hidup dari awal hingga akhir, kekuatan dan kelemahan, potensi dan sebagainya semuanya sudah TERTULIS dalam Kitab (Ibu Suratan)..

Andai ada yang mengatakan ada yang baru, itu maknanya ada BERHALA DUNIA dalam diri. Inilah yang merupakan HIJAB BESAR CONNECTION kita dengan MAHA PENCIPTA..

Benar, maksudnya JAGA HABLUMMINALLAH (Dirikan Solat) dulu baru HABLUMINANNAS (Tunaikan Zakat). Itulah kenapa sifu tekankan SOP Buku 555

Bila kita "DIRIKAN SOLAT" - kita UNLOCK dan ON kan Software Diri, WIFI connection  kita dengan Maha Pencipta
DIA Chief of Universe, kalau DIA izinkan maka adakah makhluk lain yang boleh menghalangnya
Dan kalau DIA tak izinkan, buatlah macam mana sekalipun, tunggang terbalik pun, nenek ilmu apa pun yang korang gunakan, In Sya Allah TAK JADI..Kalau WIFI sekejap ada, sekejap takder, itu yang jadi macam biskut Choc Fudge tu sekejap ada sekejap takda.

Inilah MASALAH UTAMA YANG perlu diselesaikan dulu..??
Jika masalah yang satu ini tidak diselesaikan, maka pasti masalah-masalah lain yang akan terus menyeksakan jiwa dan meresahkan hidup. Korang khatamlah ilmu metafizik ini sekalipun, kalau yang ini tak ON kan WIFI, tak jadi derr..analogi mudah sahaja, dengar kata AMBIL HATI MAJIKAN tempat kerja lah kalau yang makan gaji tu.

Kenapa Allah kata "DIRIKAN SOLAT" dan bukannya "TUNAIKAN SOLAT"..bunyi sama tapi berbeda.
Selama ini kita hidup hanya TUNAIKAN solat bukan DIRIKAN..sebab itu sifu selalu katakan di sini sekadar HIDUP BERAGAMA...

Bila "DIRIKAN SOLAT" itu seumpama kita nak DIRIKAN sebuah rumah yang kukuh..Rumah yang kukuh itu terlebih dahulu memerlukan foundation atau asas yang KUKUH..kalau dari segi syariatnya pastinya memerlukan tapak simen yang berkualiti, stabil dan kukuh, barulah tak runtuh..cuba pakai simen CAP AYAM, dsb apa kan jadi..??? cer jawab

Dari segi hakikatnya, FOUNDATION asas yang kukuh adalah TAUHID kita itu..sebab minda dan jiwa kita sudah dijajah sekian lama oleh sistem sekularisme, sebab itu kita menjurus mengagungkan kaedah penyelesaian cara kebaratan dan bukannya menggunakan methodologi Islamic..

AGAMA sudah dipisahkan dengan KEHIDUPAN..
ROHANI kita hancur lunyai lama dah..JIWA BERTUHAN kita ke laut dalam perginya...kita akui dalam kalimah syahadah "AKUI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH", ikutlah cara Rasulullah SAW selesaikan masalah, kalau kita tak boleh nak ikut, mana KEBENARAN YANG KITA AKUI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH...betul betul..??

0 comments: