Metafizik

Ulangkaji Pelajaran (Buku 555, Traffic Light, Getaran Kesyukuran)

7:45 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Make sure SOP buku 555 jangan tinggal semua ya.
Santapan Rohani seperti biasa di awal pagi,

Bismillah,

Dengan KUASAMU...
Dengan KEBOLEHANMU...
Dengan KEHEBATANMU...
Jangan KAU ingat...
Dunia ini akan TERHENTI bila tanpa MU...
Jangan KAU ingat...
Seoalah-olah KAU yang MEMUTARKAN ALAM ini...

Hakikatnya...

Walaupun TANPAMU lagi di DUNIA ini...
SIANG DAN MALAM akan TETAP ADA...
MENTARI DAN BULAN akan TETAP MEMANCARKAN juga SINARNYA...
Pandang sahajalah di mana PIJAK KAKIMU...
Tetap BERPIJAK pada BUMI YANG SAMA...
BERTONGKATKAN hanya DUA KAKI pun jua...

SUBHANALLAH...
ALHAMDULILLAH...
ALLAHUAKBAR...

ILMU TANGAN GHAIB
Dalam Formula Quadrant Model Pengurusan Kewangan sifu iaitu 769  F.A.S.T, yang akan dikupas di tingkap sebelah nanti lebih mendalam.

Ada ilmu tangan ghaib yang sifu pecahkan ikut 5 jari tangan anda.
Ibu Jari : sedekah
Jari Telunjuk : solat tahajjud
Jari Tengah : Silaturrahim
Jari Manis : Solat Dhuha
Jari kelingking : Zikir

Semasa ketiadaan sifu ini, minta senior di Academy memakmurkan sahabat-sahabat di sini ya dengan ilmu ya, kerana semua ini ada dalam SOP BUKU 555.

Yang mana baru di tribe ini, sila ajukan soalan, insyaallah ramai akan membantu untuk merungkai persoalan itu insyaallah.

Di IMQ Academy, ada 182 members yang bersedia untuk membantu teman-teman baru di sini. Kita bantu sahabat-sahabat baru kita di sini dengan ilmu ya nanti,
IKAT ILMU DENGAN CATITAN
PELIHARA ILMU DENGAN AMALAN

Masih ingat beda:
ILMU
PENGETAHUAN
KEFAHAMAN

Nota IMQ ENTREPRENEUR ACADEMY:

1) TRAFFIC LIGHT FINANCIAL FLOW

Hari ini sifu ajarkan bagaimana cara nak kira zakat yang perlu keluarkan setiap 1hb.

Langkah pertama
Lukiskan bentuk Traffic Light (ada kotak Lampu Merah Kuning Hijau)

Langkah Kedua
Tuliskan dikotak Lampu Merah Total Monthly Expenses bersama senarainya sekali.
contoh: Total Monthly Expenses RM3000.00

Langkah ketiga
Lampu Kuning
Tuliskan total amount yang perlu dapat setiap bulan.
Formulanya:
Total Amount Montly Expenses X 3kali ganda
RM3000 x 3= RM9000
RM9000 adalah amount yang perlu ada setiap bulan bergantung pada expenses masing-masing.

Langkah keempat
Lampu Hijau
Tuliskan amount bulanan seperti dikotak lampu kuning x 5 %
2.5%- Zakat
2.5% - Sederkah
contoh pengiraan:
RM9000 x 5% = RM450

Kesimpulannya total amount inilah yang perlu dikeluarkan setiap 1hb untuk zakat.

Mampu atau tak nak sedekah dan bayar zakat pd 1hb setiap bulan RM450 ini..?? Atau nak sifu tunjukkan bagaimana nak jemput RM450 sujud ke kaki kita
Baik, RM450 sebulan ÷ 26 hari dlm sebulan = ???
Kenapa 26 hari..tolak 4 hari cuti bekerja dalam sebulan.

Formulanya :
Bila dah dapat total amount 5% di lampu hijau bahagikan dgn 26 hari untuk dapat total sederkah setiap hari yang perlu dikeluarkan.

Contoh:
RM450/26 hari = RM17.30
jadi setiap hari amount ini wajib disederkahkan.
SOP lain yang sifu ajarkan solat tahajjud, dhuha, sedekah istiqamah lakukan. Lakukan dengan ikhlas.
Puan2 dan tuan2 boleh tambah column untuk setiap yang dah dibuat. Contohnya sehari kena baca 1 kali surah Yasin.

Jumlah: jumlah sedekah
Income: duit masuk raw. Setiap sen masuk tanpa tolak modal dan sebagainya.
Tahajjud , witir & dhuha : berapa rakaat
Surah Waqiah : selepas solat subuh dan isyak
Surah Assajadah &Surah Al Mulk: selepas isyak.

Kat depan buku/kulit muka tampallah ayat ini:
Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). (Al-Maaidah 5:55)


RM3500 adalah expenses bulanan
Kali 3 untuk Financial Freedom
RM17.50 sedekah harian minima di "Jumlah"
Semoga dapat membantu. Dan istiqamah 😊

Persaoalan : Di lampu kuning, kenapa perlu darab dengan 3?

Jawapan 1: 
Robert T. Kiyosaki yang cukup popular dengan Quadrant Kewangan EBSI, sifu pula akan ketengahkan nanti Quadrant Kewangan FAST. Robert Kiyosaki mengatakan bahawa "PASSIVE INCOME" minima 3x lebih besar dari perbelanjaan kita. Inilah sebab ILMU TRAFFIC LIGHT FINANCIAL FLOW tu perlu 3x PERBELANJAAN (EXPENSES). 
Jadi jika kita mempunyai pendapatan perbelanjaan (Expenses) sebanyak RM1000 untuk memenuhi seluruh keperluan kita setiap bulan, maka "PASSIVE INCOME" kita secara minima haruslah sebanyak RM3000 (RM1000 x 3 = RM3000). Barulah kita ini dikatakan mencapai BEBAS KEWANGAN @ FINANCIAL FREEDOM. Bab ini Sifu memang sepakat denga Robert Kiyosaki.
Jawapan 2:
Lampu Merah adalah BELANJA

Lampu Kuning adalah TARGET INCOME kita bulan tersebut . Jika lampu kuning sama atau kurang dari lampu merah maknanya Financial Flow kita belum stabil .

1/3 Tolak BELANJA
Ada balance 2/3 untuk saving etc

Jawapan 3: 
RM3500 adalah expenses bulanan
Kali 3 untuk Financial Freedom
RM17.50 sedekah harian minima di "Jumlah"

Financial Freedom,
1/3 dah wajib ada di tangan untuk settlekan bayar2.. hutang2..
Ada 2/3 lagi bolehlah kita buat saving.. beli gold.. simpan untuk umrah/haji/travel.. sedekah boleh lebih..

    
Soalan : Saya baru buat ni,betul ke yan g saya buat? Ni cara kiraan saya, lepas tu baru saya buat dekat traffic light tu.
Jawapan : Alhamdulillah. Ye betul Puan.


2) SAMPEL BUKU 555
Bismillahhirrahmannirrahim
"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang MENDIRIKAN SOLAT, dan MENUNAIKAN ZAKAT, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)." Surah Al Maidah 5:55

3) SOP GETARAN KESYUKURAN
Cara² Untuk Kita Mulakan Kesyukuran Dengan Menggunakan Kaedah 7 GETARAN KESYUKURAN

1. NIAT KERANA ALLAH
2. TEKAD UNTUK LAFAZKAN DENGAN ISTIQOMAH SELAMA 40 HARI
3. LAFAZKAN SETIAP HARI SELEPAS SOLAT SUBUH
4. TULIS & SHARE 7 GETARAN KESYUKURAN DI KEPADA INSAN SEKELILING. (ONLINE ATAUPUN OFFLINE)

Di Dalam KAEDAH 7 GETARAN KESYUKURAN

Perlu Ada

1. TAJUK

2. PERKONGSIAN 1 AYAT AL QURAN ( MAKNA )

3. 7 KESYUKURAN HARIAN ANDA ( BERBEZA SETIAP HARI )

4. NAMA, TARIKH, TEMPAT, BILANGAN HARI YG ANDA TELAH LAFAZKAN

YANG PALING PENTING ADALAH ISTIQOMAH SELAMA 40 HARI TANPA TINGGAL WALAUPUN SEHARI.

*Kalau Lupa Kena Start Balik 1/40

0 comments: