Metafizik
Ibu segala ilmu
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahirrahmaanirrahim
IBU SEGALA ILMU
Ada sebuah kisah pada zaman khalifah, ada seorang pemuda ingin benar mengetahui apakah dia "IBU segala ILMU", beliau telah bertanya pada semua cerdik pandai agama pada masa itu tetapi tiada satu pun yang dapat menjawabnya. Lantas selepas itu pemuda tersebut telah mengembara mencari jawapan yang masih belum terjawab miskipun beliau terpaksa meninggalkan isterinya keseorangan di rumah kerana keazaman lelaki itu untuk terus berusaha mencari jawapannya.
Setelah daerah demi daerah ke serata pelusok benua dia harungi untuk bertanya soalan itu akhirnya dia dengan izin Allah telah bertemu dengan seorang alim yang sudah lanjut usia. Apabila mendengar hajat dan pertanyaan lelaki itu lantas orang tua itu mengambil kalam lalu menulis sepotong ayat pada sekeping kertas lalu dilipatnya kertas itu. Kemudian itu kertas tersebut terus di berikan kepada lelaki itu seraya orang tua itu berkata “Janganlah sesekali kamu membuka atau membacanya sehinggalah apabila kamu pulang ke rumah”
Setelah beberapa tahun mengembara akhirnya beliau pulang kerumah, apabila saja sampai di rumah beliau terdengar suara lelaki sedang bergurau senda di rumah bersama isterinya. Melihat kejadian itu lalu beliau terus mencapai pedang di pinggangnya dan terus menuju ke pintu rumahnya. Apabila telah melewati pintu itu tiba-tiba beliau teringatkan pesan orang tua itu agar membaca segala apa yang ditulisnya. Lalu lelaki itu pun terus membacanya. Tiaba-tiba saja dia terdiam dan berubah fikiran.
Selepas itu beliau terus memasuki rumahnya dan mendapati isterinya sedang berbual mesra bersama dengan seorang pemuda, lalu terus beliau bertanya dengan isterinya siapakah pemuda itu lalu isterinya menjawab dia adalah anakmu yang telah kau tinggalkan semenjak dari saat aku mengandungkanya dulu, kini dia sudah dewasa. Dengan penuh hiba pemuda itu terus menitiskan air mata kerana beliau terharu bahawa pemergianya selama bukanlah sesuatu yang sia-sia.
Apakah sebenarnya yang membuat pemuda itu berubah hati daripada perasaan amarahnya yang menguasai dirinya bagaikan separuh gila untuk membunuh dua insan yang tak berdosa itu. Sebenarnya kata-kata yang tertulis oleh alim itu telah benar-benar membuat pemuda itu berubah. Persoalan yang panjang dan mengambil masa yang lama untuk mencarinya akhirnya terjawap jua dan apa yang tertulis hanyalah satu rangkap perkataan yang hanya mempunyaai 5 huruf sahaja.
Benarlah katanya ibu segala ilmu itu adalah SABAR
Selamat Petang semua, apa juadah petang hari ini....
Sifu Farihan Yahya
0 comments:
Post a Comment