Metafizik

Beradab dalam tutur kata dan sentiasa berbaik sangka

12:56 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bila terbaca satu kisah ini. Saya jadi malu..
Apa tak malunya. Dulu suka juga bergurau dengan kawan-kawan bila saya baca buku, kawan tanya beli di mana? Saya cakap beli di kedai basikal.
Sebenarnya berseloroh sahaja. Gurau-gurau dan mungkin sedikit sinikal.
Tetapi bila terjumpa pertanyaan Allah kepada Nabi Musa ini. Hati jadi malu..(masa kerja dulu suka gurau begini)

"Wahai musa..apa yang ada di tanganmu itu??"
Lalu Nabi Musa pun menjawab
"Inilah tongkatku, aku gunakan untuk berjalan dan memukul daun-daun  kayu supaya gugur untuk kambing-kambingku"

Allah tak buta, Allah maha melihat, Al Bashiir. Allah bukan bodoh, Allah amat mengetahui Al `Aliim.  Dia tahu apa yang berada di tangan nabi Musa tetapi sengaja bertanya. Bertanya kenapa? Sengaja mahu bermesra sebenarnya.

Macamlah orang tanya kita. Bila nak kahwin? Syukur masa saya sempat menjadi anak dara tua dahulu (saya kahwin lambat). Bila orang tanya bila nak kahwin saya tak jawab bila mak cik nak mati? Syukur sangat. Masa itu tidak ada perkataan menghasut seperti itu berada di fikiran.

Kalau tidak, betapa sombongnya saya ya ALLAH. Orang bertanya itu kadangkala cuma berbasi-basi. Mahu bertanya dan bermesra tetapi kita sembur dia dengan kata-kata menyakitkan hati. Konon hati kita sakit. Tetapi tidak semua orang bertanya untuk menyakitkan hati kita..mereka bertanya sebenarnya untuk bermesra..

Nak bersihkan hati adalah sangat payah, berbaik sangka lagilah jenuh tetapi kita harus berubah. Berubah sentiasa beradab dalam tutur kata dan sentiasa berbaik sangka!

Fb:NoorhayatiBerahim

0 comments: