Metafizik
Kuasa tahajjud mampu sembuhkan kanser otak tahap 4
===============================================
Kuasa Tahajud Mampu Sembuhkan Kanser Otak Tahap 4
======================================
Kisah benar: Pesakit kanser ini sembuh tanpa apa-apa pembedahan dan kemoterapi..
Pertama sekali, tujuan Fiqa menulis, bukan untuk mengaibkan diri sendiri, tetapi sebagai inspirasi untuk pesakit-pesakit kanser yang putus asa, hilang semangat, down, merasa sudah tiada harapan untuk sembuh, dan bagi yang merasa sudah tidak ada peluang untuk melihat matahari, awan, burung-burung, dan gunung - ganang pada esok hari, seolah-olah tiada harapan untuk hidup pada esok hari..
Fiqa ingat lagi malam tu, pada waktu sepertiga malam terakhir, atas kepentingan tertentu, Fiqa bangun untuk bertahajud.
Malam tu rasa lain sangat..tak seperti malam-malam sebelum ni..rasa tenang menyelubungi diri..Selama dua minggu mengerjakan solat sunat tahajud.. malam tu yang paling tenang..
Terasa rugi,
kenapa aku baru nak tahajud?
kenapa aku selalu tinggal tahajud?
Kalau aku tahu nikmatnya ketenangan semasa solat di malam hari, nikmatnya berdua-duaan di malam hari dengan yang maha Besar sudah pasti aku tak ambil ringan tentang tahajud..
Apa kaitan malam tu dengan sembuhnya Fiqa dari penyakit ni... Wallahu'alam
Yang penting Fiqa sembuh lepas konsisten amalkan tahajud
Sebelum ni.. 5tahun da fiqa habiskan masa, tenaga, dah banyak usaha, 1001,malah tak terkira, usaha untuk sembuh dari sakit, walaupun masa tu Fiqa tak tahu lagi apa jenis penyakit yang Fiqa hadapi...
Fiqa lupa satu benda penting..
Iaitu konsisten amalkan tahajud..
Selepas rawatan demi rawatan yang Fiqa terpaksa rahsiakan dari umum atas sebab-sebab tertentu...Di akhirnya Fiqa sembuh tanpa apa-apa pembedahan dan kemoterapi..
Memang tak percaya dek akal kisah Fiqa ni.. Tapi kuasa Allah siapa yang dapat menyangkal?
Sembuh dalam sekelip mata pun boleh kalau Dia berkehendak..
Lagipun kita bukan cina yang tidak percaya pada kuasa Ilahi.. Hanya percaya pada apa yang nampak pada pandangan lahiriah sahaja..
Untuk berusaha, berikhtiar cara selain dari perubatan moden.. "taknaklah" "wa boleh mati oo"..
Tepuk dada tanya iman.. Kita orang Islam macam tu jugak ke jawapan kita?
Sedangkan dalam hadis Riwayat Bukhari dan Muslim:
Rasulullah SAW bersabda:
Allah Azza Wa Jalla turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir dan menyatakan "Siapa yang berdoa kepada-Ku pasti Aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepada-Ku pasti aku beri, dan sesiapa yabg memohon ampun kepada-Ku pasti aku ampuni"
Jadi, sesiapa yang ada masalah, stress, tekanan jiwa, rezeki tak masuk, sakit, sakit kronik, tahajudlah beserta dengan solat sunat taubat sebab setiap sakit fizikal atau mental dari dosa kita sendiri..
Moga Allah buka pintu-pintu rezeki, pintu - pintu kesembuhan kepada kalian..
Tekad Fiqa untuk gunakan nyawa baru ni sebagai orang Islam, sebagai khalifah di muka bumi ini sebaik mungkin selepas diberi peluang kedua untuk hidup kembali..
0 comments:
Post a Comment