Metafizik
Kewajipan, Pendapatan & Pelaburan
KEWAJIPAN, PENDAPATAN & PELABURAN
Apa yang kalian faham beda antara 3 perkara ini..?? Jom gerakkan otak kanan masing-masing.
Salah satu ajaran dari Robert T. Kiyosaki adalah mengenai PENDAPATAN, PENGELUARAN, ASET dan KEWAJIBAN. Kiyosaki menyatakan :-
KEWAJIBAN - adalah apapun (harta, pekerjaan, usaha dan sebagainya) yang mengeluarkan wang dari dompet kita.
ASSET - adalah apapun (harta, pekerjaan, usaha dan sebagainya) yang memasukkan wang ke dalam poket kita.
Di sini, ada kekurangan dan kelemahan ketika menjelaskan tentang konsep ini. Baik sekarang kalian mesti tertanya-tanya, kalau betul apa yang sebetulnya YA..??
Sebetulnya begini, istilah yang kita perlu tahu dan faham adalah KEWAJIBAN, PENDAPATAN dan PENGELUARAN atau PELABURAN.
KEWAJIBAN atau HUTANG adalah sesuatu yang anda terima yang telah memiliki tujuan penggunaannya.
Contoh situasi begini:-
Kalau sifu beri kamu RM1000 tapi sifu katakan begini,"Wang ini sifu berikan kepada kamu dan mohon disampaikan kepada ibubapa kamu";
Maka itu disebut sebagai KEWAJIBAN atau HUTANG, kerana wang itu bukan kamu punya walaupun kamu yang menerimanya.
PENDAPATAN atau INCOME adalah sesuatu yang anda terima tetapi tidak memiliki tujuan penggunaannya, jadi terserah anda mahu gunakan untuk apa sahaja.
Contoh situasi begini:-
Kalau sifu beri kamu RM1000 terus sifu katakan begini,"Wang ini sifu berikan kepada kamu, dan kamu boleh gunakannya untuk apa sahaja",
maka itu disebut sebagai PENDAPATAN atau INCOME kerana itu memang wang kamu.
Maka, pastikan akan timbul satu persoalan lagi.
Bagaimana KEWAJIBAN dan PENDAPATAN nak digabungkan..??
Boleh, misalnya situasinya begini:-
Sifu beri kamu wang RM1000, terus sifu katakan begini,"Wang ini sifu berikan kepada kamu, RM250 untuk ibubapa kamu dan lagi baki RM750 utk kamu gunakanlah untuk apa sahaja"
maka di sini maknanya RM250 adalah KEWAJIBAN dan RM750 adalah INCOME anda..
Faham...masih bersama sifu ka?
Sekarang, jom kita gunakan Kecerdasan Kewangan anda untuk meraih Kecerdasan Spiritual
Apa yang kewajiban, pendapatan dan pelaburan Anda..??
Sesungguhnya kewajiban, pendapatan dan pelaburan Anda secara sederhananya adalah meliputi 3 perkara di bawah ini:-
1. WANG
Semua orang mendapatkan wang, hanya jumlahnya sahaja yang berbeda. betul kan. Ada apa dengan wang itu..??
Agama menyatakan bahawa "Di dalam hartamu terdapat hak-hak orang lain (orang-orang fakir miskin)" dan Nabi sendiri berpesan 1/40 atau 2.5% dari wang anda merupakan KEWAJIBAN kita dan 39/40 ATAU 97.5% dari wang anda adalah pendapatan anda. KEWAJIBAN itulah yang disebut ZAKAT..
Jadi bila hujung bulan, dapat gaji, dapat income dari perniagaan perkara 1st PERLU DISELESAIKAN ADALAH ZAKAT DULU, bukannya bayar hutang dan sebagainya.."DIRIKAN SOLAT, TUNAIKAN ZAKAT"..tak pernah jumpa walau 1 potong ayat pun dalam Al-Quran, "DIRIKAN SOLAT, TUNAIKAN HUTANG @ TUNAIKAN SHOPPING" dan sebagainya.
2. WAKTU
Sering disebut suatu pemberian Allah yang paling adil kerana semuanya mendapatkan jumlah yang sama iaitu 24 jam sehari semalam..Kau cantik ka, tak cantik ka, putih ka, hitam ka, handsome ka dan sebagainy tetap diberi 24 jam waktunya sehari semalam.
Time is Money bro..maka waktu dapat disamakan dengan rezeki atau wang.
Berapa 2.5% dari 24 jam?
Ya, 36 minit merupakan KEWAJIBAN dan 23 jam 24 minit adalah PENDAPATAN.
KEWAJIBAN itu disebut sebagai Solat Wajib 5 waktu.
Waktu Solat yang berkualiti adalah +- 7 minit maka totalnya adalah +-36 minit.
Inilah salah satu pembuktian melalui nombor kenapa dalam Islam perintah "DIRIKAN SOLAT", selalunya diikuti dengan perintah "TUNAIKAN ZAKAT"..Ini perintah Allah, bukan sifu suruh.
Kerana pada hakikatnya Allah sedang mengajarkan kepada kita tentang KONSEP WAKTU DAN WANG sebagai KEWAJIBAN DAN PENDAPATAN KITA..!!!
3. KESIHATAN
KEWAJIBAN kita adalah PUASA. Kenapa Puasa.??
Ya, kerana siapa yang sihat diwajibkan untuk berpuasa, sedangkan yang dalam keadaan sakit dibolehkan juga untuk tidak berpuasa akan tetapi dilaksanakan pada waktu yang lain ketika kita dalam keadaaan sihat. Ini berbeda dengan SOLAT dan ZAKAT, baik dalam keadaan sihat mahupun sakit tetap diWAJIBkan.
Ibadah Haji pula merupakan gabungan dari WANG, WAKTU dan KESIHATAN kita. Seterusnya, di mana pendapatan anda akan dilaburkan.??
Syarat pelaburan adalah sesuatu yang paling rendah modalnya, paling terlindung, paling aman, paling besar keuntungannya (return), paling cepat pengembaliannya, terjamin dan tidak berisiko.
Baik, sekarang gunakan kecerdasan kewangan anda untuk meraih kecerdasan spiritual atau bahasa mudahnya meraih REDHA Allah..
Melaburlah kepada :-
"Yang Maha Besar, Yang Maha Baik, Yang Maha Kaya, Yang Maha Mengayakan, Yang Maha Pemurah".
Dengan melabur kepadaNya, kita memberi "PINJAMAN atau HUTANG" kepada Yang Maha Kuasa. PASTI Yang Maha Membalas dan Yang Maha Menyegerakan Balasannya dengan secepat-cepatnya dan sebaik baik balasan.
Ini kita panggil
Hukum Tarik Menarik (Law of Attraction)
Hukum Sebab Akibat (Law of Casuality) yang universal yang akan berlaku pada sesiapa pun.
Dapat gaji, terus bayar hutang, selesai ka masalah hingga sekarang?
Rasanya hutang keliling pinggang lagi adalah datang mengejar kita, sebab kita langgar habis SOP dalam Al-quran, langgar habis sunnatullah.
Nampak tak kat situ betapa RUKUN ISLAM tak dapat dipisahkan dengan RUKUN IMAN..
Kerana RUKUN ISLAM itu (Kulitnya/Ilmu Fekah) dan pasanggannya adalah RUKUN IMAN (isinya/Ilmu Tauhid)
Cuba dapat gaji atau income hujung bulan tu, pergi settle barang WAJIB dulu, buang untuk Zakat. Buat dan RASA sendiri, HANYA YANG MINUM AIR LAUT SAHAJA TAHU SEJAUH MANA MASINNYA AIR LAUT ITU.
Deepak Chopra, penulis Spiritual pernah menulis dalam salah sebuah bukunya:
"No Debt Goes Unpaid in the Universe" atau "Tiada Hutang yang tidak akan dibayar di alam semesta", apatah lagi "Hutang" Yang Maha Kaya.
Kita duk hitung hitung "HUTANG" kita dengan orang, pernah kah kita hitung "HUTANG" kita dengan Yang Maha Kaya?
Kalau nak tahu,
Berlakunya "HUTANG" orang dengan kita itu adalah ASBAB kepada "HUTANG" kita dengan Yang Maha Kaya yang tak selesai. Tak bayar Zakat dan sebagainya..
Ini pembuktian beberapa ayat Al-Quran berkenaan dengan pelaburan:-
Surah 2 ayat 245, Allah Berfirman:
"Siapakah yang mahu memberi PINJAMAN kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah kamu akan kembali'.
Surah 2 ayat 254, Allah berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, BELANJAKANLAH (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tiada lagi urusan jual beli dan tiada lagi persahabatan yang akrab dan tiada lagi syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim".
Selain daripada itu juga, pelaburan juga berguna sebagai penambahan terhadap ansuran KEWAJIBAN kita yang masih kurang. PENDAPATAN, KEWAJIBAN DAN PENGELUARAN ATAU PELABURAN SECARA ringkas digambarkan di bawah:-
PENDAPATAN
1. Wang
2. Waktu
3. Kesihatan
KEWAJIBAN
1. Zakat
2. Solat Wajib
3. Puasa
4. Haji
INVESTMENT
1. Sedekah
2. Solat solat sunat
3. Puasa puasa sunat
4. Umrah
Allah juga menyampaikan dalam Al-Quran mengenai peringkat KEUNTUNGAN PELABURAN (ROI - Return Of Investment).
KEUNTUNGAN 10 KALI GANDA (1000%) - Surah 6 ayat 160
"Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya pahala sepuluh kali ganda amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedangkan mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).
KEUNTUNGAN 700 KALI GANDA (70,000%) - Surah 2 ayat 261
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai; seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang DIA kehendaki. Dan Allah Maha Besar (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui.
Mana ada Lembaga atau mana mana institusi kewangan di dunia ini yang mampu memberi peringkat keuntungan hingga 70,000% kecuali Lembaga Kewangan Yang Maha Kaya..!!
Jadi laburkanlah segera Wang, Waktu, dan Kesihatan Anda kepada Yang Maha Memberi dan Maha Membalas..
Kenapa perlu masih ada ragu-ragu dan was-was dengan janji janji Allah dalam Al-Quran..
Kalau ada ragu-ragu dan was-was itu maknanya sudah cacat Rukun Iman kita iaitu PERCAYA KEPADA ALLAH, PERCAYA KEPADA AL-QURAN..
Faham semua...belajar sesuatu...?
Cuba muhasabah diri kita masing masing..patut ka kesulitan dan kesempitan hidup membelenggu hidup kita sebab kita gagal tunaikan yang WAJIB ini.
0 comments:
Post a Comment