Metafizik
Kemabli bersujud
Bismillah...
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Wahai Jiwa Jiwa yang tenang semua.
Sihat dan ceria semua ka, sifu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan Kalian semua hari ini, mudah mudah dan sehabis mudah ya.
SOP awal pagi mcm mana semua hari ini, settle ka belum.., apa dia SOP pagi kita..??
Surah Maryam ayat 59:-Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),
Apa sahaja pun masalah dalam hidup kita:
"WAFI AMFUSIKUM AFALA TUBSHIRUN" (surah 51 ayat 21)
Dan Pada Diri Kamu sendiri, kenapa kamu tidak mahu melihat dan memikirkannya.
Perbetulkan dan perbaiki diri, itu tugas kita sebagai seorang hamba, KEMBALI BERSUJUD PADA YA KHALIK.
Usah sibuk nak buat kerja Tuhan, nak ubah orang.
Faham.
Allah boleh ubah pertukaran siang ke malam macam tu jer, masalah hidup kita yang kecil itu mana mungkin sukar untuk Allah ubah kalau DIA nak..
Cuma KEEGOAN, KEAKUAN, KESOMBONGAN kita yang TAK BERIMAN DENGAN TUHAN sahaja.
Selagi masih ada nafas, tidak ada istilah lewat atau lambat dalam hidup untuk berubah.
0 comments:
Post a Comment