Metafizik

Ilmu -- Pengetahuan -- Kefahaman

9:36 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Ingat dalam proses pembelajaran dari ILMU ke PENGETAHUAN

dalam 100%, pecahan aliran ilmu itu begini

30% pembelajaran dalam kelas sama ada online mahupun offline. IKAT ILMU DENGAN CATITAN.

60% kena PELIHARA ILMU DENGAN AMALAN,.praktis...buat buat buat sampai jadi, bila dah ada PENGALAMAN & RASA..share dan batu orang lain untuk DAPATKAN PENGETAHUAN.. sebab itu sifu suruh share, sapa sambut, sapa buat dia dapatlah...dunia ini bukan untuk kehidupan kita seorang. Allah beri ilmu, Allah beri kita rezeki dan sebagainya untuk kita TADBIR & URUS memakmurkan insan lain.

10% SECRET INGREDIENT, USP (Unique Selling Proposition), identiti diri hasil memakmurkan insan tadi dengan kesabaran, istiqamah, tidak ada istilah gagal dan give up, pengalaman jatuh bangun, untung rugi, MAKA ANUGERAH KEFAHAMAN dan you are the only one yang dapat itu.

Inilah beda ILMU -- PENGETAHUAN -- KEFAHAMAN..

Makam ilmu mana yang kalian anak, ITS YOUR CALLS, ITS YOUR CHOICE.

BILIK ILMU TRIBE #769SAFT:
PERBEZAAN ANTARA ILMU, FAHAM DAN PENGHAYATAN

Ilmu tidak sama dengan faham, faham tidak sama dengan penghayatan.

Ilmu hanya baru bersifat panduan-panduan secara kasar atau secara umum.

Faham ialah ilmu itu dia boleh menghurai, dan boleh menyusunnya secara logik akal.

Penghayatan, ilmu yang sudah terhurai dan tersusun itu dijiwainya hingga mendarah mendaging.

Ia telah sebati dengan fikiran dan perasaannya,

hingga mudah diapplykan di dalam kehidupan jika dia mahu

Mengapplykan ilmu di dalam perbuatan dan sikap

ia memerlukan taufik dari Allah

Ilmu dan faham itu ianya adalah hidayah jika bersatu dengan taufik

perlaksanaannya berjalan dengan tepat dan indah

Mengapplykan ilmu itulah yang amat susah dan payah

Sama ada susah hendak bermujahadah melaksanakannya hingga tidak mampu mengamalkan hingga suka

Ini adalah satu masalah

Atau mampu melaksanakannya tapi taufik dari Allah pula tiada,

maka kerja itu atau amalan itu tidak tepat

Ilmu dan kefahaman sudah betul

apabila diselaraskan dengan perlaksanaan tak mahu hendak kena

Di sini kerja-kerja itu atau amalan itu masih gagal lagi

Di sini mesti ada faktor-faktor lain lagi mengapa perlaksanaan itu tidak tepat

Mungkin gagalnya itu adalah faktor dosa-dosa yang belum bertaubat

Atau dosa-dosa kita yang kita lupakan begitu sahaja

Atau dosa-dosa kita yang kita tidak sedar yang sangat tersirat

Di sini baru kita faham hidayah dengan taufik mesti berjalan serentak

Sekadarkan hidayah sahaja tidak cukup, taufik sangat diperlukan

Kerana itu mintalah kepada Allah hidayah dan taufik sekali

Apabila hidayah dan taufik dianugerahkan oleh Allah Taala

segala kerja berjalan tepat dan indah

Untuk kejayaan hendaklah hidayah dan taufiknya tidak terpisah Allah kan buat sesuatu itu berpasang-pasangan.

Sila JOIN BILIK ILMU TRIBE #769SAFT utk lebih kepuasan di T.me/BilikIlmu_769SAFT

0 comments: