Metafizik

Satu kisah pengajaran terhebat

10:15 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


SATU KISAH PENGAJARAN TERHEBAT

Mari kita membuat sedikit analisis ke atas sahabat Rasulullah yang terhebat ini Saidina Abu Bakar As-Siddiq (r.a.). Ketika sifu membaca kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq ada pengajaran besar yang hingga kini tetap terus menjadi dorongan dan semangat dalam hidup saya dalam hal kekayaan.

Semua kita tahu kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang banyak memerdekakan hamba ketika zaman Rasululullah dan pemerintahan Abu Bakar sendiri. Dianggarkan dalam kisah yang pernah saya baca, Abu Bakar memerdekakan berbelas-belas hamba. Kebanyakannya adalah hamba yang diseksa oleh tuan mereka kerana hamba-hamba ini beriman kepada Allah.

Kita ambil kisah Bilal bin Rabah. Dikisahkan Abu Bakar As- Siddiq menawarkan berapa jua nilai emas kepada Umayyah untuk membebaskan Bilal daripada seksaan Umayyah. Apa yang ada dalam fikiran kalian ketika membaca kisah ini? Abu Bakar meletakkan berapa jua harga pun kepada Umayyah untuk memerdekakan seorang hamba yang diseksa. Saya sendiri tidak mampu mengikuti apa yang Abu Bakar tawarkan. Tiada had harga yang diletakkan oleh Abu Bakar.

Apa makna semua ini? Ini bermakna Abu Bakar As-Siddiq adalah sahabat Rasulullah yang sangat-sangat-sangat kaya. Jika hari ini kita bangga dengan kekayaan kita, kita harus berasa malu. Sahabat-sahabat Rasulullah yang mungkin dalam fikiran kita sekadar orang kaya biasa sebenarnya adalah JUTAWAN-JUTAWAN EMAS ketika zaman mereka. Namun tawaduk dan ketundukan mereka pada Allah melebihi dari yang lain. Kita baru dapat sales puluhan ribu dalam masa 1 bulan, kena puji sikit dah jalan macam ayam katik, hilang tawaduk dan ketundukan pada Maha Pencipta.

Kita buat sedikit kira-kira secara anggaran. Dikisahkan Abu Bakar membayar Umayyah untuk memerdekakan Bilal dengan bayaran sebanyak 9 Uqiyah emas. 1 uqiyah = 31.75gram.

Kita tidak tahu harga emas ketika zaman Abu Bakar namun Emas pada zaman apa pun ia tetap mempunyai harga yang tinggi. Mungkin Abu Bakar tidak memiliki harta berjuta tetapi nilai ratusan ribu ketika itu adalah sama nilai dengan jutaan malah mungkin billion ketika zaman ini.

Jom mari kita kira mengikut harga emas zaman ini agar mudah membandingkan dengan kekayaan yang kita ada. Jika 1 Uqiyah = 31.75gram dan kita ambil harga emas terkini bagi emas yang paling baik iaitu emas 999 (24 karat), maka 9 uqiyah emas berharga 9 uqiyah x 31.75gram x RM200 = RM57,145.50.

Itulah harga yang dibayar oleh Abu Bakar untuk memerdekakan seorang hamba. Allahuakbar!!! Mungkin nilainya masih belum banyak. Dikisahkan dalam sejarah, Abu Bakar membeli berbelas-belas hamba. Ada yang menyatakan 15,16 dan lain-lain.

Mudahnya mari kita kira seandainya 15 orang hamba yang dimerdekakan oleh Abu Bakar dengan nilai yang sama dengan memerdekakan Bilal, maka 15 orang x RM57,145.50 = RM857,182.50.

Nilai ini hanya untuk satu kebajikan Abu Bakar iaitu memerdekakan hamba. Belum lagi termasuk dalam sedekah, zakat dan bantuan yang lain. Allahuakbar. Apakah kita tidak malu seandainya kita menjadi orang kaya tetapi kita diam menyimpan harta untuk kegunaan sendiri tanpa menyebarkan kepada yang memerlukan?


0 comments: