Metafizik

Rahsia 19

6:20 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Petang ini sambil minum Kopi dan goreng pisang, sifu kupas RAHSIA 19 di setiap ruas jari kita, berapa ramai nak tahu.....say ALHAMDULILLAH

Numbering ini Mukjizat yang terkandung dalam Al quran, apa yang sifu share di sini adalah ilmu metafizik sains penomboran islamik berasaskan Al-quran #1 di dunia, dan setiap pembuktian numbering akan dibuktikan dalam Al-quran..supaya lebih jelas dan tidak timbul keraguan utk kalian berada di tribe ini..

bila sifu puas hati, ramai yang NAK TAHU, sifu share dengan izinNya

Bismillahirrahmanirrahim..
Sahaja Aku berkongsi Ilmu petang ini kerana Allah Taala...

MAN ARAFA NAFSAHU FAKAD ARAFA RABBAHU
(Barangsiapa Yang Mengenal Dirinya, akan Mengenal Allah Akan Dia)

MAN ARAFA = ADAM
NAFSAHU = ROH/JIWA/NAFSU
FAQAD ARAFA = ALLAH ITU
RABBAHU = ESA

Seperti Firman Allah dalam Al quran dalam Surah 33 ayat 72:-
"Sesungguhnya Kami Telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang untuk memikulnya, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan pada ketika itu manusia dengan segala persediaan yang ada padanya sanggup memikulnya. Ingatlah sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan."

Berdasarkan ayat inilah sifu selalu ulang di tribe ini, BARANG APA LAGI YANG KITA MAHU CARI, SEGALA GALANYA ALLAH SUDAH SEDIAKAN BEKAL UNTUK KITA DI DUNIA INI. HANYA KEBODOHAN, KEEGOOAN, KESOMBONGAN DAN KEJAHILAN KITA SAHAJA YANG MEMBUATKAN HIDUP KITA TIDAK KETAHUAN.

Oleh kerana Amanah atau Rahsia Allah telah diterima, maka adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk tunaikan janjinya.
Amanah itu sudah tertulis di tapak tangan kanan 18 Asmaul Husna + tangan kiri 81 Asmaul Husna = 99
Asmaul Husna ini kena dijalin hubungan yang 1 untuk disempurnakan.
NAFI 99 itu Kita Punya, ISBAT HANYA 1 iaitu Allah punya.

Dengan erti kata lain, tugas manusia adalah menjaga dan menjalin hubungannya dengan Tuan Empunya Rahsia setiap saat dan ketika.

Kini, pasti semua telah jelas bahawa bagaimana Al-Quran memiliki sistem "penjagaan" atas dirinya sendiri.??
Sebab itulah penglihatan terhadap Al-Quran perlu dilihat data surah dan ayat Al-Quran pada jadual nombor surah dan jumlah ayat secara keseluruhannya.

Dengan adanya isi kandungan yang mendalam dari wahyu pertama tersebut, maka amat wajarlah untuk kita memerhatikan secara jelas tentang kandungan firman Allah ini dalam Surah Asy-Syura :52-53 yang berbunyi,

"Dan seperti itu kami wahyukan kepadamu roh dari urusan Kami. Padahal kamu tadinya tidak tahu apa itu Kitab dan tidak iman, tetapi Kami menjadikannya Nur yang membimbing dengannya siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hambaNya, dan sesungguhnya engkau (Muhammad) sungguh membimbing ke jalan yang lurus. Jalan Allah, Yang KepunyaanNya apa apa yang berada di langit dan di bumi. Apa tidakkah kepada Allah dikembalikan semua urusan..??"

Begitu juga kandungan makna ayat sebagaimana telah sifu share sebelum ini dalam Surah Al-Muddatsir 74: 30-31, firman Allah berbunyi,

"Padanya sembilan belas. Dan tidak Kami jadikan penjaga neraka, melainkan malaikat dan tidak Kami jadikan bilangan mereka melainkan cubaan untuk orang-orang kafir, agar yakin orang yang diberi kitab dan bertambah iman orang yang beriman, dan tidak ragu-ragu lagi orang yang diberi kitab itu dan orang-orang yang beriman."

Untuk menambahkan pemahaman kita tentang fenomena wahyu pertama maka kita juga perlu mengetahui gambaran n x 19 pada sistem alam semesta kita, kerana Al-quran adalah sebuah informasi dan panduan hidup paling lengkap dari alam itu sendiri.

Bilangan n x 19 di alam semesta sebagai contohnya, dapat kita lihat pada tempoh masa Komet Halley. Komet Halley ini muncul setiap 76 tahun sekali, di mana 76 = 4 x 19 (data tahun kehadiran komet dilihat). ini salah satu pembuktian kebenaran ayat Allah SWT pada Alam Semesta.

Berdasarkan catatan dari China, komet ini pernah datang pada zaman Nabi Muhammad SAW iaitu pada 607 Masihi 3 tahun sebelum tahun kerasulan baginda di Gua Hira. Fenomena alam inilah yang beberapa tahun kemudian, Allah telah berfirman,

"Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia "At-Taariq" itu?" (At-Taariq) ialah bintang yang menembusi sinaran cahayanya iaitu najmu yang mengorbit." (Surah At-Taariq : ayat 2-3)

Selain adanya data-data di atas, Allah juga berfirman pada Surah 51 ayat 21,

"Dan pada diri kamu sendiri, kenapa kamu tidak mahu melihat dan memikirkannya."

Selain adanya data-data di atas, kita juga memiliki data dalam tubuh badan masing-masing tentang n x 19 yang berasal dari Al-Quran. Data n x 19 berada dekat dan bersatu dengan tubuh tersebut, walaupun jarang dikira oleh manusia itu sendiri.

DATANYA IALAH TULANG TULANG PADA RUAS JARI KEDUA TANGAN DAN KAKI KITA YANG JUMLAHNYA ADALAH 19 x 4 = 76.

"Bismillah" yang berhuruf 19 juga ditunjukkan oleh ruas tulang masing-masing di telapak tangan dan kaki sebanyak 19, sedangkan jari tangan 10 dan jari kaki 10. (adalah jumlah jenis huruf yang terkandung dalam kalimah Bismillah)

Apa yang perlu kita fahami di sini dan perhatikan adalah perlu dibuktikan bahawa dalam Surah Al-Insan yang bermaksud manusia diletakkan pada bilangan Surah ke-76 dalam Al-Quran, yang selari dengan 76 jari kaki dan tangan manusia itu sendiri. Jelas di sini bahawa susunan tulang-tulang tubuh manusia akan berpasang-pasangan dengan numbering surah dan ayat tertentu dalam Al-Quran, yang berdasarkan susunan Al-Quran pada tulang manusia itulah, gambaran amal ibadah yang di atur dan dilaksanakan. Sebahagian kalimah Allah dalam tubuh badan manusia: 19 ruas jari tangan dan kaki = 19 jumlah huruf "Bismillah)

Dengan pemahaman yang menyeluruh itulah yang dinamakan konsep 'MAN ARAFA NAFSAHU FAKAD ARAFA RABBAHU" yang digunakan secara nyata.

Demikianlah bukti-bukti n x 19 tentang Kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kesahihan Al-Quran sebagai wahyu Allah SWT. Dengan memahami dan mendalaminya, dengan izin Allah SWT kita selalu berada di jalan yang benar.

Baik, kita berbalik kepada metafizik sains penomboran islamik.
Metafizik ini, meta ini halus berbanding fizik.
Katakanlah sebatang pen, seketul pen ada zarah dan sebagainya, berbentuk seunit barangan. Bila kita sebut halus berbanding fizik ini, merangkumi ilmu yang melampaui pemikiran.

Nabi Muhammad SAW kata, akhir zaman nanti, bumi jazirah ini akan keluar salji yang mana menjadi satu taman-taman yang indah. 1500 tahun dulu, Tok Arab dengar tercengang habis, macam mana nak keluar salji, panas sangat. Bila panas tadi, orang tak percaya, sebab itu, orang kata Nabi Muhammad itu Majnun, macam-macam perkataan sebab Nabi tadi bercerita tentang melampaui pemikiran manusia biasa. Hanya yang beriman sahaja boleh faham. Selepas 1964 baru keluar NASA kaji Geo Falak, longitud dan latitud, perubahan paksi bumi dan apa semua. 2-3 tahun lepas, kita tengok Arab Saudi di negara timur tengah semua turun salji. 1964 barulah orang kaji, jadi 1500 tadi tolak 1964, maka 1400 ketinggalan manusia dari segi era pemikiran.

Kita kena faham, Nabi bila bercakap dalam bentuk kiasan dengan luas. Al quran itu sendiri penuh dengan kiasan kiasan mantik dan sebagainya. Tapi takkan lah Nabi nak kata suruh pi belajar metafizik, takkan nak kata begitu.
Tapi kita nielah orang yang beriman, kena kaji semua benda dalam dunia tak kisah dalam pelbagai industri, kena bawa ilmu tadi balik kepada Islam dan Agama, dekatkan dengan Tuhan.
Belajar ilmu warna dan metafizik numbering, bawa balik kepada Allah, Islam dan Agama.
Belajar ilmu marketing, bawa balik kepada Allah, Islam dan Agama.
Belajar ilmu undang-undang, bawa balik kepada Islam. Macam Rang undang-undang Islam, geng-geng lawyer ini lah kuat membantah. Undang-undang Allah Taala dia membantah. Kalau mati esok nak tanam kat mana tak tahu sebab melawan undang-undang Allah Taala.
Yang menjadi masalahnya bila tak bawa balik kepada Allah, Islam..itu yang wujud sifat keAKUan, Ego, Riak, Takbur, Ujud, dengki dsb..ini semua bawa kita mensyirikan Allah tanpa kita sedar.

KEPERLUAN UMAT ISLAM HARI INI ADALAH BELAJAR MENDAHULUI PEMIKIRAN MANUSIA BIASA DAN BAWA BALIK APA JUA ILMU KEPADA ISLAM SEMULA..mudah jer

Adakah sifu bawak balik ilmu metafizik sains numbering kepada Islam setakat korang follow ini..??

0 comments: