Metafizik
Stress : harga paling rendah dan titik paling rendah
Apa yang sifu nak share ini, sambungan petang tadi, sila HADAM & FAHAM kalau ego sekalipun tak nak untuk diri korang, fikirlah masing-masing ada amanah untuk diuruskan seperti anak, suami dan isteri..tahun ini 2017 = 1 (kitaran tahunan permulaan), kalau tahun ini tak ACTION, ia akan heret kalian bertahun-tahun lamanya nanti.
Faham-faham
Ringkasnya seperti ini, pernahkah korang mengalami Keadaan STRESS sebegini..??
- Produk sendu senduan tak laku
- kegagalan tidak kunjung tiba
- Cita-cita seperti tidak tercapai
- Tanam buah anggur tak masak kat rumah
- Kemuflisan Melanda
- Sakit
- Teraniaya
- Terpinggir
- Ditipu
- Ditinggalkan
Sebenarnya, jika korang mengalami situasi seperti ini. Korang sebenarnya sedang berada pada situasi KRISIS DIRI @ bahasa kampungnya adalah STRESS, HARGA PALING RENDAH DAN TITIK PALING RENDAH.
Pada saat inilah, selain melakukan muhasabah diri, mencari diri, sebaiknya Korang juga WAJIB BERSYUKUR..
EH..?? Biar betul..?? Ya, BERSYUKUR kerana korang diberikan kesempatan untuk RASAI SENDIRI untuk hadap teori RollerCoaster atau membeli pada harga terendah dan berpeluang menjual semula pada harga tertinggi.
Baik, mari kita perhatikan fenomena fenomena yang berikut.
- Kaabah
- Sujud
- Mengantuk berat
- Tawadduk (rendah hati)
- Berdoa dan berzikir dengan suara rendah, Allah kan Maha Lembut
- Teraniaya, sakit atau masa masa yang sukar
Di mana persamaannya..?? Nak faham erti ilmu hakikat, kena belajar melihat kain hingga ke kapas. Ternyata semuanya berada di titik paling terendah bukan..
Baik kita pergi satu persatu
- KAABAH : bangunan yang paling mulia di atas muka bumi Allah ini berada di suatu lembah di Mekah, kita diajarkan barangsiapa yang solat disitu pahalanya digandakan sebanyak 10,000 kali.
- SUJUD : kedudukan yang paling rendah ketika kita solat. Kita diajarkan untuk berdoa pada sujud yang terakhir kerana itu adalah salah satu waktu utama doa akan dimakbulkan oleh Allah.
- SARAT MENGANTUK : Tengah malam adalah saat manusia dalam keadaan yang amat mengantuk dan letih, kita diajarkan untuk mendirikan solat malam seperti Tahajjud yang satu-satunya Solat Sunat ada diberitahu dalam Al quran, yang juga salah satu keutamaannya, doa kita akan segera dikabulkan dan tidak lari dari sasaran walau seinci.
- TAWADDUK : ketika manusia dalam keadaan tawadduk atau rendah hati, berdoa dan berzikir dengan suara yang paling rendah sebab Allah itu Maha Lembut, DIA tak suka kasar kasar, adalah syarat doa kita dikabulkan.
- TERANIAYA atau DIZALIMI : kita telah diajarkan bahawa doa orang yang teraniaya pasti dikabulkan oleh Allah, terdapat kisah yang mengatakan bahawa ketika orang teraniaya berdoa, maka seluruh pintu langit akan terbuka dan doa itu akan didengari tanpa hijab oleh seluruh penghuni langit dan terus sampai kepada Allah.
Dalam Al-Quran, Allah sudah menegaskan 2 kali dalam hal ini :-
"Bukankah sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan" dan "Bukankah sesudah kesuilitan pasti ada kemudahan"
Jadi, keadaan krisis atau pada titik terendah ini bukanlah suatu untuk dikeluhkan. BERSUJUDLAH..JANGAN EGO DAN SOMBONG SANGAT...ramai daripada kita lebih BERSUJUD dan mengadu pada USTAZ AL-FADHIL SYEIKH AL-FACEBOOKI daripada Allah..Siapa yang ajar kaedah ini..?? Kita Islam ikut kaedah dan cara Islam lah..cukup-cukuplah OTAK KITA DIKIRIKAN sejak awal persekolahan. Melainkan untuk kita sama-sama renungkan dan syukuri kerana korang sedang mendapat LAYANAN ISTIMEWA DARI ALLAH.
Kerana itulah, Sifu dan guru sifu berpesan, bagi mereka yang sedang berada di titik terendah ini, setulus hati kami mengucapkan "TAHNIAH,..!! ANDA MENDAPAT TIKET VVIP UNTUK BERSAMA ALLAH."
BILAMANA BERAKHIRNYA KUDRAT MANUSIA, DI SITU KAMU AKAN LIHAT KUDRAT ALLAH TAALA YANG MELANGKAUI DARI 7 PETALA LANGIT HINGGA 7 PETALA BUMI..
Di mana Sains berakhir maka bermulalah KUDRAT ALLAH
Dan KUDRAT ALLAH HANYA BERSAMA DENGAN ORANG YANG BERIMAN
Dan KUDRAT ALLAH HANYA BERSAMA DENGAN ORANG YANG YAKIN
YAKIN INI TAUHID, PERCAYA
KALAU INI KANTOI, MANA PERGINYA RUKUN IMAN TU YANG PERTAMA SEKALI PERCAYA KEPADA ALLAH
kalau masih ada TER TER, BOLEH KER, MUNGKIN, ITU BELUM LAGI YAKIN DAN BERIMAN namanya
JALAN TERUS JER, BUAT TANPA TAPI
Dan untuk manfaat KUDRAT ALLAH, orang yang beriman ini bukan dinilai pada pakaian kopiah atas kepala, jubah seret ke lantai.. ALLAH tak tengok kat situ..ALLAH TIDAK MEMANDANG PADA RUPA, ALLAH TIDAK PANDANG PADA PAKAIAN..YANG ALLAH PANDANG DAN TILIK PADA HATI KAMU TU..
Orang beriman perlu ada YAKIN dengan JANJI ALLAH..KALAU ALLAH ULANG 2 KALI DALAM AL QURAN DI SEBALIK KESULITAN ITU PASTI ADA KESENANGAN DAN KEMUDIAN.. BERIMANLAH..PASAI APA ADA RAGU RAGU DAN WAS WAS LAGI.
Mereka yang tidak YAKIN dengan ALLAH tidak akan mungkin dapat bantuannya. Allah bantu hanya pada orang yang YAKIN..
Masalahnya ramai orang begitu cekap mempertuturkan tentang Allah sebagai pencipta, LILLAHI TAALA tapi hanya pada mulut, apa yang ada di mulut tetapi tidak ada di hati...itu adalah satu benda yang palsu. MUNAFIK..
Hikmahnya adalah,
KITA SEKARANG BERADA DI ZAMAN FITNAH, ZAMAN DI MANA BERADA PADA SATU TAHAP KEHIDUPAN DI MANA RAKYAT MALAYSIA BEGITU TAKSUB DENGAN TEKNOLOGI, DAN KELUARKAN ANDAIAN SENDIRIAN, JATUH HUKUM PAKAI KEPALA HOTAK SENDIRI MACAM SUDAH AHLI SYURGA, DAN KELUARKAN ANDAIAN SENDIRI MENGENAI SEGALA PERKARA DI MANA KITA SENDIRI TIDAK KETAHUAN DAN FAHAM ARAH TUJU DIRI SENDIR NAK KE MANA
ALLAH MEMBERI AMARAN DI ATAS SETIAP APA YANG BERLAKU KEPADA SELURUH ALAM, HATI HATILAH DIRI KAMU MENGENAI HARIAN KAMU, PEMIKIRAN KAMU, PERBUATAN KAMU, LANGKAH KAMU. CUKUPLAH KITA DIPERBODOHKAN DENGAN MH 370 (48 375 - perancangan rapi dan perbuatan golongan VVIP @ negara negara bersekutu)..ASBAB sahaja..sebaliknya ALLAH jua itu punya lukisan.
Manusia TELAH LARI DARI MAKSUD HIDUP, LARI DAN ENGKAR DARIPADA JANJI DENGAN ALLAH DI PERJANJIAN ALASTU (rujuk Surah 7 ayat 172), RAHMAT ALLAH UNTUK SEMUA ORANG KEMBALI KEPADA JALAN ASAL, IHDINASIRATULMUSTAQIM.. JALAN-JALAN LURUS YANG SATU SATUNYA ADALAH MENGENAL ALLAH..JALAN YANG AKAN MENYELAMATKAN DIRI DAN UMAT..PENYATUAN HATI DAN KASIH SAYANG...PENZAHIRAN AR RAHMAN DAN AR RAHIMNYA..
KEMBALILAH PADA YA KHALIK DAN PENCIPTA DENGAN PENUH RASA RENDAH DIRI DAN TAWADDUK
TUNJUK KERENDAHAN DIRI KEPADA MEREKA YANG BERPENGETAHUAN DAN BERAGAMA
KEMBALILAH BERSUJUD PADA YA KHALIK, BUANG EGO, BUANG KEAKUAN DIRI
SEKALI BERSUJUD KETENANGAN IBARAT SYURGA
MENGAJAK DAN MEMAKMURKAN INSAN UNTUK KEMBALI BERSUJUD
HANYA 5 HURUF SAHAJA YANG MENJADI SOLUSI TERBAIK SEISI ALAM IAITU "ALLAH"
Faham...masih bersama sifu?
0 comments:
Post a Comment