Metafizik
Sedarilah Allah dalam setiap saat kehidupan
SEDARILAH ALLAH DALAM SETIAP SAAT KEHIDUPAN
Sedari Allah setiap saat.
Pertahankan dalam apa jua keadaan. Ia mudah dan sangat mudah.
Menjadi susah dan berat ketika kita tidak mengenaliNya.
Cuba ambil masa beberapa saat. Tanyakan pada diri.... benarkah aku sudah mengenali Allah, Tuhanku?
Seandainya tidak benar mengenali Allah, masih tercari-cari, terbayang-bayang, maka bagaimana mungkin mampu menyedariNya.
Ketika tidak menyedariNya, lalu bagaimana dengan syahadah? Bagaimana dengan solat?
Kepada siapa kita menyembah?
Adakah kita khusyuk pada:
1. Suara imam yang merdu?
2. Makna bacaan?
3. Sejadah atau membayangkan kaabah? Yang mana semua ini bukanlah khusyuk pada Allah.
Tanyakan lagi, pada siapa kita syahadah?
Pada siapa yang kita berjanji solatku, ibadahku, hidupku dan matiku ini hanya untuk Allah?
Jawapan teorinya semua tahu yakni kita sembah Allah.
Ia sekadar teori. Realiti dan hakikatnya..... mana?
Bertanyakan ke mana... lalu perlu tahu mana.
Bertanyakan arah mana... lalu perlu tahu mana.
Bertanyakan mana.... maka perlu kenal Allah
KETIKA INGIN KENAL ALLAH.... pasti mencari.
Pasti tidak akan membiarkan diri terus dalam keadaan sekarang ini.
Usaha untuk mencari wang sangat hebat.
Usaha untuk material sangat hebat.
Namun hal untuk MENGENAL TUHAN, MENGENAL ALLAH, kita tidak bersungguh-sungguh. Bukan untuk belajar tafsir.
Bukan belajar fekah. Bukan belajar yang lain.
Hanya TAUHID yang satu ini.... MENGENAL ALLAH.
Tepuk dada tanya IMAN,
Kalau rasa apa sharing di tribe ini menjelikkan, mual dan rasa nak muntah hinggakan left, itu apa maknanya..??
Kalau rasa apa sharing di tribe ini benda yang boleh beri manfaat pada diri untuk ke destinasi kekal abadi, syukur alhamdulillah. Kerana Allah sudah berjanji:
"Barangsiapa terdetik di hati untuk mencari dan mengenali Aku, akan Aku permudahkan segala urusan, akan Aku perluaskan seluas luas hamparan".
Apakah kita tidak pernah takut dengan Allah ketika berapa puluh tahun kita solat, kita tidak kenal Tuhan yang kita sembah setiap hari?
Apa beda "SOLAT" & "SEMBAHYANG"..??
Lebih malangnya kita, kita sedar kita tidak kenal Tuhan, tapi kita tidak pedulikan hal ini.
Mohonlah pada Allah... dan mohonlah selalu...
"Ya Allah hambaMu mohon untuk dipermudahkan jalan-jalan untuk mengenaliMu ya Allah.
HambaMu mohon ya Allah ditunjukkan jalan-jalannya ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih."
Al-Quran menggambarkan keadaan yang pasti. Bukan ramalan.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (QS, Al-Anfal,8:2)
Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang mendirikan solat, [Iaitu] orang-orang yang lalai dalam solatnya, orang-orang yang berbuat ria, dan orang-orang yang tidak memberikan sedikit pun pertolongan (pada yang berhak menerimanya).(QS, Al-Maun, 107:4-7).
Kalau kita orang kata,"CELAKA KAU TAK SOLAT"..kita marahkan ini Allah kata Celaka bagi mereka yang mendirikan solat tapi lalai dalam solatnya.
LALAI dari sudut ilmu FEKAH, gagal ikut standard Rukun 13 itu.
LALAI dari sudut ilmu TAUHID, gagal untuk kita faham apa sebab kenapa Rukun 13 itu perlu DIDIRIKAN.
"DIRIKAN SOLAT" dan "TUNAIKAN SOLAT" adalah berbeda, kembar tak seiras.
Bantu sifu Share Surah 5 ayat 55 di sini.
Allah SWT berfirman:
اِÙ†َّÙ…َا ÙˆَÙ„ِÙŠُّÙƒُÙ…ُ اللّٰÙ‡ُ ÙˆَرَسُÙˆْÙ„ُÙ‡ٗ ÙˆَالَّØ°ِÙŠْÙ†َ اٰÙ…َÙ†ُوا الَّØ°ِÙŠْÙ†َ ÙŠُÙ‚ِÙŠْÙ…ُÙˆْÙ†َ الصَّÙ„ٰوةَ ÙˆَÙŠُؤْتُÙˆْÙ†َ الزَّÙƒٰوةَ ÙˆَÙ‡ُÙ…ْ رَاكِعُÙˆْÙ†َ
"Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)."
(QS. Al-Ma'idah 5: Ayat 55)
Inilah sebabnya SOP BUKU 555 dengan izin Allah dapat direalisasikan. Nak suruh faham dan hayati "DIRIKAN SOLAT, TUNAIKAN ZAKAT".
"DIRIKAN SOLAT" - unlock wifi kita dengan Maha Pencipta
"TUNAIKAN ZAKAT" - unlock wifi kita dengan sesama manusia
Kenapa business kita sendu mendu, bukan salah sesiapa, sebab tak faham isi Surah 5 ayat 55 ini..
Benar kita solat, tapi akhir bulan dapat gaji, dapat income sebulan, setiap 1hb awal bulan, buat apa..?? Cer jawab
Kalau tak faham ini, tak settle, kamu pergilah dengan menuntut dengan sesiapa pun guru terhebat atas muka bumi ini, macam macam ilmu bagai, TETAP takkan selesai masalah itu..naik "SAWAN ILMU", dari satu seminar ke satu seminar belajar ilmu, tapi tetap duk tahap yang sama..
Sebab tak ikut SOP DALAM AL QURAN itu sendiri..
Yang dah belajar dan ikut SOP ILMU BUKU 555, alhamdulillah, dah on track, hasilnya macam mana ada sangkut sana sini lagi ka?
Baik, kita tinggalkan bab DIRIKAN SOLAT itu, sifu kupas bab "TUNAIKAN ZAKAT" dulu, ramai ka nak tahu ni?
Stay kat sini sampai habis, sifu akan kupas habis hari ini bab ini supaya jelas semua..dah dah lah hidup dalam kesempitan..WE BORN POOR IS NOT OUR MISTAKE..BUT IF WE DIE POOR, THAT OUR MISTAKE.
Besar masalah kamu, ALLAH MAHA BESAR..jangan kamu besarkan MASALAH KAMU SAMPAI MENJEJASKAN TAUHID KAMU PADA ALLAH YANG MAHA BESAR SEGALA GALANYA..
Ingat sharing sifu sebelum ini, beda antara ILMU FEKAH VS ILMU TAUHID
ILMU FEKAH - ilmu kulit, menentukan sama ada amalan kita SAH atau BATAL
ILMU TAUHID - ilmu isi, menentukan sama ada amalan kita ALLAH TERIMA atau TIDAK
Kedua-duanya memerlukan antara satu sama lain, tidak boleh bercerai tanggal seumpama ROH dengan JASAD.
Sebab Surah 51 ayat 49, Allah berfirman:
"Aku ciptakan sesuatu itu berpasang-pasangan tiada lain tiada bukan adalah untuk mengESAkan dan menTAUHIDkan aku"
Kalau kita ego, sombong menolak ini, itu maknanya ada masalah jiwa lah kita itu.
Teori Quadrant Kewangan EBSI T. Kiyosaki (Ilmu Kulit), takkan sempurna tanpa Teori Quadrant Kewangan FAST IMQ (ilmu Isi) yang selalu sifu share di sini dalam topik pelaburan langit, tangan ghaib dan sebagainya. SOP Buku 555 itulah intipati dalam ilmu ini.
Cuba bayangkan JASAD berjalan tanpa ROH, idak ker macam mayat hidup kita ini, mat salleh kata zombie. Begitulah bila sekadar selak ILMU KULIT, tapi menolak ILMU ISI,
Kalau DIA boleh tukar siang dan malam macam tu jer, mana mungkin kita yang kerdil ini DIA tak boleh selesainya.
Masalahnya kita KURANG BERIMAN DAN PERCAYA KEPADA ALLAH itu sahaja..RUKUN IMAN DAH KE LAUT DALAM, usah dicerita yang seterusnya lah...
Dah nama ilmu Metafizik Sains Penomboran Islamik berasaskan Al-Quran, kita hadirkan pembuktian dari Al quran terus.
Apa yang sifu selalu kupas dalam salah satu topik dalam Quadrant Kewangan FAST adalah Ilmu Pelaburan Langit. Zakat, Sedekah, Tahajjud, Dhuha itu semuanya apa yang terkandung dalam ilmu ini. Bahagian ini menyajikan kepada kalian semua di sini bahawa Konsep Kecerdasan Kewangan sebenarnya dapat kita gunakan untuk meraih Kecerdasan Spiritual. Mengacu kepada kehidupan Nabi dan Al Quran. Salah satu jalan cepat untuk memahami agama adalah dengan ilmu PERNIAGAAN atau KEWANGAN atau PELABURAN.
Kenapa begitu..?? kerana Rasulullah SAW juga adalah seorang pedagang, peniaga atau zaman sekarang kita panggil sebagai Usahawan.
Sekarang ni, bila seseorang yang telah berkecimpung di dunia perniagaan lebih dari 20 tahun, kemudian menjadi seorang Nabi, pastilah pola pemikirannya sebagai seorang pedagang tidak akan hilang sama sekali. Pasti ajarannya tidak boleh lari dari bahasa bahasa perdagangan.
Ilmu perniagaan atau perdagangan dapat belajar seiring dengan nilai-nilai ajaran agama. Cuma silibus SEKULARISMA TELAH BERJAYA MEMISAHKAN AGAMA DENGAN KEHIDUPAN..BUATKAN KITA JADI BANGSA YANG LEMAH, TIDAK ADA ROH, TIDAK ADA YAKIN PADA MAHA PENCIPTA.
Inilah yang kita panggil sebagai "PELABURAN LANGIT" iaitu ilmu perniagaan, kewangan dan pelaburan yang digunakan untuk memahami ajaran agama. Sesungguhnya amat beruntung orang yang menguasai ilmu kewangan dan perniagaan, kerana dengan ilmunya, ia akan lebih cepat memahami nilai nilai ajaran Islam.
Sifu Farihan Yahya
0 comments:
Post a Comment