Bilik Ilmu Tribe #769SAFT
Perbezaan antara ilmu, faham dan penghayatan
PERBEZAAN ANTARA ILMU, FAHAM DAN PENGHAYATAN
Ilmu tidak sama dengan faham, faham tidak sama dengan penghayatan
Ilmu hanya baru bersifat panduan-panduan secara kasar atau secara umum
Faham ialah ilmu itu dia boleh menghurai, dan boleh menyusunnya secara logik akal
Penghayatan, ilmu yang sudah terhurai dan tersusun itu dijiwainya hingga mendarah mendaging
Ia telah sebati dengan fikiran dan perasaannya,
hingga mudah diapplykan di dalam kehidupan jika dia mahu
Mengapplykan ilmu di dalam perbuatan dan sikap
ia memerlukan taufik dari Allah
Ilmu dan faham itu ianya adalah hidayah jika bersatu dengan taufik
perlaksanaannya berjalan dengan tepat dan indah
Mengapplykan ilmu itulah yang amat susah dan payah
Sama ada susah hendak bermujahadah melaksanakannya hingga tidak mampu mengamalkan hingga suka
Ini adalah satu masalah
Atau mampu melaksanakannya tapi taufik dari Allah pula tiada,
maka kerja itu atau amalan itu tidak tepat
Ilmu dan kefahaman sudah betul
apabila diselaraskan dengan perlaksanaan tak mahu hendak kena
Di sini kerja-kerja itu atau amalan itu masih gagal lagi
Di sini mesti ada faktor-faktor lain lagi mengapa perlaksanaan itu tidak tepat
Mungkin gagalnya itu adalah faktor dosa-dosa yang belum bertaubat
Atau dosa-dosa kita yang kita lupakan begitu sahaja
Atau dosa-dosa kita yang kita tidak sedar yang sangat tersirat
Di sini baru kita faham hidayah dengan taufik mesti berjalan serentak
Sekadarkan hidayah sahaja tidak cukup, taufik sangat diperlukan
Kerana itu mintalah kepada Allah hidayah dan taufik sekali
Apabila hidayah dan taufik dianugerahkan oleh Allah Taala
segala kerja berjalan tepat dan indah
Untuk kejayaan hendaklah hidayah dan taufiknya tidak terpisah Allah kan buat sesuatu itu berpasang-pasangan
0 comments:
Post a Comment