Metafizik
Kitaran 7
Bismillah...
Hukum Kitaran 7 perUmur mengikut keserataan penduduk dunia.
Gandaan 7 adalah paling tepat untuk future globe dan Fibo Golden Ratio.
1-7 tahun: Mumayyiz (proses tumbesaran akal)
7-14 tahun: arahan dan perkembangan seni visual. Awalan Mengenal akhlak dan persekitaran. Pergerakan tulang dan saraf berkembangan baik. Awal pembelajaran dan kecerdasan fizikal dan mental.
14-21 tahun: Aktif dan mula menyesuaikan diri dan ketrampilan masyarakat. Cantik dan smart. Darah muda dan berlaku banyak kesilapan. Mencuba sesuatu yang baru.
21-28 tahun: Mula belajar dunia sebenar dan mula mencari rezeki mengikut bakat dan kepakaran. Berumah tangga dan melalui hidup keriangan.
28-35 tahun: Flexible dan terus mencuba dalam survivor kehidupan. Jatuh naik dan proses melaksanakan impian hidup.
35-42 tahun: kematangan dan urus tadbir diri keluarga dengan baik. Fokus dan mula beranak pinak dalam Struktur Keluarga. Rezeki lebih dan menjadi Ikon. Mula menyimpan aset. Keputusan mula tepat.
42-49 tahun: Mengetuai masyarakat dan boss company/corporate/gov. Merasai apa itu ketenangan dan proses membentuk fasa diri ke arah kejayaan.
49-56 tahun: Rehat dan mula memahami apa itu kerohanian dan membebaskan kegembiraan. Fasa ini, travel dan menghabiskan masa dengan family dan melunaskan hutang. Banyak pengalaman dan tersenyum kerenah anak cucu. Jadi ketua masyarakat.
56-63 tahun: Masa untuk diri dan Tauhid yang betul. Hidup dengan yayasan dan hal kebajikan. Memberi dan inginkan masa sendiri.
63- tahun: Subsidi.
Kejayaan manusia adalah menjumpai Allah dan diri sendiri. Proses ini adalah kitaran dilalui sesiapa sahaja. Semua kejayaan dan kekayaan adalah Izin Allah. Manusia hanya berikhtiar sahaja.
Jika anda berjaya dan bertuah itu atas izin Allah sebab berjuta juta manusia mencuba tetapi anda diberi kelebihan dan kejayaan itu.
Memahami proses ini adalah melengkap diri ke alam lain pula.
Hasil penelitian kemanusiaan fasa umur sejak 5 tahun lepas..
Korang duk kat mana sekarang..??
cer share sikit duduk di Fasa Umur mana, dan situasinya apa, bagaimana nak OVERCOME situasi itu.
Boleh boleh?
0 comments:
Post a Comment