Metafizik
Kisah lelaki tua vs pemilik kedai
KISAH LELAKI TUA vs PEMILIK KEDAI
Seorang lelaki tua dengan baju lusuh masuk ke sebuah kedai mewah. Dari bajunya, kelihatan lelaki tua tersebut dari golongan fakir. Para pengunjung di kedai tersebut melihat aneh kepada lelaki tua itu. Tetapi tidak dengan pemilik kedai....
Pemilik kedai: ''Mahu cari apa pakcik?'', bertanya ramah.
Lelaki tua: ''Saya mahu beli selimut 6 helai untuk saya dan anak-isteri saya. Tapi....'', katanya penuh ragu.
Pemilik kedai: ''Tapi kenapa pakcik?''
Lelaki tua: ''Saya hanya punya wang 100 riyal. cukupkah untuk membeli 6 helai selimut. Tidak perlu yang bagus, yang penting dapat melindungi tubuh dari hawa dingin.''
Pemilik kedai: ''Oh cukup pakcik! Saya ada selimut yang bagus dari Turki. Harganya cuma 20 riyal saja. Kalau pakcik membeli 5, saya beri bonus 1 helai.''
Lega...
Wajah lelaki tua itu bersinar cerah. Ia memberikan wang 100 riyal, lalu membawa selimut yang dibelinya pulang.
Seorang teman pemilik kedai yang sedari tadi melihat dan mendengar hal tersebut kemudian bertanya pada pemilik kedai..:
''Adakah kamu tersilap? Kamu kata selimut itu yang paling baik dan mahal yang ada di kedaimu ini. Kelmarin kamu menjualnya kepadaku dengan harga 450 riyal. Sekarang kamu menjual kepada lelaki tua itu 20 riyal?'' katanya, kehairanan.
Pemilik kedai berkata: ''Benar. Memang harga selimut itu 450 riyal, dan aku menjualnya kepadamu tidak kurang dan tidak lebih. Tetapi kemarin aku berdagang dengan manusia. Sekarang aku berdagang dengan Allah.
Demi Allah! Sesungguhnya aku tidak menginginkan wangnya sedikitpun. Tapi aku juga ingin menjaga maruah lelaki tua tersebut agar dia seolah-olah bukan menerima sedekah daripadaku hingga membuatnya berasa malu.
Demi Allah! Aku hanya ingin lelaki tua itu dan keluarganya terhindar dari cuaca musim dingin yang akan sampai tidak lama lagi. Dan aku pun berharap agar Allah menghindarkanku dan keluargaku dari panasnya api neraka...''
Sungguh tinggi nilai amal dan sedekah jika kita dapat melakukannya secara sembunyi atau tanpa membuat orang lain berasa rendah diri.
Bagi mereka yang kenal dan faham SIAPA di sebalik sarung setiap yang bernyawa itu
In Sya Allah jiwa akan menjadi lebih tenang.
0 comments:
Post a Comment