Tribe #769 - SAFT
Al quran diturunkan bukan untuk dilagukan umpama burung ketitir, Al quran perlu kita tadabbur dan fahami dengan izin Allah
Al Quran itu cahaya
Al quran diturunkan bukan untuk dilagukan umpama burung ketitir, Al quran perlu kita tadabbur dan fahami dengan izin Allah
Surah 2 ayat 269
"ALLAH MENGANUGERAHKAN AL HIKMAH (KEFAHAMAN YANG DALAMNYA TENTANG AL QURAN DAN AS SUNNAH) KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG DIKEHENDAKINYA (ini bermakna bukan hanya termaktub ada title ustaz, ustazah atau syarat lulusan Al azhar). DAN BARANGSIAPA YANG DIANUGERAHI HIKMAH, IA BENAR BENAR DIANUGERAHI KARUNIA YANG BANYAK. DAN HANYA ORANG ORANG YANG BERAKALLAH YANG DAPAT MENGAMBIL PELAJARAN DARI FIRMAN ALLAH ITU"
Al quran yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW itu adalah cahaya, iaitu cahaya yang menerangi dalam meniti kehidupan seharian.
Cahaya al quran ini akan menerangi otak manusia dengan pengetahuan dan kefahaman yang jelas dan yang terselubung (tersirat) yang mengakibatkan otak manusia tersebut mampu memahami apa yang diwahyukan atau bahasa moden sekarang ini mesej yang nak disampaikan oleh Allah. ITULAH ORANG-ORANG YANG BERAKAL
Orang yang berusaha untuk mendapatkan Al hikmah bererti dia mengerti apa itu AL KITAB (AL QURAN) dan akhirnya faham apa itu iman. Cahaya Al quran menerangi otak manusia dan seterusnya menerangi hati manusia sehingga iman akan tumbuh.
Hamba Allah : Tuan, memang wajib ke susah dulu sebelum senang? Tak ada ke orang senang tanpa bersusah-susah dulu..?
Abd Hakim : Memang wajib tuan..
Hamba Allah : Kenapa tuan?
Abd Hakim : Kerana Allah tu Maha Adil. Jika kebanyakan orang yang Allah bagi senang tu perlu melalui kepayahan yang amat, mengapa kita rasa kita perlu terkecuali, atas sifat Allah Yang Maha Adil tu?
Allah nak kurniakan syurga untuk seseorang itu, Allah hantar ujian dulu untuk dilepasi untuk melayakkan mereka ke syurga.
Allah nak bagi kekayaan, Allah akan hantar kepayahan dulu untuk melayakkan mereka menerima kekayaan.
Untuk jadi asbab dan memenuhi markah untuk layak.. Adil
Kerja kita usaha, Allah yang tentukan segalanya.. buat kerja kita..
**Walaubagaimanapun, Kuasa Allah tak terbatas untuk memilih sesiapa makhlukNya yang Dia kehendaki untuk dicurahkan RahmatNya..
0 comments:
Post a Comment