Metafizik
Kenapa impian dan doa tidak tertunai?
Bismillah...
Kenapa Impian dan Doa tidak tertunai?
Jawapan: Allah menantikan masa dan kesediaan hambaNya melalui detik zon impian dengan keredhaan dan amanah yang ditanggung si fulan tersebut. Ini dipanggil jalan takdir Qada' dan Qadarnya disiapkan awal awal lagi.
Bagaimana?
Insan tersebut mula mulanya adalah Awalludin Makrifatullah. Mengenal Allah dan firqah tauhid yang betul. Belajar Tauhid.
Kemudian proses kenal diri kepelbagaian sudut. Ikutlah cara seni, cara ilmu biological ke? Ilmu teknikal ke? Ikutlah apa bidang sekali yang penting melalui Fiqh yang betul dan istimbak pada jalan Syarie tidak melanggar batas.
Proses matang ini barulah menyusun jalan kemakmuran. Satu impian selari dengan usaha + ada manfaat semua manusia sekali + redha Allah + redha ibubapanya + kemajuan bidang yang dipilih + KESEDIAAN DIRI BILA SAMPAI IMPIAN? + HASILNYA KESUDAHAN DI MANA? + AMANAH NANTI BAGAIMANA?
Di sini barulah manusia faham kenapa dia layak dan kita tidak berhak. Jalan kemampuan manusia dan potensi juga berbeza.
Usaha juga diperlukan untuk mengikut jalan sunnatullah. Berjaya atau tidak tak pe, dapat pengalaman untuk persediaan kejayaan besar di depan hari. Cuma jangan putus asa.
Semua berbalik pada diri sendiri dan atas redha Allah sebenarnya.
Jika buat setakat ala kadar, adatnya dapat ala sekadar mampu jelah.
0 comments:
Post a Comment