Tribe #769 - SAFT
Nombor 769
Soalan : Nak tanya sifu boleh ke kita percaya nombor 769? Sebab ramai ni yang percaya nombor ni bawa tuah.
Jawapan : Siapa suruh yang pergi percayakan nombor 769 tu bawa tuah, takder siapa yang ajar pun.
Soalan : Tapi setengah kata jangan percaya tapi buat je. Semua tukar nombor telefon, nombor pin. Bukan ke syirik
Jawapan : Sama jugalah yang kita percaya doktor pakar atau tok bomoh hujung kampung sana tu boleh selesaikan masalah penyakit kita. Ini pun dah dikira syirik, sebab yang menyembuh itu Allah atas sifat Maha Menyembuh itu Allah. Doktor pakar dan tok bomoh itu asbab musabab sahaja.
Bab ini bergantung kepada pegangan keimanan dan tauhid individu itu sendiri. Bukan salah doktor pakar, tok bomoh mahupun nombor.
Maksudnya nombor asbab je lah. Kita kena letak nombor tu asbab je.
Segalanya asbab. Tasbih juga asbab.
Kita percaya kerana tasbih zikir kita lebih hebat. Walhal is hanyalah tool. Hebat, khusyuk, dan sebagainya datang dari Pencipta.
Bicara Allah . .
Selamat sejahtera dan rahmatKU keatasmu
Barang kemana engkau berhadap disana WajahKU
AKU-lah Wajah sekalian alam
Barangsiapa yg telah melihat WajahKU, maka ia tidak sanggup lagi untuk melihat selainKU
WajahKU telah membunuh hati dan akalnya
Akan KU limpahkan rahsia-rahsiaKU kepada orang-orang yg suka melihat WajahKU
AKU amat cemburu kepada hamba-hambaKU yg melihat selainKU
#AwalnyaAllahAkhirnyaAllah
0 comments:
Post a Comment