Tribe #769 - SAFT
TAHAJJUD II
Sambungan kisah zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
~Baca Bahagian I
Tahukah kalian, apakah salah satu rahsia kejayaan luar biasa mereka..??
Ada satu sunnah yang tidak pernah generasi terdahulu tinggalkan walau apa pun terjadi iaitu Solat Tahajjud dan Solat Malam.
Slogan depa nie "Ruhbaa nun billaili wa fursaa nun binnahaari" - menjadi ahli ibadah di malam hari, giat berjuang di siang hari.
Sejarah mencatat bahawa kebangkitan umat islam bukan saja diperjuangkan dengan keringat dan darah, tetapi juga dengan linangan air mata ketika solat tahajjud.
Menurut riwayat para umat nabi-nabi terdahulu telah melakukan Solat Tahajjud. Sebelum turunnya perintah wajib solat, Rasulullah telah melaksanakannya. Rasulullah tidak pernah meninggalkan solat tahajjud walau ketika beliau sedang menetap di rumah mahupun bermusafir.
Satu-satunya solat sunnah yang perintahnya terdapat di dalam Al Quran adalah tahajjud.
Surah 17 ayat 79
"Dan pada sebahagian malam hari solat tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji."
Kerana itulah, sifu ibaratkan Solat Tahajjud sama dengan Jari Telunjuk, yang dapat kita gunakan untuk memerintahkan sesuatu. Tentang kelebihan-kelebihan solat tahajjud tu, bolehlah kalian semua rujuk kepada Al-Fadhil syeikh Al googlei, kalau sifu nak cerita tak habis kat tribe nie.
Hasutan dalam diri mula berbunyi begini,
Amendalah pak cik nie duk membebel pasai tahajjud, semua orang tahulah..kita nak tahu pasai nombor dan potensi diri, business, warna dan sebagainya.
Hellooooo...masalahnya kita bangun tak 1/3 malam tu, istiqamah tak selama 40 hari. Allah ukur layak atau tak para hambanya memikul amanah SIFAT MAHA KAYA Allah itu dengan kekuatan dia untuk bangkit 1/3 malam.
Kalau sifu setakat nak cerita pasai nombor, warna, brain color dan sebagainya, bersepah lagi kat luar guru-guru lain boleh mengajarnya. Cuma sifu sebagai CAPTAIN ON THIS SHIP, sifu ada cara dan kaedah sendiri nak arah haluan ke mana kapal sifu nie.
Kalau sifu persiapkan kalian semua dengan numbering, bongkar potensi, tanpa ikut sunnatullah, berpandukan kejayaan Rasulullah dan para sahabat, In Sha Allah gagal.
Itu yang hidup segan mati tak mahu, semangat turun naik, ikut moody, buat macam-macam tak jai dan sebagainya. Berpuluh-puluh kali bongkar potensi pun duk tahap tu juga tiada perubahan.
Sebab kita membelakangkan sunnatullah, end up semuanya jadi debu-debu berterbangan sahaja. Buatlah apa-apa pun. Belajarlah nenek ilmu apa-apa pun. Sebab kalau kalian semua dah jutawan, In Sha Allah takkan berada di tribe ini.
WHY..??
Sebab sifu dah lalui semua dah perjalanan tu. Daripada ada banyak duit, hinggalah takder sen pun, hidup seumpama kucing dalam sangkar, menanti orang hantarkan makanan.
Apa yang sifu sharing di sini adalah PENAMAT SEGALA ILMU, PENCARIAN DI PENGHUJUNG RASA. HANYA YANG SUDAH MINUM AIR LAUT SAHAJA TAHU SEJAUH MANA RASA MASINNYA AIR LAUT TU.
0 comments:
Post a Comment