Metafizik

Barangsiapa pandang bala hilang segala nikmat, barangsiapa pandang nikmat hilanglah segala bala

8:46 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Situasi :
Cik Puan Azlina asyik mengadu tentang masalahnya yang dianggap sangat berat, dan asyik bertanya kenapa..mengapa..pada ahli group.

Huarian dari Tuan Zen :
#ATM
AllaH Tempat Meminta

Ya, please..
Doktor dah bagi ubat.. pantang pun kena jaga,ya.
Saya, sedia terima pm...dari sesiapa pun.
Saya, pun tak boleh ubah apa2...jika bagai air lalu sahaja..

#wajibsentap

Belajarlah dari sejarah, hari ini kita angkat jari menuding pada sekalian alam. Tidak mustahil kelak anak cucu dan sekalian alam angkat tangan  tuding jari pada kita pula. Insyaallah didoakan moga puan dan keluarga dilimpahkan kasih dan sayang serta sentiasa didampingi insan2 yg kamil

Huraian dari Tuan Kawaras Yahya :

Bismillah . .

Indah . . #Kiasan . . dan baris2 kisah yg Allah hembuskan  .. kepada Cik Azlina . .

" Guru2 Lama selalu bilang  . . Pandang #Nikmat hilanglah bala . . namun andai bala yg dilihat, hilanglah kasih syg Allah atas #keadaan yg berhikmah tu :

Jom kita selak 6 Perkara . .

Ramai sabotaj diri sendiri kerana tidak tahu tentang :

1.  Allah tidak perlu solat kita untuk Dia kekal sebagai Maha Besar dengan KerajaanNYA yang Maha Kaya, kita yang perlukan Allah setiap masa . .

2.  Tidak bergerak satu zarah kalau bukan dengan izin Allah (La Tataharru dzarratun illaa bi idznillaahi)

3.  Tidak Allah jadikan sesuatu dengan sia - sia (A-li'Imraan 3 : 190 - 191)

4.  Setiap yang berlaku pasti ada hikmah dari Allah, Hikmah berlaku atas kombinasi Al-Quran dan As-Sunnah

5.  Bila Allah kata, "Jadi" maka Jadilah (Al-Baqarah 2:117)

6.  Allah mengikut sangkaan hambanya (Hadis Qudsi)

Setiap keadaan yg berlaku pasti akan terbahagi kepada 2 perkara . .apa jua keadaan . .

this is what we call . . The Law Of Balance

Dalam Pengajian Metaphysics . . Quantum Physics . . dan sebagainya . .

sebagaimana kita membelah sebiji buah . . pasti akan jadi 2 bahagian  .. kain yg dipotong, pasti jd 2 bahagian . .

kerana . . Allah kan sudah bariskan ayat2 cintaNYA , semua perkara itu kan berpasang - pasangan . .

sama ada ayat itu adalah ayat Mukhamat dalam Al - Quran . .

atau pon ayat2 Mutasyabihat .. semuanya baris2 berhikmah yang penuh dengan kasih sayang Allah  . . dan CIntaNYA ke atas makhluk . .

tiada yang lain . .

baik kita ambil analoginya seperti ini . .

Bila kita suruh anakanda kita study untuk exam . . di benak hatinya , apa ni paksa2  .. tak sayang dekat aku ke ????

dan pada benak hati kita, sayangnya aku dekat anak aku . . jadi aku gunakan #Kaedah ini . . untuk sampaikan kasih syg  . .

semuanya atas pilihan kita ..  mengambil . . #ikhtibar dan baris2 hikmah kasih sayang Allah Taala atas segala sesuatu . .

dan . . jika pengajian diteruskan kepada

" the Law of Attraction " . . apa yg kita fikir , kita akan magnet perkara tu kemari . .

kalau kita fikir tak baik , ianya akan menarik perkara yang tak baik . . kepada kita . .

perhatikan point no 6

Allah mengikut sangkaan hambanya . .

baik . . nak cuba try test ?

mulai esok . . cuba sebut dekat kereta. .. aku benci kau . . aku tak suka kau . . aku nak jual kau

agak2 dalam seminggu ni ? apa akan jadi ?

tayar pancit ?
enjin #Breakdown . .

siapa yang kita nak letak #Salah ?

kereta ? Sang Pencipta yang penuh dengan kasih sayang ?

so jelaslah . . apa sahaja yang berlaku di luar dari kita . .adalah muncul terlebih dahulu di benak fikiran . .

Qalbu ( Rohani )

kalau kita ambil Iktibar dari guru2 yang bukan islam . .

contohnya Bob Proctor ..

I'm not a body . . i live in a body . . i'm not a body . . i live in a body . .

so apa maksudnya . . yang ni sebenarnya pengertiannya ada pada bahagian ilmu tasawuf. .

in shaa Allah , andai satu hari nanti diizinkan kita bertemu saya akan kongsikan . .
tapi . . pada permulaan ini . . saya nak hadiahkan kalian buah tangan . .

sebelum sy beransur . .yeh . .

" Sahaja saya berkongsi ilmu dan kasih sayang Allah Taala dan Rasulillah , kerana Allah Taala "

sehingga bertemu lagi . .Sila Mendengar video di bawah dengan senyuman

Didoakan Sifu Farihan . . Tuan Zariman dan seisi Jemaah Saft di sini sentiasa dalam lindungan Allah hendakNYA . .☺️





Huraian dari Sifu Farihan Yahya :

KULKULLUN MIN INDILLAH
(Baik dan buruk semuanya datang dari Allah)

If ayat Al quran ini masih tidak mampu membelah jiwa yang tidak ada ketenangan, apa lagi yang kita mahu bicarakan

KETENANGAN JIWA ITULAH SYURGA
KERESAHAN JIWA ITU NERAKA
KEHIDUPAN DUNIA INI ADALAH CERMIN KEHIDUPAN DI AKHIRAT
BARANGSIAPA PANDANG BALA HILANG SEGALA NIKMAT
BARANGSIAPA PANDANG NIKMAT HILANGLAH SEGALA BALA

Amarah itu sifat syaitan
Tenang itu sifat malaikat
Jangan kita bela sifat syaitan itu hingga merajai jiwa
Kerana ianya akan membentuk hijab diri kita dengan Allah
Jangan diheret emosi kita ini tidak lebih daripada 1 WAKTU SOLAT
jika kita heret juga emosi, itu bermakna solat seterusnya itu tidak ada khusyuk dan akan melalaikan
Cuba bayangkan kalau kita heret emosi amarah kita puluhan tahun, bagaimana solat kita selama itu
SAHAJA SAHAJA LAH, SEKADAR PENAT DAN LELAH

Dalam ilmu 7 mertabat insan, sebelum kita menuju ke destinasi kekal, kita kena melepasi atau membuang 7 peringkat nafsu iaitu Nafsu Amarah (paling bawah), Nafsu Mulhamah, Nafsu Lahwamah, Nafsu Mutmainnah (tenang), Nafsu Mardhiah, Nafsu Rodiah, Nafsu Kamaliah

Mereka yang hidupnya tidak mampu utk keluarkan diri mereka dari zon Nafsu Amarah, itu pada hakikatnya SUDAH BOOKING HOT SEAT di Neraka yang paling dalam. Bermujahadah lah diri kita ini sedaya upaya selagi masih ada nyawa utk bebaskan diri kita dari zon Nafsu Amarah itu ya.

Selamat Malam semua ya, 

Jumpa di #gengtahajjud esok pagi ya, 

Assalamualaikum

0 comments: