Tribe #769 - SAFT
Bismillah.
Kuliah Dhuha Syeikh Abdullah Al-Majzub
Bismillah.
Kuliah Dhuha,Jumaat SYEIKH ABDULLAH AL-MAJZUB kg Petai Bubus, Jalan Jeram, Kuala Terengganu
Kitab Syarah Hikam Tok Pulau Manis r.a
13.01.2017
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علما وارزقنافهما..
Apabila telah sempurna hudhur hati hamba Allah serta Allah maka jadilah hatinya serta Nya dalam segala tempat dan pada setiap masa....
Betapa didapati sesuatu yang mendinding Allah pada hal Allah amat terzahir pada sesuatu
Bagaimana boleh terdinding Allah dengan sesuatu sedangkan Dia yang menzahirkan sesuatu
Allah zahir pada sesuatu kerana tiada yang wujud sesuatu melainkan Allah yang menjadikan sesuatu
Alam adalah tempat penzahiran kewujudan Allah
Allah menjadikan makhluk dan segala sesuatu bagi membuktikan dan menunjukkan Dia Allah
Bagaimana terhijab Allah dengan sesuatu kerana Dia yang nyata atas sesuatu
Tidak terhijab dan terdinding dengan sesuatu kerana Dia zahir dan Allah adalah cermin dan tempat bagi memandang Allah
Tiada terhijab atas sesuatu yang menunjukkan kesempurnaan sifat Nya
Terlampau zahir Allah sehingga tersembunyi Allah pada sesuatu
Barang dimana kamu berhadap disitu Wajah Allah....
Ramai yang terhijab dengan sesuatu daripada memandang Allah
Wujud sesuatu itu adalah kerana Wujud Nya yang menjadikan sesuatu
Dia lah Zahir dan tiada ada sesuatu sebelum Nya....
Dia lah yang akhir yang tiada ada sesuatu selepas Nya
Dia yang Awal yang tidak ada sesuatu sebelum Nya
Dia yang Bathin yang tiada ada sesuatu selain Nya
Tidak ada yang mendinding Allah dengan sesuatu kerana Dia yang Awal, yang Akhir, yang Zahir dan yang Bathin
Tidak ada hijab yang mendinding Allah dengan sesuatu kerana sesuatu hakikatnya tidak ada
Hakikat sesuatu selain Allah itu adalah tidak ada.... semua adalah tertakluk pada Qudrat dan Iradat Allah
Barangsiapa yang memandang ada dua wujud maka ia masih syirik
Oleh kerana terlalu dekat dan hampir Allah dengan kita makanya jadi hijab dan tak nampak
Bahawa sesungguhnya Allah tersangat hampir dengan kita. Namun kita sering terhijab dengan diri kita daripada memandang Allah
Tersangat nyata perbuatan, sifat dan asma Allah pada alam....
Dalam perbuatan Allah itu ada sifat, asma dan Dzat Allah....
Berbilang perbuatan, sifat dan asma tapi Dzat Esa semata2
Allah itu Dzat Wajibul- wujud yang menjadikan sesuatu
Sesuatu itu berkehendak kepada Allah dan Allah itu sebenar2 Wujud....
Tidak ada yang tahu hakikat Wujud Dzat Allah melainkan Allah jua
Tersangat ajaib dan hairan bagaimana ada wujud sesuatu sedangkan hakikat sesuatu tidak ada.... Wujud itu Nur dan adam atau yang tidak ada itu gelap atau zulmat
Bagaimana terhimpum Nur dan zulmat dalam satu masa
Tiap2 sesuatu selain Allah itu adalah bathil dan tiap2 yang bathil itu mustahil berhimpun dengan yang Haq
Apabila zahir yang Haq pasti lenyap dan binasa yang bathil.
Bila datang Tauhid lenyaplah syirik....
Bila datang Nur, lenyaplah zulmat....
Bila datang ikhlas maka lenyaplah riyak....
Satu faedah....
Ketahuilah bahawa jahil itu lawan itu Makrifat..
..
Dan sebesar2 jahil itu jahil dalam mengenal dirinya yang dijadikan Allah
Barangsiapa yang mengenal dirinya pasti akan mengenal Allah.... Barangsiapa yang mengenal Allah pasti binasa dirinya.... bila dia kenal dirinya binasa maka pasti dia menyerah dirinya pada Allah yang kekal dan bergantung mutlak dengan Allah
Tiada berhimpun dua yang berlawanan dalam satu masa seperti siang pada waktu malam
Andainya dia tahu dan kenal Allah pasti dia menyerah dirinya pada kehendak Allah....
Apabila telah balah dan kalah barulah berserah pada kehendak Allah....
Kata Syeikh kita....
Barangsiapa yang kenal Allah pasti gugurlah kehendak dirinya
Sesungguhnya Allah berbuat apa yang dikehendaki Nya
Apabila Allah mendirikan seseorang pada sesuatu hal maka akan diperbaiki dan dipelihara Allah hamba Nya
Sabar dan jangan tukar dan jangan keluar apabila diletakkan Allah pada sesuatu hal.... jangan gopoh dan gaduh hendak keluar
Tunggu dan sabar dan ook senafas .... jangan gaduh dan jangan tukar.... tunggu Allah pindah....
Kata sesetengah orang Arif.... abu Osman adalah dalam masa 40 tahun tidak pindah Allah akan hal nya maka aku benci akan dia dan tidak setuju dia....
Abu Abbas ketika mencitakan dia akan tajrid dan ditanya pada Syeikh nya, maka diam Syeikh nya....
Apabila berkehendak berpindah dalam sesuatu hal sedangkan berlawanan dengan kehendak Allah maka itulah tanda jahil dengan Tuhannya
Adalah satu dosa yang besar bagi orang khawas jika pindah hal
Dalam sakit dapat sebut Allah dengan kemah, sedangkan dalam sihat jarang sebut Allah....
Kata Syeikh kita....
Wajib bagi seseorang hamba Allah itu menyerah kehendaknya pada kehendak Allah sebagai tanda adab ubudiyah pada Allah
Barangsiapa yang kenal Allah pasti kelu lidahnya
Jangan terhijab dengan ubat daripada memandang Allah
Hadis Qudsi....
Wahai anak Adam, engkau berkehendak dan Aku berkehendak dan tiada ada dia melainkan barang yang Aku kehendaki.... maka jikalau engkau serahkan bagiku pada yang Aku kehendaki maka mengurnia Aku akan dikau dan jikalau engkau menyalahi akan Daku pada yang Aku kehendaki nescaya akan dikalahkan akan apa yang engkau kehendaki. Maka tiada ada ia melainkan yang Aku kehendaki
Adab yang paling besar bagi seseorang hamba adalah menyerah kehendaknya pada kehendak Allah. Apabila menyerah akan dia pada kehendak Allah nescaya akan diberi Allah akan dia apa yang ia kehendaki
Hendaklah bersamaaan pada semua hal samada dalam duka, suka, mulia hina, susah senang, tinggi rendah, kaya miskin dan sebagainya....
Itu adalah tanda adab dengan Allah kerana dipandang tidak ada yang berbuat sesuatu melainkan Allah
Hendaklah duduk diam dan jangan tukar apabila diletakkan Allah pada sesuatu hal....
Jangan gaduh tukar kehendak takut nanti punah....
Serahlah pada kehendak Allah....
وبالله التوفيق والهداية والله اعلم....
ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
آمين يارب العالمين
والله اعلم🌹
0 comments:
Post a Comment