Metafizik

BARAKAH ILMU ITU ADALAH DIDIKAN BUKAN MENGAJAR

10:34 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Bismillah , sahaja patik berkongsi dengan seisi Tribe Saft , kerana Allah Taala




Pengisian malam ini " BARAKAH ILMU ITU ADALAH DIDIKAN BUKAN MENGAJAR "

Kita buka majlis ilmu malam ni dengan
Al - Fatihah 3x
hadiahkan kepada Rasulullah s.a.w
hadiahkan kepada Kedua Ibu Bapa, Guru2 dan seisi keluarga
Hadiahkan ke atas diri kita sendiri

3x Al - Ikhlas
Doa Penerang hati 
dan seterusnya Doa Rasulullah s.a.w.

. . Hukum menuntut ilmu itu #Wajib bagi setiap Muslim dan wajib pula mengikuti adab susila dan #Tatacara menuntut ilmu supaya datangnya barakah bagi sesuatu ilmu dipelajari dan pakaian yang indah itu adalah #Akhlak .. 

 . . Imam Syafie Rahimahumullah adalah contoh seorang #Murid yg baik akhlaknya dan menuntut dengan bilangan guru yg #Ramai.. dan juga seorang Guru yang #Tawadhu . .

Bual bicara malam Jumaat bermula dengan 
Nabi Musa A.s Bertemu Nabi Khidir A.s

. . Kisah antara Nabi Musa dan Nabi Khidir adalah contoh terbaik untuk dijadikan teladan ketika menuntut ilmu.

 . .  Ini kerana tertib dan adab menuntut ilmu jika dipelihara sebaiknya membolehkan seseorang mendapat keberkatan. . in shaa Allah . .

Allah SWT berfirman yang bermaksud: 

" Lalu mereka dapati seorang daripada hamba-hamba Kami yang telah Kami kurniakan kepadanya rahmat daripada Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu . . daripada sisi Kami.  . "

Nabi Musa berkata kepadanya Nabi Khidir
 " Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku daripada apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku? . . "

Baginda menjawab
" Sesungguhnya engkau (Wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku. . Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara #Meliputi? "

Nabi Musa berkata: 
“ Engkau akan dapati aku, Insya-Allah.. Orang yang sabar ; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu "

Ia menjawab 
" Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatu pun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu”. . Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. . 

Nabi Musa berkata " Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar. . " (Surah al-Kahfi, ayat 65-72)

. . Ibrah daripada ayat suci Al-Quran itu adalah berkaitan #Akhlak seseorang murid yang barangkali merasa dirinya itu lebih #mulia dan lebih #solih daripada seorang guru, tetapi itu tidak melayakkan seseorang murid untuk membantah atau tidak menghormati gurunya . . 
 . . Dengan kata lain, seseorang yang bergelar guru bukan sahaja wajar mendapat penghormatan daripada anak muridnya, tetapi seseorang anak murid itu harus memuliakan gurunya . .

. . Pengajaran lain yang boleh dijadikan iktibar dalam adab menuntut ilmu adalah seseorang murid perlu bersabar dengan tindakan gurunya, tidak terlalu gopoh #Menghukum atau menilai perlakuan gurunya sedangkan ia tidak mempunyai pemahaman mendalam mengenai apa yang dilakukan. .

 . . Walaupun anak murid mempunyai pandangan bercanggah atau tidak senang dengan guru, tetapi berasaskan rasa hormat, anak murid tidak wajar menegur guru mereka..

Seterusnya kita masuk kepada Tajuk yang kedua . .boleh2 🙋🏻🙋🏻

A K H L A K Rasulullah s.a.w

Siapa yang masih tidak kenal Susuk Peribadi mulia ini ? . . 

1st Ranking in “ 100 Most Influence People in the World “ . . 🙋🏻🙋🏻

Ingat lagi kisah “ Men In White” , kisah baginda bertemu jibrail a.s ? . . kisah ini ada sy kongsikan di FB ketika bertemu dengan Salah Seorang Guru Kesayangan  .. 


. . Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam bersabda: 
" Sesungguhnya aku hanya diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ” . .

Jom Kita #Refleksi diri kita . .

+ Networking ( Silatulrahim )
. . Rasulullah mengamalkan teknik menyangi mereka terlebih dahulu sebelum baginda masuk ke dunia mereka. . baginda tidak mengharapkan kasih sayang manusia atau sesuatu selain Allah !! baginda faham , kasih sayang hanya terbit dari keizinan Allah terhadap hambanya . . 

Contoh : Cuba lihat bagaimana anda melayan orang yang tidak memberi apa - apa manfaat kepada anda ? Peminta sedekah contohnya ? anda mampu tersenyum , atau anda Su’udzon ( bersangka buruk ) kononnya mereka ini sindiket . .

+ Bercakap Benar dan Berjenaka . .
. . Walaupun sedang bergurau dan berjenaka, baginda tetap bercakap benar, tidak berdusta . .  

Contoh : Perhatikan bagaimana anda uruskan akhlak anda ketika bersosial ? audit setiap kata - kata anda .. nak kenal diri lagi ? lihat apa yg terkeluar dari mulut anda ketika melatah !! ( Unconscious Mind Reaction )

+ Kasih Sayang & Penghargaan
. . Insan sekeliling kita akan menyayangi kita bukan atas dasar takut atau hormat . . Tapi kerana rasa kasih sayang kepada kita atas akhlak kita menghargai kehadiran mereka kerana Allah . .

+ Layanan
. . Baginda sering memberikan bantal kepada orang yang datang supaya mereka dapat bersandar. . 

. . Apabila dalam majlis yang ramai, baginda akan menumpukan perhatian kepada semua orang hingga seolah-olah kesemua majlisnya, pendengaran, percakapan, kehalusan budi pekerti dan perhatiannya ditumpukan kepada setiap orang yang duduk bersamanya di majlis itu.

baik . .
harapnya sedikit baris2 perkongsian yg tak seberapa ni . . dapat mewarnai #KasihSyg setiap dari kita di sini . .

Mohon undur diri terlebih dahulu yeh . .
sehingga bertemu lagi . .
in shaa Allah

Perkongsian daripada Tuan Kawaras Yahya

0 comments: