Metafizik

Perjanjian Alastu

10:15 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Baiklah, sempena hari jumaat nie, sifu kupasa PERJANJIAN ALASTU yang dikisahkan dalam Surah 7 ayat 172. Cer share kat sini sat tafsirnya boleh, sama-sama kita ambil ibrah.

Oh ya, lupa pula sifu nak pesan di sini
Sifu bukan mentafsir ya ayat Al quran
Manusia mana mungkin dapat mentafsir Ayat Al quran,
Apa yang kita boleh buat adalah ambil IBRAH DAN PENGAJARAN
Kefahaman semua dari Allah
Semua dengan izin dan kehendak Allah
Sebab itu sifu reprogramming dan resetting WIFI dulu diri masing2 nie ya

Bismillahirrohmanirrohiim

Al-'A`rāf:172 - Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini"

Tajuk PERJANJIAN ALASTU inilah yang mukaddimah dalam bengkel bengkel sifu adakan sebelum ini.

PERJANJIAN ALASTU ini adalah peristiwa awal kejadian manusia yang Allah firmankan dalam Al quran dalam bentuk perjanjian antara Tuhan dan Jiwa (Rohani), Jiwa yang baru merupakan suatu KESEDARAN, di alam ketuhanan. Peristiwa perjanjian ini sudah diinformasikan dalam surah 7 ayat 172 itu.

Itu adalah peristiwa perjanjian antara Tuhan dan Jiwa. Jiwa mengakui bahawa Allah itu Tuhan, bukan hanya diakui tapi kena disaksikan. Di sinilah bermulanya perjalanan seorang yang akan menjadi manusia di muka bumi, yang diharapkan oleh Allah untuk menjadi seorang KHALIFAH.

Ketika sperma (sifat Ar Rahman) terpancar dari tulang sulbi anak Adam, maka dipanggillah jiwa jiwa itu utk berjanji, dan setelah disempurnakan kejadian atau bentuk fiziknya maka Allah meniupkan ruhNya (jiwa yang telah berjanji tersebut). Boleh rujuk Surah 38 ayat 72 tentang Roh bukan dicipta tapi ditiupkan.

Ketika sperma terpancar tadi dari tulang sulbi anak Adam, maka ratusan juta sperma akan bersaing antara satu sama lain untuk sampai terlebih dahulu ke Ovum (sifat Ar Rahim). Di tengah jalan banyak yang mati.

Bagi yang telah berjaya meloloskan diri, hanya sebahagian kecil sahaja mereka berlumba lumba menuju ke ovum. AKHIRNYA HANYA SATU SPERMA SAHAJA YANG MENANG DAN MEMASUKI OVUM. SANG SPERMA ITULAH KITA SEMUA YANG SEDANG MEMBACA CORETAN INI.

Maka alangkah malu kita yang semulajadi adalah seorang WINNER, SANG TERPILIH dari ratusan juta tetapi kemudian memilih untuk menjadi LOOSER di dunia ini.

Pada masa jiwa tadi dipisahkan dari keESAan Allah, jiwa tadi merasakan suatu yang baru, Jiwa merasa dia sudah menjadi satu entiti dan mempunyai kesedaran sendiri.

Jiwa yang dimaksudkan di sini adalah masih dalam bentuk kesedaran yang belum ada bentuk-bentuk. Kerana terpisah dan mempunyai kesedaran sendiri, maka Allah memberi suatu perjanjian (ALASTU) supaya nanti jiwa kita tidak menuntut.

Kunci dari alastu adalah Jiwa (KESEDARAN) tersebut sudah mengenal siapa yang akan disembahnya di dunia nanti. Jadi kesaksian bererti bahawa Jiwa yang terpisah tadi sudah memiliki kesedaran sendiri dan dia harus MENGENAL ASALNYA. Itulah sebab kita sebut DARI ALLAH KITA DATANG, KEPADA ALLAH JUA KITA KEMBALI (innalilahi wainna illahirojiun). Selama ini kita main sebut jer, usul pangkal sebutan itu kita tidak selusuri.

Pada ayat Surah 7 ayat 172 jelas beritahu kita, pengakuan akan ketuhanan Allah atau KESEDARAN HIDUP BERTUHAN bukan hanya sekadar di bibir mulut dengan menjawab "Ya betul" tetapi dikuatkan oleh penyaksian mata "kami menjadi saksi".

Contoh, Ramai yang kata "Ya Betul" Allah WUJUD, tapi kita masih katakan masih ada keAKUan seperti Aku hebat, ini hak Aku dan sebagainya. Kalau bersaksi, di situlah akan hadir konsep REDHA DAN PASRAH. Inilah dinamakan Kalimah syahadah.

Jiwa yang telah bersaksi tadi beerti Jiwa yang sudah siap siaga untuk menghadapi segala macam pancaroba di dunia, tidak boleh lalai sehingga membuatkan Jiwa itu melalaikan kesaksiannya dan gagal untuk menjadi wakil Allah di dunia. Pada hakikatnya Jiwa yang turun ke dunia itu mempunyai tugas dan amanah yang harus dipikul iaitu sebagai KHALIFAH.

Kita adalah makhluk yang paling sempurna dengan misi dan tugas yang sempurna pula, iaitu menjalankan amanah Allah sebagai khalifah di muka bumi. Untuk menjalankan amanah tersebut manusia harus kenal dengan Si Pemberi Amanah. Samalah juga nak belajar Numbering, kena harus kenal dulu dengan Si Pencipta Numbering itu.

Manusia harus dapat mengenal kembali Tuhannya, kerana pada awalnya Allah telah memperkenalkan diriNya kepada manusia. Kemudian manusia telah membenarkan perkenalan tersebut iaitu seperti apa yang diabadikan Allah dalam Surah 7 ayat 172.

TETAPI SETELAH LAHIR KE DUNIA, KEBANYAKAN MANUSIA MELANGGAR PERJANJIAN ALASTU TADI, MENYEMBAH BUKAN LAGI KEPADA TUHAN YANG TELAH PERNAH DIA KENAL SEBELUMNYA

MANUSIA BERGANTUNG BUKAN LAGI KEPADA TUHAN TAPI KEPADA MAKHLUK, LEADER DAN SEBAGAINYA

Analogi mudah :-
Kita melanggar peraturan lalu lintas, langgar traffic light. Kan kena saman. Saman itukan masalah.

Begitulah hidup kita seharian, bila TIDAK ADA KESEDARAN HIDUP BERTUHAN, macam-macam masalah akan datang, macam-macam buat tak jadi, jiwa kusut tidak ada ketenangan, bergaduh sesama makhluk dan banyak lagi.

Panjang pula sifu coret di sini ya, inilah adalah FASA SIDDIQ - QUARANT PERTAMA DALAM MODEL POTENSI KEHIDUPAN SAFT. Semoga bermanfaat. Inilah sebab utama Tribe#769 ini diwujudkan, sebab MODEL POTENSI DIRI SAFT dicipta.

HANYA YANG JIWA TENANG AKAN KEKAL DI TRIBE INI
YANG TAK TENANG AKAN LEFT SEBAB BERLAWANAN DENGAN DALAMAN DIRI IAITU SIFAT KEAKUAN
ONLY THE STRONG WILL SURVIVE

Dari sudut kupasan ilmu metafizik sains penomboran Islamik berasaskan Al Quran

7 : 172

7: 172...1 (1+7+2 =10=1)
89
8

8 itu amanah, tanggungjawab

Apa amanah kita itu..??
1 mengembalikan jiwa jiwa itu balik kepada KESEDARAN HIDUP BERTUHAN

Sahaja Aku berkongsi ilmu pagi ini kerana Allah Taala.

0 comments: