Metafizik

Guru Mursyid I

1:26 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Assalamualaikum kekasih2 Allah dan Rasulullah s.a.w

Selamat menunaikan Solat Fardhu Jumaat dan Fardhu Zuhur

Bismillah

Soalan : Apa Maknanya Guru #Mursyid?

Jawapan : Makna Guru adalah seorang manusia zahir yang mengajar seseorang di dalam suatu ilmu, menyampaikan petunjuk, petua atau kaedah-kaedah tentang ilmu tersebut. Dan Mursyid itu adalah suatu pengetahuan atau pengalaman yang dilalui sendiri oleh seseorang yang menjadi guru.

Soalan : Apa bezanya Guru Mursyid dengan guru biasa?

Jawapan : Guru Mursyid benar benar mengetahui di semua sudut bidang ilmu dan pengalamannya yang pernah di laluinya sendiri melalui pengajaran #laduni yang mana ia membicarakan hal-hal ilmu yang tidak dapat dijangkau oleh akal pencapaian pemikiran manusia biasa. Guru biasa adalah guru yang mengajar mengikut pendapat orang lain, cerita orang lain atau dari bahan bacaan yang kemudiannya di tafsirkan mengikut fikiran mereka sendiri.
#AwalnyaAllahAkhirnyaAllah
#20JAN

" Sahaja kami berkongsi kerana Allah Taala "

www.KawarasYahaya.com

bit.ly/NubisPotensiBisnes

0 comments: