Metafizik

DI MANA ADA AR-RAHIM, DI SITU AKAN HADIR AR-RAHMAN ALLAH

9:26 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

[ DI MANA ADA AR-RAHIM, DI SITU AKAN HADIR AR-RAHMAN ALLAH ]

Bismillah...

Ingatlah wahai kaum suami..jangan sesekali menyakiti hati isteri..

Begitu juga dengan kaum isteri..jangan sesekali menyakiti hati suami....

Rezeki keluarga paling utama adalah kebahagiaan suami isteri..

Seorang suami berjumpa saya mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia nie sempit, dah usaha macam2. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer. Kenapa ya ustaz?

Ustaz : Abang ada ibubapa ke?

Pengadu : Mak ayah saya dah tiada.

Ustaz : Abang ada isteri tak?

Pengadu : Ada ustaz, Saya ada 3 orang anak.

Ustaz : Saya beri 2 KUNCI rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun, minta pada Allah SWT dulu.

(Pengadu diam termenung)
Kemudian dia cakap, betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri?

Ustaz : Bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita?

Sangkaan dan isi hati mereka merupakan doa yang kuat untuk kita. Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah SWT janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya. Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita yang sanggup bersusah payah hidup bersama kita. Berpisah dengan semuanya demi menjadi pasangan hidup kita. 

Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena.

Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya.

(Tak lama dia datang jumpa saya)
Katanya, Ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya, saya jaga hatinya dan hargainya, saya buat apa yang dia suka.

Silaturrahim membuka pintu rezeki, inikan bersama isteri kita yang tercinta.

Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang, kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya, saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?

Jawabnya ya ustaz. Saya tipu isteri saya. Insya-Allah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah.

Ramai orang kaya raya hidupnya jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah SWT. Terlupa isteri atau suami bukan milik kita, tapi amanah Allah SWT.

Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Isteri yang solehah sentiasa mendoakan dan menyokong suami agar rahmat Allah SWT mencurah-curah.

Ingat ini, di mana kita suburkan Sifat Ar Rahim Allah (Kasih Sayang), di situlah akan hadir Sifat Ar Rahman Allah (Pemurah). Itulah kalimah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Jom kita suburkan Ar Rahim di tribe kita ini supaya kita semua di sini di limpahi berkat dan barokah Allah dlm menuntut ilmu ya

Salam Jumaat dan Selamat Pagi

Sifu Farihan Yahya

0 comments: