Metafizik

SOP Untuk Bongkah Tanah Yang Mati

9:38 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Sifu nak buka minda sikit di awal pagi ini, izinkan ya

Jasad kita BONGKAH TANAH YANG MATI ini seumpama sebuah kereta
Kereta itu memerlukan 4 tayar untuk menuju ke sesuatu destinasi. Maksudnya dalam hidup 4 perkara SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT, MAAKRIFAT, tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Andai bocor salah satu tayar itu, maka tak sampailah ke destinasi yang diinginkan.

Setiap kereta itu ada MANUAL ATAU SOP nya tersendiri..kalau tak, tak tahu nak start kat mana, ada yg guna button start, ada yg guna jumper dan sebagainya kan. Kalau tak, tak berfungsi kereta tu kann. Begitulah jua diri kita ini, kena ada SOP barulah mudah kerja ROHANI DAN JASMANI.

Dan kereta itu memerlukan pemandu untuk memandunya. Analoginya adalah ISI DALAMAN KITA/ROHANI/JIWA..pemandu kenalah cekap, solid, pakar kan, kena dipersiapkan dengam knowledge dan skill yng terbaik..

walau ferrari sekalipun canggih sistemnya, kalau pemandunya "sewel bin biol" langgar tembok juga perginya..accident..

Begitulah juga diri kita ini, pakailah nenek ilmu gajah rimau apa sekalipun, tapi kalau DIRI INI TIDAK ADA KESEDARAN HIDUP BERTUHAN, TIDAK DILENGKAPKAN DENGAN SOP TERBAIK AMALAN RASULULLAH DAN UMAT TERDAHULU"

Maka jadilah kita geng pemandu ferrari "sewel bin biol" tadi tu. Buat macam-macam tak jadi, pening lalat putar alam habis jadinya kita. 

Contoh :- 
Kita sembang bab nak pakai ferrari, pum pang pum pang nak jadi jutawan, tapi motor kapcai kat belakang rumah pun tak mampu kita nak gerakkan ke masjid untuk solat sunat sebelum subuh 2 rakaat dan subuh berjemaah yang sudah dijanjikan dunia dan seisi alam. Apa cer kann..??

Ilmu Allah ini terlalu luas, cabangnya banyak umpama banyaknya ranting ranting pokok..rasalah berpaut pada dahan yang nan satu, kukuh In Sya Allah takkan bergoncang walau ditiup badai angin yang kuat.

Kiasan mantik ini sifu kupas ini adalah,
Cabang ilmu Allah ini terlalu luas, bawalah ilmu apa apa pun, selagi berpaut pada dahan yang kukuh iaitu TAUHID..dan bawa kembali kepada penciptanya tiada cacat dan celanya. Tiada yang khurafat dan tahyulnya.

Yang khurafat dan tahyulnya adalah sama ada ORANG YANG MENYAMPAI DAN MENERIMA ILMU itu tidak diberi taufik dan hidayah oleh Allah sahaja. Sebab itu biasakan niat
SAHAJA AKU TERIMA ILMU HARI INI KERANA ALLAH TAALA
SAHAJA AKU BERKONGSI ILMU HARI INI KERANA ALLAH TAALA

MAKA SAMA SAMA LAH KITA MEMBUANG TAMPARAN EGO DIRI, BERLAPANG DADA, MENIMBA ILMU

KALAU KORANG ADA ILMU YANG SIFU TAKDER, SIFU WAJIB BELAJAR DENGAN KORANG WALAU RIBUAN RINGGIT HARGA MAHARNYA

Faham tak analogi kereta sifu share tadi tu

Rahsia penutup ada pada pembuka.
Macam botol isi air.
Nak dapatkan isi kenalah membuka penutup

Nak dapatkan atau isi ilmu baru, ilmu kita tu tinggai sebentar kat pintu luar tribe #SAFT ini

Kenalah buka penutup diri tu atau hijab ilmu itu sendiri

Sifu selalu kongsi di sini kan,

Apa yang korang dapat di sini, jarang dibicarakan di surau surau, madrasah dan sebagainya.

Apa yang korang dapat adalah
PENAMAT SEGALA PENCARIAN ILMU

PENCARIAN DI PENGHUJUNG RASA

RASA amenda tu..??
RASA HIDUP BERTUHAN yg selama ini kita hilang
Hidup Bertuhan tidak semudah hidup beragama
Hidup beragama mudah jer, buatlah RUKUN ISLAM tu

Bab Hidup Bertuhan ini, nak pegang RUKUN IMAN itu yang payah

RUKUN ISLAM itu KULITNYA
RUKUN IMAN itulah ISINYA

Selama ini kita duk belajaq, duk bawa, duk pegang ILMU KULIT
ILMU ISI lompong, itulah kekadang duk sebaris dengan pemandu ferrari yang sifu cakapkan tadi tu

Siapa nama dia ntah si pemandu ferrari tu..?? Cer jawab. Yang mana boleh jawab tu fahamlah tu

Surah 51 ayat 49

"AKU CIPTAKAN SESUATU ITU BERPASANG PASANGAN TIADA LAIN TIADA BUKAN MELAINKAN UNTUK MENGTAUHID DAN ESAKAN ALLAH"

0 comments: