Metafizik

3 hubungan yang berkait

4:17 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Sahaja saya berkongsi kerana Allah Taala

Syukur alhamdulillah sepanjang bersama tribe#769 SAFT ini banyak perkongsian yang mengingatkan diri untuk kembali kepada Maha Pencipta kembali.

Apa yang yang boleh dirangkum ada 3 hubungan yang sentiasa berkait:

Hubungan Allah dan Manusia
Hubungan Allah dan Alam
Hubungan Manusia dan Alam

Manusia dan alam semua menuju kepada Maha Pencipta iaitu Allah.

Alam dan manusia saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. 
Allah menciptakan langit dan bumi seluruh kejadian ini. Alam yang besar akan nampak langit dan bumi. Alam ini semuanya berada di alam makhluk yang digelar manusia. Sebab itu perlu mengenal diri,kenal diri kenal Allah,kenal Allah binasalah diri.

Hanya mereka yang belajar mencari kuasa keikhlasan dan sumbangan ikhlas kerana Allah dapat mengalami nikmat hidup kepuasan sebenar. Kehidupan ibarat kain putih, hiasailah ia dengan keimanan dan ketaqwaan,semoga  beroleh kebahagian warna warni kehidupan.

Surah al nahl 16:17
"Maka apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)? Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"

Perkongsian daripada Tuan Mohd Izuwan Omar

0 comments: