Metafizik

Kenali malaikat, jin, iblis dan syaitan dalam diri

7:59 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Kenapa sifu kata hati kita hitam, kita banyak dosa
Sifu nak share satu ilmu

Berapa ramai nak KENAL MALAIKAT, JIN, IBLIS, SYAITAN dalam diri kita tu, bila kenal senang nak KAWAL....betul kan..berapa ramai nak KENAL..??

Ini penting, selagi tak KENAL IBLIS, SYAITAN, JIN macam mana kalian nak halang daripada duk bisikkan WAS WAS, RAGU RAGU, BOLEH KER, MUNGKIN dan sewaktunya..

Baik,
Kita kalau nak kenal mana polis, bomba, nurse dan sebagainya kenal pada pakaian beruniformnya.
Maka jika kita nak kenal mana malaikat, iblis jin dan syaitan kena kenallah pada sifat sifatnya.
Bila dah kenal, jadi kena berusahalah tukar dengan sifat Allah

MALAIKAT
Tenang dan ingat Allah walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Bila kita Niat Kerana Allah Taala, walau tak buat lagi terus dicatit di suratan amalan kebaikan. Kalau tidak dimulakan dengan Niat kerana Allah Taala, malaikat akan hold dulu, bila buat baru catit. Praktis mulakan hari Niat kerana Allah Taala.

JIN
Perangai jin dalam diri nie rasa diri hebat, bagus, ego, keAkuan

IBLIS
Perangai iblis nie suka melaga lagakan orang

SYAITAN
Perangai busuk hati, hasad dengki, cucuk sana cucuk sini

Surah 51 ayat 21
WAFIAMFUSIKUM AFALA TUBSHIRUN
(Dan pada diri kamu sendiri, kenapa kamu tidak mahu melihat dan memikirkannya)

Dalam Al quran, sifat NAMRUD, FIRAUN, IBLIS, SYAITAN semua ada dalam diri bukannya ada di luar.

Sekarang dah kenal kan, bersepah tak makhluk itu di sekeliling kita nie atau dalam sifat itu dalam diri kita sendiri.

Bila terdetik sahaja dalam diri sifat IBLIS, SYAITAN, JIN
cepat-cepatlah beristighfar atau zikir ingat pada Allah

Selalu sifu pesan, setiap hari kita bangun tidur sepanjang hari kita akan dipimpin oleh rahmat Allah atau melalui malaikat, atau IBLIS, JIN, SYAITAN. Bunuh depa bertiga nie dengan PERBETULKAN NIAT KERANA ALLAH TAALA.

Allah ilhamkan sukma dan kefasikan, pilihlah jalan mana yang kalian nak pilih dengan menggunakan akal yang waras.

0 comments: