Metafizik

Task 1 : SOP Getaran Kesyukuran

11:08 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Perkongsian daripada Tuan NK 

NK Follow SFY Sebabkan Ilmu² Yg Di Share Ni. Yang Penting Niat Kembali Kepada Pencipta
Hidup Ini Satu Perjalanan. Semua Dah Ditetapkan. Hadapi Dengan Tenang Hati.😊
Jatuh & Naik Dalam Biz Tu Pun Allah Yg Tetapkan. Jadi Tak Perlu Fikir Sgt. Buat Je Apa Yang Allah Suruh. Nombor² Ni Sampingan Je Kan Sifu.

Alhamdulillah. Ilmu Yang Sangat² Bermakna. 7 Getaran Kesyukuran. Ini Betul² Miracle.

Bismillah
'Ibrāhīm:7 - Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Syukur. Teruskan Dengan Bersyukur.
Dan Paling NK Follow Ayat Satu Lagi Ni.

BISMILLAH
Al-'Insān:9 - (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,

Pemahaman NK Tentang 769, Yang Semua Orang Dok Guna. Guna Tahu Maksud Atau Guna Sekadar Ikut²? Ramai Sibuk Duk Guna Nombor HP, No Kenderaan, Duit. Tapi Apa Yang Kamu Faham Tentang 769? Cuba Share. 😊

Tapi Takpe. Yang Beri Faham Tu Pun Allah. Kita Follow Dulu. Lama² Faham La Tu. Betul Kan Sifu? 😁😁😁

Numbering ini ilmu KULIT, yang sifu duk berleter sejak beberapa hari ini adalah ilmu ISI. Duk pegang kulit sahaja, isi tak mahu belajar, itu yang jadi zombie kampung pisang tu.

7 Getaran Kesyukuran macam menarik kekayaan dan kejayaan dengan bercakap 😊
Apa Yang NK Belajar Dari SFY. Pelajaran Simple Je. Bersyukur. Senang Je Kot. Tapi Senang Bila Allah Izinkan. 😊😊

Ok, NK Share Step. 😊

7 GETARAN KESYUKURAN

1. Lafazkan Syukur Atas Setiap Apa Nikmat Yang Allah Beri Setiap Hari

2. Nikmat Ni Bukan Yang Best Je...Yang Tak Seronok Pun Nikmat..😁😁

3. Waktu Paling Sesuai Lafazkan Kesyukuran Ni Lepas Solat Subuh. 

4. Lafaz Dari Hati...

5. Setiap Hari Syukur Yang Berbeza

6. Lepas Tulis Tu Share La Pada Rakan², FB, Group Whatsapp 😄😄😄

7. KENA INGAT....40 HARI TANPA PUTUS/TINGGAL

8. Kalau Sehari Miss, Ulang Semula

9. SELAMAT BERSYUKUR....😍

Kalau Nak Contoh NK Share di bawah ni ye.

2/40 

*7 GETARAN KESYUKURAN*

*BISMILLAH*

Fuşşilat:33 - Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"


Syukur Kepada Allah, Hari ini aku masih lagi diberi pinjam nyawa untuk teruskan kehidupan. Semoga Nyawa yang dipinjamkan ini memberi manafaat kepada diri ini, keluarga, insan lain dan agama

Syukur Kepada Allah, memberi aku nikmat tidur yang lena semalam, setelah pulang dari bercuti bersama keluarga. Nikmat kerehatan yang hanya Allah saja yang dapat memberi kepada kita

Syukur Kepada Allah, di pagi hari ini aku masih lagi dapat menatap wajah ayah dan mama tercinta. Semoga aku diizinkan untuk terus memberi khidmat kepada mereka sehingga akhir hayat ku.

Syukur Kepada Allah, aku masih lagi di izinkan menitiskan air mata tatkala mengenangkan dosa² yang telah aku lakukan sebelum ini. Allah maha pengampun. Semoga Allah mengampunkan semua dosa² ku

Syukur Kepada Allah, Kerana sentiasa memberi ujian dalam hidup ini. Tidak sempurna iman seorang hamba tanpa diuji. Sangat kasih dan sayang Allah kepada ku.

Syukur Kepada Allah, Kerana sentiasa mencukupkan rezeki aku sekeluarga. Rezeki yang sentiasa datang dari sumber yang tidak disangka²

Syukur Kepada Allah, kerana masih lagi mengizinkan aku melafazkan getaran kesyukuran ini. Dengan melafazkan kesyukuran, kita akan menjadi hambanya yang redha dengan segala ketentuan dari Allah 

*ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA*

*NIZAM KAMAL*
_Saudagar Jiwa_

_Hidup Ini Satu Perjalanan_
+017 343 9666
2 Januari 2017

Lebih Kurang Gini.....😊😊😊
I Follow....😁😁

0 comments: