Metafizik

Kelebihan surah al Waqiah dari sudut numeric

8:02 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Assalamu'alaikum Sifu Farihan dan semua kawan²,
Bismillah sedikit perkongsian berkenaan kelebihan surah al waqiah dari sudut numeric dan kenapa ia dipanggil surah yang bila diamal si pengamal secara konsisten tidak akan ditimpa kefakiran selama-lamanya....

1. Kedudukan surah ini berada dalam juzuk ke-27, 27 adalah nombor karisma, mudah menarik perhatian orang ramai, In Sha Allah bagi pengamal yang konsisten mudah menarik perhatian manusia.

2. Jumlah ayat surah al Waqiah adalah 96 ayat, menunjukkan tafsiran berjaya kaya, 9=kejayaan, 6=kekayaan.

3. INI adalah formula dari guru saya, bagi ahli² mkfai. Mereka tahu formula ni, jika 96 ayat surah INI diulang² baca sebanyak 7 Kali hasil adalah 672 jumlah tunggalnya adelah 6 bile ditambah semuanya. Yang membawa maksud kekayaan. Dan jika 96 ayat ×7×41hari=27552=1. Bermaksud jika diamalkan sehari 7kali selama 41 hari. In Sha Allah mudah menjadi ketua dalam sesebuah organisasi atau komuniti.

3. Jika diamalkan 14 kali sehari selama 41 hari...96ayat ×14×41hari=55104=6 In Sha Allah mudah kaya.

4. Jika diamalkan 21 Kali selama 41 hari 96ayat×21×41=82656=9 In Sha Allah mudah beroleh harta.

5. Jika diamalkan sebanyak 41 Kali sehari selama 41 hari ...96ayat×41×41=162376=6 In Sha Allah akan kaya dalam masa yang singkat.

INI saja perkongsian Dari saya..selepas terdetik ketika baca surah ini untuk buat Kira² secara numeric....maha suci Allah...yang menciptakn sesuatu sesuai ukurannya...semoga bermanfaat...Dan saya berdoa Dan berharap...saya,sifu farihan Dan ahli² group dapat hafal Dan berjaya amalkn secara konsisten. Amin.
[Perkongsian daripada Tuan Lan]

Soalan sifu :
Surah Al waqiah surah ke berapa dalam Al quran..??
Surah Yaasin surah ke berapa dalam Al quran..??
Surah al Mulk surah ke berapa dalam al quran..??
Cer jawab, sifu explain

Jawapan Tuan Lan :
Waqiah surah yang ke 56...cermat guna Wang,
Surah Yasin ke 36...pantas dalam mendapat kekayaan ....
Surah al mulk surah yg ke 67...kaya Dan beruntong...😊😊😊

Huraian sifu :
Surah al waqiah - 56
Ikut pengajian ilmu metafizik sains penomboran islamik berasaskan al QURAN adalah 5 (peluang bisness), 6 (rezeki)

Surah Yaasin - 36
Ikut pengajian ilmu metafizik sains penomboran islamik berasaskan Al quran adalah 3 (aggressif), 6 (rezeki)

Surah Al mulk - 67
Ikut pengajian ilmu metafizik sains penomboran Islamik berasaskan al quran adalah 6 (rezeki), 7 (pengaruh, meluas, networking)

Jadikan Rutin dan amalan sepertimana sifu sediakan SOP tempoh hari

Surah al waqiah - rutin selepas solat subuh dan sebelum tidur atau selepas isyak

Surah Yaasin - rutinkan selepas solat maghrib

Surah Al -mulk - rutinkan selepas isyak atau sebelum tidur

Sifu dulu jahil juga, banyak belajar dari kegagalan lalu di mana kita lalai dan membelakangkan Al quran dan Allah. Sifu cuma tak mahu korang lalui fasa kejatuhan sama sifu lalui.

Kita nak bina nama, empayar memakan belasan tahun utk establish. Tapi Allah kalau nak ambil, dengan satu petikan jari sahaja.

BAWA ALLAH DAN AL QURAN BERSAMA DALAM CIPTA KEJAYAAN HIDUP.

selama ini ianya jadi mainan di bibir sahaja, hati tak selari

Soalan daripada Tuan Izuwan Omar :
Sifu nak tanya macam mana nombor 6 itu dikatakan rezeki?

Jawapan sifu :
Buka surah 6, 16, 26, 36, dan hinggalah 96
Semua ada diceritakan tentang rezeki
Dan asmaul husna iaitu YA GHANIYU (Maha Kaya)

Itu guna 7 getaran kesyukuran tu yang diattach dengan sepotong ayat al quran dan luahan hati dan emosi terhadap nikmat Allah

Satu hari selak ayat al quran 1 potong ayat
Refer tafsir

Don't get me wrong
I'm not here to teach you
Tapi sifu di tribe ini belajar dari kalian semua
Melalui soalan soalan yang ditanya oleh kalian secara terbuka
YANG BERTANYA ITU PUN DIA
YANG MENJAWAB ITU PUN DIA
kita semua di sini sama sama dpt manfaat ilmuNya

Tukar SOP diri dulu, istiqamah tahajjud, dhuha, sedekah, zikir
Nombor itu asbab sahaja
Analogi dia
Kita nak pi event apa apa, kan kena ikut tema
Numbering itulah gunanya ikut tema
Kalau SOP diri tak tukar, wifi tak diconnect baik dgn Allah
Memang tak jadi derr

0 comments: