Metafizik
Tidak akan bergerak walau sebesar zarah tanpa izin dan kehendakNya
Jam 7:07 Hati terdetik untuk tafsir.
Kemudian sesungguhnya Kami akan ceritakan kepada mereka (Rasul-rasul dan umat-umatnya), dengan (berdasarkan) pengetahuan (yang meliputi akan apa yang mereka lakukan), dan sememangnya Kami tidak sekali-kali ghaib (bahkan sentiasa Mendengar, Melihat dan Mengetahui akan hal ehwal mereka).
(Al-A'raaf 7:7)
Allah ilhamkan sukma jam 7.07am, Surah 7 ayat 7 jelas membenarkan SOP sifu beri semalam adalah cerita amalan yang para Rasul dan umat umat terdahulu lakukan.
Apa lagi nikmat Allah yang nak kita dustai.
Perkongsian daripada Tuan Mohd Izuwan :
Mohon izin ya sifu untuk berkongsi apa yang kefahaman Allah berikan.
Sepanjang berada dalam group tribe ini,banyak pelajaran yang boleh belajar bersama dalam keserentakkan ilmu yang disampaikan oleh sifu atau sahabat2 yang lain.
Mungkin ada yng perasan atau tidak. Apa yang kita belajar di sini semuanya tersusun dengan teratur dalam aturanNya. Contoh yang lepas bila sifu ajar buka tafsir tengok
apa Allah kata dalam Al Quran di setiap waktu atau detik yang kita lalui, adakah ini satu kebetulan atau keserentakan. Banyak lagi contoh lain, yang lepas masa sahabat
kita tunjuk gambar pemandangan dan waktu diambil bila rujuk al Quran. Cerita waktu itu ada dalam Al Quran adakah ini satu kebetulan atau keserentakan?
Begitulah juga hari ini untuk keserentakan ilmu yang sifu kongsikan dalam SOP hari ini Allah gerakkan Puan Zaliah untuk buka Al Quran pada jam 7.07 ayat yang menjelaskan dan membenarkan SOP sifu beri semalam. Semuanya dalam satu keserentakan ilmu yang akan sentiasa ada kesinambungan sama ada secara zahir atau batin.
Setiap ilmu yang belajar pasti ada ujian, nikmat dan kejayaan.
Jika semua aura positif pasti lebih banyak gelombang positif yang akan datang. Kekalkan momentum yang ada.
Huraian Sifu :
Orang yang beriman tidak percaya dengan perkataan KEBETULAN, tapi ia sudah KETENTUAN
Kerna,
LA TATAHARRAKU ZARRATUN ILLA BIIZNILLAH
(Tidak akan bergerak walau sebesar zarah tanpa izin dan kehendakNya)
Sama sama kita kekalkan aura positif di tribe kita, semoga kita dapat menarik lebih ramai wave dan energy positif dan menghalang energy dan wave negatif daripada turut serta.
Itulah sebab sifu suruh buat tahajjud, utk inilah juga.
Izuwan, cer share surah 17 ayat 7 di sini, kita muzakarah sama-sama ya
Surah 17:7 (Al Isra')
"Jika kamu berbuat baik bermakna kamu membuat kebaikan untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu membuat kejahatan, maka akibatnya itu adalah untuk dirimu sendiri.
Apabila datang saat hukuman kejahatan yang kedua, (kami bangkitkan musuhmu) untuk mendukacitakanmu lalu mereka masuk ke dalam masjid (masjidil Aqsa), sebagaimana
mereka memasukinya kali pertama dan mereka membinasakan apa sahaja yang mereka kuasai".
Alhamdulillah..apa yang kita boleh sama sama tadabbur dari ayat inilah :
Bila kalian dapat SOP sifu tu (hidayah), yang mana di beri Taufik (Kuasa Tindakan) akan terus berubah untuk berbuat baik, manfaat itu akan kembali pada diri kamu sendiri.
Yang mana masih WAIT & SEE, duduklah di situ tanpa ada sebarang perubahan. Bila kita nak berubah itulah yang kita kena JIWA KENTAL, PERLU ISTI1AMAH sebab nak bertarung dengan makhluk dalam diri tu yang negatif, yang lebih awal mendiaminya. Buatlah SEIKHLAS MUNGKIN, kerana iblis dan syaitan tidak dapat menembusi jiwa jiwa yang ikhlas.
Apa itu IKHLAS..??
BUAT SESUATU TANPA MENGHARAPKAN SESUATU
WAIMA PUJIAN MAHUPUN UCAPAN TERIMA KASIH
Al-'Insān:9 - (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan
sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih.
Inilah ayat membenarkan apa yang sifu sebut tentang IKHLAS
Aaamiin...sama sama kita berkongsi RASA di sini
Stay together, yang mana semangat down tu sama sama kita tarik meraka naik balik duduk atas BAHTERA ini, supaya tak hanyut kelemasan.
Sama sama kita mohon pada Allah ya
Sifu nie tiada daya tiada kuasa
Hanya asbab seumpama kereta control DIA, remote DIA pegang
Ingat ini ya, di kala kita down, tiada yang lebih baik dari jawapan yang surah tersurat dalam al quran surah ar raad ayat 28
"HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH, JIWA AKAN MENJADI TENANG"
0 comments:
Post a Comment