Tribe #769 - SAFT
KEBETULAN?
Kebetulan atau Keserentakan
KEBETULAN?
Orang yang beriman percaya semua kejadian adalah takdir yang tersurat atau sudah menjadi suratan takdir. Jika begitu tidak sesuai dikatakan sebagai kebetulan.
Hidup ini sentiasa diwarnai dengan peristiwa mengkagumkan. Mengkagumkan sebab ia terjadi berpasangan dan mirip sama (konsep bersamaan dan persamaan) dalam berbagai keadaan.
Sama dalam bentuk sifat masa dan ruang fizik yang nyata. Bukan ilusi pada khayalan fikiran atau pandangan mata. Bukan disengajakan oleh sesiapa kecuali yang Maha Mengatur. Maka perkataan paling sesuai dengan hal-hal yang tak terduga malah sangat tak dijangka ini adalah KESERENTAKKAN.
Tentu kita tak dimurkai Tuhan lagi. 8 bilion manusia masih ingkar dan tergamak berkata semua itu kebetulan. Hanya orang yang tidak faham agama masih menyebut kebetulan. Umpamanya pada kejadian super ketetapan tengelamnya kapal Titanic.
Sebuah novel telah di tulis awal sebelum kejadian titanic dengan nama yang hampir sama TITAN jumlah penumpang dengan jumlah korban yang sama. Kapal melanggar bungkahan ais. Kapten yang sama-sama membuat keputusan tenggelam bersama di dalam perut kapal. Panjang kapal mewah yang sama. Tarikh 23hb yang sama kejadian yang hanya tahun sahaja berbeza setahun. Cara kecuaian kemalangan juga sama dan banyak lagi. Itulah kerja aturan Tuhan yang di sebalik itu ada pengertian besar pada yang masih tak percaya takdir dan ketetapan menuju keserentakkan. Selepas itu novel yang tak laris habis terjual dalam jumlah yang amat luar biasa dalam sejarah novel.
ALLAH swt sengaja memilih titanic yang ketika itu bukti kemewahan tamadun manusia untuk menunjukkan kebesaranNYA. Percayalah yang terselamat itu ada di dalam jiwanya percaya pada Tuhan dengan kepercayaan yang maha agung. Nilai kemanusiaan paling agung dalam peristiwa itu adalah satu percintaan penuh dramatik ketulusan hati. CINTA jodoh ajal maut juga satu KESERENTAKKAN suci dan menjadi penyelamat satu misteri.
Pertemuaan dalam ini juga satu keserentakan yang telah Allah susunkan syukur masih ada yang sayangkan saudara seagama untuk saling ingat mengingati kembali ke jalan fitrah yang sebenar.
Alhamdulillah syukur Ya Allah walaupun masih belum ketemu secara berhadapan Sifu Farihan hari ini beliau juga seorang guru bagiku yang telah mengajar walaupun sepotong ayat. Mudahan segala ilmu yang dikongsikan dapat diamalkan dan menjadi saham akhirat buatnya juga.
Saya setuju dengan sifu fahami semua method guru guru yang lain dan beramallah dengan baik. Ilmu ini ibarat suami isteri saling lengkap melengkapi untuk membina kebahagian dan keharmonian.
Kehidupan ini tidaklah serumit yang disangkakan. Kita mampu mencorakkannya mengikut acuan yang kita pilih sendiri. Ada dua sahaja pilihan muktamad. Nak pilih yang baik-baik sahaja ataupun nak yang campur-campur. Mahu ikhlas atau hipokrit. Masyarakat madani perlu orang yang ikhlas untuk kesejahteraan mereka dan keturunannya.
Bagi mereka yang berfikir, sudah pasti ada jawapan dan pilihan yang dijangkakan. Bagi kita yang tak mampu nak fikir, gelisah bila nak jadi baik tapi tenteram bila buat benda tak elok. Itulah kena jaga nikmat akal. Justeru, sentiasa buat perkara baik berulang2 untuk latih akal pun teguh fikir cara orang yang baik.
Hati yang hidup pasti ingin melihat persekitarannya segar dengan kebaikan. Manakala hati yang sakit atau mati, pasti melihat alam amat membosankan. Buat pun dengan tiada kerelaan. Bagi yang positif dan redha, segalanya adalah ketentuan. Lakukan yang terbaik buat diri. Pasti kita tidak akan menyesal, kecewa, putus asa dan menyalahkan sesiapa apapun keputusan.
0 comments:
Post a Comment