Metafizik

Ilmu Bayang-Bayang

1:27 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Perkongsian daripada Tuan Zariman Zulkapli

Adinda Jiman, sila recap balik ILMU BAYANG BAYANG yang sifu share dalam kelas MSP untuk perjelaskan tentang dunia dan akhirat itu ya

As salam
Barisan kekanda2 dan adinda semua
Selamat berhujung minggu bersama orang2 tersayang

Insyaallah ayahnda sifu farihan yang disayangi

Sahaja hamba ulangkaji pelajaran lillahitaala

Setiap kelas sifu akan beri anology bayang2 fitrah kita seharian dalam kehidupan.
Apakah yg kita kejarkan setiap nafas, setiap ketika dan setiap kerdip mata kita?

Setiap hari celik keluar rumah jalankan tugasan, selesai balik rumah tidur.

"Itulah setiap hari di ulang2 sampai kanda golll" ayat dalam madu tiga hehe



Cuba Angkat tangan dan letak di antara meja
Nampak bayang2 tangan tu?

Cuba tangkap bayang2 tu, dapat tak?

Pusing2 tangan agar tapak tangan mengadap kita, tarik tangan rapat ke diri kita.
Lihat kemana bayang2 itu pergi?

Lazimnya bayang2 akan ikut kita.
Begitulah dalam kehidupan mencari kekayaan itu tiada salah dan silap. Namun kenapa kekayaan itu ada dan untuk apa kekayaan itu perlu pada kita. Itu yang membezaan kita dengan yang lain.

Kejar dunia(bayang2) pasti tak kan kecapi, kembali semula pada diri, bayang2(dunia) akan ikut dan merapati kita

Meminta gelas semata tidak lengkap kerana hanya gelas sahaja yang akan kita peroleh.
Mintalah air, In Sya Allah ianya akan datang pakej dengan gelas atau bekas air.

Paham ke paham???

Memandang dari mata helang, melihat 360 darjah.

Yang mana bayang2 yang mana realiti.

Fatamorgana itu indah... Jika dilihat dari jauh. Namun jangan terpedaya dengannya kerana  ianya tipu daya semata.

Dengan Nama, zat, sifat, asma dan afal Allah sahaja saya kongsikannya. 

Moga bermanfaat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
** . . Kerana jika #Revolusi dan perubahan ke atas diri kita berlaku hanya melalui #Bercakap semata - mata pasti setiap #JAM kita sudah pon berubah menjadi lebih baik , kerana " We Are Very Good At Talking "

Alhamdulillah..nie yang buat sifu sayang kat Adinda Jiman ini
Terima kasih ya

Benar itu, kejar bayang bayang, dunia yang penuh dengan fatamorgana dan ilusi. Kita akan penat. Makin dikejar, kasih sayang sesama insan dan sebagainya juga hilang. Yang timbul hati dengki mendengki dan busuk hati

BAYANG BAYANG PUN TINGGALKAN KITA KALAU TAKDER CAHAYA
ALLAH JER YANG TETAP ADA BERSAMA KITA WALAU DALAM APA JUA KEADAAN SEKALIPUN

Pusingkan tangan, itu simbolik kepada BACK TO BASIC, BACK TO FITRAH, AWALUDDIN MAAKRIFATULLAH..MENGENAL DIRI YANG SEBENAR BENAR DIRI..,DUNIA AKAN KEJAR KITA DALAM PELBAGAI BENTUK TANPA KITA MAMPU NAK NAK MENGHALANGNYA..

Faham faham

0 comments: