Metafizik

Tanda kasih sayang Allah melalui ilmu

10:00 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Jangan kita biarkan hari ini berlalu begitu sahaja tanpa MEMBUKA PILI AIR TAHAJJUD + TADAH DENGAN BALDI DHUHA + BUAT PELABURAN SEDEKAH YA.

Sifu doakan semoga kalian semua kekal istiqamah, dipermudahkan segala urusan, mudah mudah dah sehabis mudah.

So far mcm mana setakat hari ini, jiwa RASA tenang sikit ker, dan segala urusan mudah- mudah ker?

Semakin menghampiri ketenangan.. stress makin berkurangan 🙊🙊
Alhamdulillah.
Syukur sangat-sangat Sifu. Sale tak jalan pun boleh senyummm😊
Alhamdulillah sifu. Lebih tenang sekarang walaupun sale takde. Tak rasa stress pun 😊
Alhamdulillah sifu RASA tu dah ada syukur sangat2. Urusan dipermudahkan walau bukan seperti yang dirancang tapi dapat terima dengan tenang jer dan bagai ada satu pengharapan positif sesuatu yang indah bakal berlaku.😊😊

Takder sales takper lagi, sifu mengharungi FASA HERO TO ZERO tanpa sen dalam poket almost 2 years. Umpama kucing dalam sangkar, tunggu orang hulurkan makanan dan minuman sahaja.

Alhamdulillah atas rahmat dan belas ihsan Allah, ada sebahagian alumni sifu, atas berkat amalan ilmu yang depa buat, ada sahaja bekalan stock makanan sampai dan ada sahaja yang membantu. Dengan izin Allah, berjaya mengharungi dengan tenang, sabar dan still survive hingga ke hari ini.

Bismillah...Tanda Kasih Sayang Allah Melalui Ilmu.
=========================================

Apabila belajar mereka diuji dengan ilmu tersebut.

Anda mencari Diri anda diuji hal mengawal diri.
Anda belajar Nafsi Qalbu iaitu bidang kawalan hati akan diuji apa itu senyum dan redha.
Anda belajar Tauhid anda dimampatkan untuk kenal Zat-Zat Allah sehingga berserah segalaNya pada Allah. Kemudian memahami bait semua Rukun Kalimah Syahadah.
Anda belajar hal ilmu bisnes dan marketing, anda diuji kedekut keluar kos dan memberi.
Anda belajar hal minda dan level alamiah anda akan diuji tekanan sampai separa waras.
Anda belajar hal akademik diuji hal peperiksaan dan grade.
Anda belajar hal kemanusiaan anda diuji hal tidak masuk akal perangai manusia.

Fasa dalam kematangan Ilmu.
Fasa 1: Belajar Mengenal Cabang Ilmu
Fasa 2: Cara Menyelesaikan
Fasa 3: Bertindak/ Beramal
Fasa 4: Dugaan Keikhlasan dalam Berilmu
Fasa 5: Fasa membentuk ranting dan syncronised laluan baru
Fasa 6: Kematangan dan Soraf Ilmu
Fasa 7: Fasih dan Memberi
Fasa 8: Menjadi Rujukan dan Dugaan Cemuhan
Fasa 9: Alim Alamah satu bidang dimana rasa dan ilham umpama lautan
Fasa 10: Tawaduk dan Ikhlas

Selagi mana anda tidak habis fasa ke 10 janganlah salahkan sesiapa. 
Belajar rajin-rajin dan bertindak. 
Semua akan berjaya InshaAllah.

0 comments: