Metafizik

Level dan ruas manusia berfikir berbeza

3:14 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Bismillah... 

Level dan ruas manusia berfikir berbeza.
=========================================

Pola manusia dan ruas meniti mencari rezeki juga berbeza. 

1. Pengurusan. 
Pola Diri No 1 mereka hanya pandai mengurus organisasi dan mengetuai team. Sebelah otak kiri mampu mencatur manusia umpama catur untuk kejayaan team. 

2. Pemasaran. 
Pola Diri No 2 mereka pembina skrip dan mulut manis. Umpama semut dalam tanah naik ke mulut mereka. Mereka boleh menjual apa sahaja asalkan masuk duit. Flexibel dan centrerium minda tengah aktif apabila sales mula drop. Mereka hanya perlukan motivasi untuk melangkah jauh.

3. Pelaksana/ Operasi/Pelaburan. 
Pola No 3. Mereka jenis terburu buru dan perlukan arahan. Aktif dan bijak menyusun kerja yang diarahkan. Agresif dan jenis berterus terang dalam segala hal. Mereka sangat seronok dalam team yang bersistem. Kemampuan otak kanan mereka mampu meramal tempoh kerja dan signal kejayaan. Otak tengah mereka sukakan investment. Jika mereka dididik dengan baik bab ekonomi mereka mampu menganalisis pasaran dengan baik. Pelabur yang hebat sebenarnya.

4. Planner/Teknikal/HR. 
Pola No 4. Mereka kategori pemikir dalam apa jua masalah. Pendidik dan penyelesai masalah yang baik. Masalahnya ego tinggi dan sukar terima idea orang lain. Otak kiri mereka penuh dengan idea baru. Otak tengah mencari kesempurnaan kerja. Yang baiknya, mereka boleh mentafsir bidang baru dan kebolehan membina sistem yang bagus. Mereka hanya perlukan team yang baik untuk melaksanakan idea dan ilham mereka ke mercu kejayaan.

5. Flexibel/Inovasi/Kemanusiaan. 
Pola No 5. Mereka boleh bertukar impian setiap masa. Dalam sejam berpuluh kehendak dan idea menjelma. Mereka inginkan kejayaan besar, suka memakmurkan dunia, mencari peluang dan suka sharing hal kebaikan. Kebanyakkan mereka tidak dapat membezakan kehendak dan keperluan. Otak kanan boleh mengarah sesuatu tanpa limit. Cuma mereka perlu fokus satu persatu sehingga berjaya. Otak tengah mereka lebih kepada kejayaan dalam masyarakat. Kebanyakkan VIP berpola ini. Mereka perlukan PA untuk menasihati perlbagai urusan supaya tersusun.

6. Kewangan/Ketelitian. 
Pola No 6 mereka hanya fikirkan kekayaan dan keuntungan. Walaupun agresif mencari rezeki mereka sukakan hal kekeluargaan. Motivasi terlampau tInggi dan takut pada kegagalan. Otak tengah mereka mencari peluang dan gandaan kejayaan. Otak kiri mampu mentafsir level penguasaan organisasi. Otak kanan sebenarnya inginkan masa dan kegembiraan sejagat dalam kehidupan. Mereka mencari rezeki sehingga mereka menjumpai diri, maka mereka akan pulangkan semula pada masyarakat.

7. Pengaruh/Networking/Impresi. 
Pola no 7 mereka sukakan live style dan bersifat melindungi. Bila mereka terasa di hati, emosi persekitaran akan turut sama. Mereka mampu menarik pengaruh dengan pantas. Mereka lebih bersifat memberi dan keriangan. Siang malam update selfie. Otak kanan mereka special ke arah komuniti, kejayaan on leadership dan bukan bossy, mudah memberi inspirasi dan telus. Otak tengah menginginkan cara hidup selebriti dan fotogenik. Mereka perlukan self healing sendiri sebab kepenatan dengan positif dan negatif kemanusiaan. Mudah glamor dan femes.

8. Amanah/Kesempurnaan/Gerak Rasa. 
Pola No 8 mereka inginkan kesempurnaan dalam segala hal. Muka ketat susah nak senyum tetapi mereka hati ada taman. Mereka ada ilham dan rasa yang tinggi dengan persekitaran. Mereka tidak pandai menolak dan sentiasa positif. Buat kerja sampai siap. Kadang kadang mereka mendesak diri untuk berjaya awal walaupun belum sampai waktunya. Mudah terima apa jua tugas walaupun dah penat. Otak tengah mereka mencari ketenangan dan memakmurkan insan lain. Potensi bisnes dan pelaburan akan cepat bila ada pengurusan yang baik. Otak kiri sangat hebat dalam menganalisis sesuatu perkara sehingga berdebar. Otak kanan perlukan rehat dan bertenang menjalani kehidupan.

9. Kejayaan/Kesihatan/Keamanan. 
Pola No 9 mereka umpama penyudah kepada keserataan biologi manusia. Mereka mudah menempa kejayaan dan penuh dengan senyum. Pemuka masyarakat, Pemimpin Politik dan Ketua Organisasi. Gaya yang sangat menarik. Pantang dengan jualan produk kecantikkan dan obses pada high level Brands. Sederhana tetapi semua kelas premium. Mereka mempunyai sifat menyayangi dan terbuka. Mudah diajak berunding dan penyeri majlis. Ada saja gimik yang mengejutkan. Otak tengah adalah bersifat neutral dan unggul. Otak kiri lebih kepada kebajikkan masyarakat dan tempat rujukkan. Otak kanan mereka lebih kepada keamanan dan perlukan percutian ke seluruh dunia. Pantang tengok pakej percutian ala hipster demam terus. 

Semua insan unik dan mempunyai kelebihan masing masing. Bersyukurlah.

0 comments: