Metafizik
SOP dalaman dan Kerohanian 2017
2017, SOP dalaman dan Kerohanian
CHECKLIST
===========
1. Rutinkan solat berjemaah di masjid dan tepat waktu berserta solat sunat qabliyah dan ba'diyahnya
2. Rutinkan solat tahajjud 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat (kalau tak mampu cukup istiqamah 2 rakaat tahajjud dan solat witir 1 rakaat)
3. Rutinkan membaca surah al waqiah sesudah solat subuh dan isyak + surah al mulk
Barangsiapa membaca Surah Al waqiah setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya - H.R. ibn Sunni
4. Rutinkan Solat Dhuha 6 rakaat, yang jiwa kental buatlah sampai 12 rakaat (2 rakaat salam begitu seterusnya)
5. Rutinkan baca zikir asmaul husna Ya Fattah Ya Razak 11 kali, diikuti ayat kursi 1x dan surah Al Ikhlas 3x sesudah solat.
6. Rutinkan zikir Laa Hawla wala quwwata illaa billah sebanyak 100x setiap hari @ 100/5 = 20x setiap selesai solat fardhu
7. Rutin Istighfar 100x setiap hari @ 100/5 = 20x setiap selesai solat
8. Rutinkan baca surah 36 dari ayat al quran iaitu Yaasin 1x sehari
9. Rutinkan baca zikir
Subhanallahi Wabihamdihi
Subhanalllahil adzhiem
100x di waktu pagi selepas dhuha
100x di waktu petang selepas solat asar
Niatkan dan mohon rezeki yang banyak dan melimpah ruah dan bermanfaat utk diri dan orang lain, disamping menyumbang dan menegakkan agama Allah
Lakukan amalan kerohanian ini selama 40 hari tanpa gagal secara istiqamah..
2017, nie cukup cukuplah bergantung pada yang mati, dan sibuk nak ambil alih kerja Tuhan. Jemput rezeki tu sujud ke lutut dgn izinNya. Bergantung dan berserah diri secara total pd yang hidup.
Sukarnya kalian nak ikut SOP ini, sukarlah rezeki itu nak datang kepada kita.
Buat Lillahi Taala
Sifu Farihan Yahya
Soalan :
Bagaimana pula untuk wanita nak amalkan 40 hari sebab kami ada waktu2 untuk rehat yang diberikan Allah.
Amalan 40 hari tahajjud ni perlu diulang semula ke jika di tengah uzur (period)?
Jawapan :
Tak perlu, teruskan sambung selepas suci.
Ianya sesuatu yang tak dapat dielak.
Saya biasanya time uzur pun saya tetap bangun untuk berdoa.
Soalan :
Walaupun mase uzur..kita bangun waktu sepertiga malam hanya untuk doa je boleh ya sis?
Maaf bertanya saya masih berlajar
Jawapan :
Boleh je bangun baca tafsir dan zikir. Biasa time uzur kalau terpaksa baca quran, boleh niat zikir.
0 comments:
Post a Comment