Metafizik
Jenis guru
Assalamualaikum kekasih2 Allah dan Rasulullah s.a.w
Selamat menunaikan Solat Sunat Tahajjud
Bismillah
Soalan: Apakah jenis guru yang kebiasaannya dicari oleh masyarakat umum?
Jawapan : Mereka menganggap guru yang mengetuai sesebuah badan atau organisasi, guru yang pandai berceramah tanpa kering gusi atau guru yang menonjol di khalayak ramai itu lah sebenar benar guru. Sayang seribu kali sayang, guru seumpama itu boleh dijadikan pengajaran tetapi lebih baik andai diizinkan bertemu Guru Mursyid untuk di jadikan panduan dan ikutan.
Soalan: Apakah ilmu yang di bawa oleh Rasullulah sehinggalah kepada Guru Mursyid yang ada sekarang ini?
Jawapan : Selain daripada ilmu syariat yang telah biasa kita dengar dan ikuti, Ilmu Kerohanian atau Ilmu Makrifat Mengenal Allah.
Soalan: Mengapa perlu belajar atau mengetahui Ilmu Kerohanian/Makrifat?
Jawapan : Bukan kerana pahala, bukan kerana syurga tetapi kerana ingin mengenal DIA dengan 100% yakin dan mencapai kedamaian yang hakiki dan merasai kerinduan yang tidak terperi untuk kembali kepadaNYA .
.
#AwalnyaAllahAkhirnyaAllah
#21JAN
" Sahaja kami berkongsi kerana Allah Taala "
www.KawarasYahaya.com
bit.ly/NubisPotensiBisnes
0 comments:
Post a Comment