Metafizik

Ilmu Tauhid-Feqah-Tasawuf

5:08 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. [5:07]

Perjanjian yang dimaksudkan dalam surah ini, ianya berkait dengan PERJANJIAN ALASTU. In Sya Allah pagi nanti selepas sarapan sifu kupas bab ini ya.

Mulakan dulu Subuh dengan 2 rakaat solat sunat sebelum subuh diikuti dengan Solat Subuh. Allah sudah janjikan DUNIA DAN SEISI ALAM utk para hambaNya.

Sifu tahu di mana virus dan penyakit yang ada dalam setiap diri mereka yang berada di tibe #769SAFT ini, dah tahu penyakit, senanglah nak bagi penawarnya. Buang perangai Ego aku ini dah terlajak warak dan sebagainya ya. Sama-sama kita menempuhi fasa mujahadah dan muraqabah diri.

Pesanan guru Almarhum Tuan Guru Hj. Salleh Musa,
"Hangpa mengaji tauhid biaq betoi, AQIDAH tuu yang perlu jaga.. Hangpa jangan dok buang masa, jangan dok biarkan usia hangpa HANYUT begitu saja.. Isikan usia hangpa ni dengan mengaji ilmu agama.. Muliakan dengan ilmu TAUHID.. Lepas tuu, pi mengaji ilmu FEQAH.. Lepas tuu baru pi mengaji ilmu TASAWUF.. Jangan dok kalut nak pi ilmu TASAWUF, hadis dan sebagainya jika Allah sendiripun hangpa tak kenal.. Macam mana nak kenal Allah jika takmau ngaji ilmu TAUHID.. Sebab tak kenal Allahlah depa dok suka sesatkan orang, bida'ahkan orang.. Ada ilmu HADIS, tapi ilmu TAUHID takdak.. Punah habis semuanya..

Nak mengaji ni, ibarat nak naik TANGGA.. Kena langkah dari BAWAH, barulah sampai kat tingkat ATAS.. Jangan dok kalut nak meloncat nak ke tingkat atas dari tingkat BAWAH.. Satgi jatuh, mampuih.. Kalau nak naik, ikutlah turutan yang betul.. Jangan dok ikut puak-puak Syi'ah, Wahabi, Mu'tazilah, Sekular, Liberal dan sebagainya..

Kita pegang sungguh-sungguh dengan Manhaj AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH.. Jangan dok lari dari DASAR pegangan kita.. Sekarang ni, ulama' - ulama' tua tak banyak dah.. Hangpa pi lah tengok dalam Malaysia, Thailand, Indonesia semua tak banyak dah.. Yang ada pun tinggal berapa orang jaa ulama' tua yang masih hidup.. Sementara depa masih ada lagi ni, pi lah dampingi depa.. Pi duduk dalam Majlis Ilmu depa..

Cedok (ambik) ilmu depa, insyaAllah, Allah akan bantu.."

Inilah RAHSIA ILMU 3 RUAS JARI yang sifu share sebelum nie. Ulangkaji ILMU 3 RUAS

Kalian nak istiqamah, kena sungguh sungguh minta dengan Allah waktu sujud terakhir dalam solat.
Bukan hanya setakat di bibir.
Tanpa izin dari Nya, takkan ada apa-apa perubahan.
Mintalah pada DIA, mana pernah DIA tak beri.
Dahulukan DIA atas segala sesuatu.
DIA akan mendahului kita di atas segala sesuatu.

Allah itu Maha Baik, Maha Pemurah, Maha Penyayang
DIA nak tolong kita, tapi diri kita ini terlalu banyak dosa, hati kita hitam termasuklah diri sifu sendiri yg fakir ini.
Baju yang teramat kotor, perlu dicuci dengan clorox baru selesa nak pakai kan.
Bila diri kita cuci daripada dosa, barulah senang nak sambut dari Allah apa sahaja.

Benar, bisikan syaitan dalam diri akan berbunyi begini :
"TAK PAYAH NAK BUAT TAHAJJUD, DHUHA, SEDEKAH ITU SEMUA, SEBELUM NIE KAU TAK BUAT PUN MELIMPAH RUAH JUGAK REZEKI KAN"

Betul Allah beri sebab DIA tak pernah tak beri apa yang kita minta, tapi berapa lama boleh bertahan berada dalam genggaman kalian. 
Kejap ada kejap hilang macam tu jer, singgah sekejap jer.

Faham faham

0 comments: