Metafizik

Tauhid yang haq letaknya di qalbu

8:12 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

DALAM CERITA ORANG, ADA CERITA KITA
DALAM CERITA KITA, ADA CERITA ORANG LAIN

Semua kisah orang yang berjaya akan melalui fasa kejatuhan
Allah nak angkat seseorang itu dengan cara begitulah
Terlebih dahulu
Only the strong will survive
Orang tu kena lenyek macam lempeng dulu hingga kebergantungan direct HANYA dengan Allah
Berimanlah dengan kalam Allah dalam surat Al Insyirah
DI SEBALIK KESULITAN PASTI ADA KESENANGAN

PENYAKSIAN KASIH SAYANG ALLAH DI DUNIA INI AMAT PERIT, SAKIT, PEDIH, HINA, perjalanan menuju Allah nie HINA DI SISI MASYARAKAT tapi pengakhiran indah dan bahagia di akhirat.
Andai kita tahu nikmat di sebalik ujian itu, pasti semua orang memohon siang malam pinta diuji.

Tapi berapa ramai yang mampu REDHA, SABAR, TAWAKKAL kann

Nak duduk tahap HAQQUL YAKIN seumpama kita order menu di kopitiam, seumpama kita yakin order kita sampai di meja makan kita tepat pada masanya.
Nampak mudah, tapi tak mudah utk melaluinya

TAUHID ni bukan letaknya di tikar sejadah
TAUHID YANG HAQ letaknya di Qalbu
TAWAKKAL, BERSERAH SECARA TOTAL, REDHA, SABAR itulah latihan praktikalnya

Bismillahirrohmanirrohiim..

At-Tawbah:28 - Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini; dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Jangan hampiri Masjid Al Haram
Masjid Al Haram itulah rumah Allah, baitullah
Jangan hampiri Allahlah kalau masih ada istilah MUNGKIN, RAGU RAGU, BOLEH KER dan bimbangkan kepapaan.

YAKINLAH, BERSERAH SECARA TOTAL
Ini membenarkan apa perbincangan kita di sini tentang ilmu Yakin.

Allah kalau DIA berkehendaki, DIA boleh beri bila bila masa sahaja tak kira tempat dan tahun. 

Ar-Raĥmān:34 - Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

0 comments: