Metafizik

Bina dulu branding, kejayaan dan kegemilangan di mata Allah

3:47 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Tiada sebaik-baik perkataan selain perkataan yang membawa manusia mengenal Allah swt.

"إن لله تعالى في أرضه آنية ... وهي القلوب .. فأحبها إليه تعالى أرقها وأصفاها وأصلبها. ثم فسرها فقال: أصلبها في الدين، وأصفاها في اليقين وأرقها على الإخوان".

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Bagi Allah swt, di buminya ini ada bekas iaitu hati, Maka yang dikasihi Allah swt adalah orang yang memiliki hati yang bersih dan lembut, iaitu mereka tetap dan berpendirian dengan agamanya, bersih dengan keyakinan dan lembut terhadap saudara-saudaranya"
#gengtahajjud

Assalamualaikum dan Salam Tahajjud untuk #gengtahajjud semua.
Semoga Allah permudahkan kita semua di sini dapat bertahajjud ramai-ramai suatu hari nanti.

Alhamdulillah, tahniah ya yang dah berjaya join #gengtahajjud
Pagi ini In Sya Allah sifu kupas ya, kenapa semalam sifu bagi 9 list SOP untuk korang buat secara rutin atau istiqamah itu ya.

Kenapa 9 itu..??
(9 = branding, kejayaan, kegemilangan)
Sebelum korang nak branding, kejayaan dan kegemilangan di mata manusia, BINA DULU BRANDING, KEJAYAAN DAN KEGEMILANGAN DI MATA ALLAH.

Ramai org pm personal sifu minta bongkar nombor ic untuk dapatkan hala tuju, dan sebagainya. Betulkan hala tuju kita semua bermula dengan amalan tahajjud dulu, istiqamah.

Bukan sifu tak mahu bongkar, tapi benda itu within 1 second 18 digit numbers sifu boleh tahu tanpa lihat ic pun, ikut telefone numbers segala cerita kehidupan ada di situ. Kalau sifu bongkarlah mcm mana sekalipun, kalau Allah tak restu, Allah tak izin takder maknanya jugak kan.

KAYU PEMBARIS ATAU SKALA UKUR ALLAH UNTUK KURNIAKAN KEKAYAAN DAN KEJAYAAN KEPADA SETIAP HAMBANYA ADALAH KEKUATAN UNTUK BANGKIT 1/3 MALAM UNTUK BERTAHAJJUD. LAYAK ATAU TAK UTK KITA SAMBUT NIKMAT ALLAH BERMULA DARI TAHAJJUD.

Ayam pun berkokok jam 4am, kita tak mampu.
Adakah kita insan sebaik-baik kejadiaan tak mampu untuk bangkit jam 4am tu.

Faham faham

Perkongsian daripada Teacher Zaliah Hassan :
Alhamdulilah Sifu. Banyak.
Jika difikir logik. Tido ciput. Kol 10 , 11 malam baru tido. Kol 3 bgn dah.
Beribadat hingga subuh, sambung lagi dengan rutin selepas solat subuh. .
Logiknya physically akan penat.
Tapi.. Mashallah, tabarakallah. Kudrat Allah semata mata
Tiada penat. Malah banyak kerja2 rumah siap. By 3pm dah boleh berehat.
Ada masa dengan anak2. Ada masa mengajar, ada masa belajar..
Masa tu CUKUP. Buatlah SOP tu.
Tanpa sungutan. U ll feel the differences. Insyallah. 😊
Pastu, before this, risau, acaner nak cari students. Macam mana nak cari duit lebih. Habiskan masa worrying about things that are not in our control.
Dengan SOP istiqamah, sambil basuh pinggan pun dapat idea. Sambil nak basuh beras idea lalu. Tetiba orang pm. Tetiba orang nak bantu itu ini.
Otak tak penat. Badan relax.
Minta terus dariNya dengan mengEsakan Nya. 😊

Huraian sifu :
Haiya Ala Solah (solat)
Haiya Ala Falah (kejayaan)
Setiap kejayaan itu akan hadir bersama solat
Janji Allah itu pasti
Yakinlah

13 SOP kehidupan ada di sebalik hakikat solat seperti:
Rukuk itu Allah suruh kita wassatiyah (kaya tapi bersederhana),
Sujud itu Allah suruh kita menzahirkan kehambaan kita pd Allah (tawadduk, rendah hati, buang ego, buang Aku)
Kenapa takbir itu perlu letak tangan sentuh kedua cuping telinga sama arasnya, Allah nak kita seiring dunia dan akhirat, rohani dan jasmani, syariat dan hakikat

Selebihnya sifu akan kupas 1 persatu 13 rukun itu andai sifu umur panjang, setialah di sini ya...

0 comments: