Tribe #769 - SAFT
Antara khasiat Solat Tahajjud adalah :-
Khasiat Solat Tahajjud
Antara khasiat Solat Tahajjud adalah :-
1. Terkabulnya doa. Doa ketika tahajjud seumpama Anak panah yang tidak lari dari sasaran walau seinci. TEPAT. Selain daripada itu #GengTahajjud kata katanya mujarab dan doa makbul.
2. Mencegah maksiat dan menolak penyakit.
3. Keberkatan rezeki dan meningkatkan kecerdasan.
4. Doktor Neurologi di Amerika mengatakan terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia ini tidak dimasuki oleh darah, melainkan ketika seseorang itu solat dalam posisi sujud.
5. Daniel F. Kripke, melalui kajiannya selama 6 tahun di Amerika Syarikat dan Jepun, membuat kesimpulan bahawa "Tidur selama 8 jam sehari memiliki risiko kematian yang lebih cepat jika nak dibandingkan dengam mereka yang tidur selama 6-7 jam sehari.
6. Drs. KH Ibnu Hajar di Indonesia dalam bukunya "Tips Sihat semulajadi tanpa ubat" telah menjelaskan bahawa "Solat Tahajjud dapat mencegah terhadap pembekuan lemak tubuh, serta mencegah penyakit paru paru berair"
7. Dr. Mohammad Saleh dari Indonesia dalam ucapannya yang berjudul "Pengaruh Solat Tahajjud terhadap peningkatam perubahan respon ketahanan tubuh imonologik iaitu suatu pendekatan psiko-neuroimonologi"
Membuat kupasan bahawa "Solat Tahajjud dapat melahirkan respon, ketahanan tubuh badan (immonologi), persepsi dan motivasi positif, memberi kessn terhadap kemampuan individu untuk menangani pelbagai masalah kehidupan stress, memiliki fungsi perlindungan dari pelbagai penyakit seperti kanser, infeksi dan paru paru".
Jadi, kenapa kita nak katakan tidak pada TAHAJJUD. Jom kita ramai ramai meriahkan dan ramaikan. Yang dah start tu busy hashtag #GengTahajjud.
Biasa nak mula susah... Bila dah mula nak istiqamah susah... Mulakan dahulu dan jalan terus seperti kata sifu.. Jika tak mampu lakukan semua janagn langsung ditinggal... Percaya atau tidak kekuatan itu sentiasa ada dalam diri kita.. Kita sahaja yang tak perasan, tidak tahu nak ekplotasi kekuatan tersebut... 😃😃
0 comments:
Post a Comment