Metafizik
Nombor dan kehidupan
Allah menciptakan manusia dalam bentuk matrik nombor atom yang sempurna. Dia mewujudkan mekanisme unik dan automatik dalam diri manusia yang menyebabkan manusia dapat hidup di muka bumi dengan segala potensi dan kemampuannya.
Apabila dikaji daripada kesihatan, badan manusia sememangnya diberikan ketahanan semulajadi yang membolehkannya meneutralkan ancaman yang datang dari persekitaran. Namun begitu, gaya hidup manusia mengganggu keseimbangan yang Allah berikan. Sebenarnya, kebanyakkan penyakit berlaku disebabkan kesan kerosakkan yang dilakukan oleh manusia sendiri. Sebagai manusia perlu menginsafi hakikat ini.
Perlunya ilmu dalam menambahbaikkan kehidupan diri dan kesihatan. Mengenal nombor diri juga adalah salah satu ilmu yang dapat menghurai akan rahsia kejadian ciptaan Ilahi yang sempurna.
Mungkin dulu masa kecil ibu dan ayah mula mengajar anda dan saya juga dengan kiraan 1 hingga 10. Rasanya bunyi perkataan ini masih lagi anda ingat kan " anak ayah cuba kira 1 sampai 10"..pandainya...ungkapan ketika usia mula boleh bercakap. Mungkin anda masih terbayang~bayang waktu pertama diajar mengira. Jom kembali zaman kanak2 seketika:~).
Masa itu masih belum mengerti apa rahsia disebalik angka~angka ini. Hari ini kita bertuah ada sifu dan sahabat2 yang Allah kurniakan ilham kefahaman ilmu ini untuk sama2 berkongsi.
Mungkin ada yang sudah mahir dan belajar akan ilmu ini,mudahan dapat meningkatkan lagi ilmu anda serta yang baru hari ini belajar,mudahan dapat menerima dan memahami secara ilmiah. Mudahan sifu ikhlas memberi bimbangan yang betul kepada kita semua.
Nombor secara simboliknya dapat membuktikan Ketauhidan dan KeEsaan segala yang diciptakan oleh Allah S.W.T dan sebenarnya semua benda dicipta adalah berbagai unsur yang dapat dinilai daripada nombor tertentu.
Nombor juga adalah satu takdir yang disusun mengikut ukuran matematik secara sistematik. Ia merupakan satu ukuran yang telah di cipta di dalam ketetapanNya yang mana kita melakonkan semula ketetapan itu dalam kehidupan kita. Apakah kita pelakon yang baik atau adakah kita membanggakan lakonan kita ataupun adakah kita seorang pelakon yang hebat dengan skrip ataupun bersahaja dalam mengharungi kehidupan dengan selesa.
Takdir adalah ketetapan Allah yang mutlak dan tidak boleh berubah~ubah. Segala yang dicipta mempunyai takdir. Takdir adalah ketetapan yang telah ditetapkan.masanya,waktu dan detik. Sesungguhnya apa yang dicipta itu format Al Quran surah Qs Al Qamar surah 54: ayat 47~49).
"Sesungguhnya orang-orang yang berdosa berada dalam kesesatan (di dunia) dan akan berada di dalam neraka (di akhirat)"
"Pada hari mereka diseret ke neraka pada wajahnya (dikatakan pada mereka) "Rasakan sentuhan api neraka"
"Sungguh, kami menciptakan segala sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)".
Angka dalam Al Quran ditulis, disusun mengikut keteraturan angka seperti jumlah surah, nombor surah, jumlah ayat, ulangan, perjumlahan, gabungan, urutan, solat 5 waktu dan 30 juzuk. Kesemuanya memiliki sistem angka. Kitab rujukan yang penuh rahsia angka. Segalanya di dalam Al Quran warna, bunyi, cahaya dan nombor.
Mengkaji sifat~sifat atom serta unsur cakrawala alam dan perbintangan. Ini bukan teori yang dibuat sendiri tetapi untuk membenarkan dan membuktikan keEsaan Tuhan dalam alam yang benar dan nyata. Sesungguhnya angka atau bilangan adalah ciptaan Allah.
Kaum Muslimin harus percaya bahawa setiap sesuatu yang diciptakan pada zahirnya tetap memiliki satu tenaga yang hidup yang menguasai keteraturan setiap binaan. Nombor mempunyai aturan tertentu berdasarkan nilai~nilai yang tidak akan bertentangan dengan ajaran agama. Nombor bersifat neutral dan amat rasional kerana ia bukan satu kepercayaan ghaib atau hal~hal yang bersifat tahyul dan mistik. Dalam aplikasinya, nombor memiliki aliran energi yang mengawal kepada kebaikan. Nombor tidak ada cacat~celanya melainkan cara kita menggunakan tanpa ilmu.
Nombor dapat menjelaskan rangkuman kod informasi semua benda yang dicipta disekeliling kita. Sebelum jika tiada warna bagaimana keadaan alam ini. Sekarang jika tiada nombor agarnya apa akan terjadi kira pun tidak tahu apatah lah memahaminya.
Ketahuilah apa sahaja disekeliling kita semuaya memiliki nilai nombor yang tersendiri. Bermula dari apa yang kita dengar, lihat, bau, makan dan sentuh kesemuanya itu memberi kesan kepada nombor rohani kita.
Angka ini merupakan satu perumpamaan yang hanya difahami oleh orang yang berilmu. Fikirkan dan amatilah dengan penuh kekaguman di sebalik misteri kehidupan melalui angka.
Sama2 bersabar menanti ilmu yang sifu akan kongsikan dan istiqomah lakukan apa yang sifu berikan untuk amalkan.
Terima Kasih Ya Allah terima sifu Farihan .
Perkongsian rasa daripada Tuan Mohd Izuwan Omar
0 comments:
Post a Comment